BAB 46

575 18 1
                                    

'Love is weakest when there is more doubt than trust but LOVE is strongest when we learn to trust inspite the DOUBTS..'

GIBRIEL mengerutkan dahinya melihat kereta Erika yang terparkir di depan bangunan deretan kafe-kafe itu. Sebentar tadi, Erika memberitahu dia ke rumah Zahri menghantar Zaim dan Zara. Hatinya mula rasa curiga. Mata Gibriel meliar mencari kelibat Erika.

Namun, kakinya menekan brek saat dia terlihat wajah sisi Erika yang sedang tersenyum dan mengusap tubuh kecil Hud yang sedang didukung oleh seorang lelaki tinggi lampai yang bertopi. Hati Gibriel mula kepanasan. Dia cuba melihat wajah lelaki yang sedang mendukung Hud itu tetapi tubuh lelaki sedang membelakanginya.

Gibriel mengambil telefonnya. Mendail nombor Erika. Dia nampak Erika menjawab telefonnya di depan lelaki itu.

"Where are you?" Keras dan mendatar suara itu. Gibriel cuba mengawal nafasnya. Nafsu amarahnya menggelegak.

"Kan saya dah beritahu saya hantar budak-budak?"

"Where are you now? I mean NOW, Yin!"

"Baru hantar Hud.. kenapa ni, Hud?" Saat itu, Gibriel jelas terlihat Erika memandang lelaki yang sedang mendukung Hud itu. Gibriel menekan punat menamatkan panggilan. Stereng kereta itu dihentak. Dia mencari parkir kosong. Dari dia meletup kemarahan sendiri, lebih baik dia menghadap Erika dan lelaki itu.


PANGGILAN dari Erika itu dibiarkan tanpa jawapan. Gibriel keluar dari kereta dan menuju ke deretan kafe tempat dia terlihat Erika bersama lelaki lain tadi. Satu per satu kafe dijenguk.

Gibriel menarik nafas saat terlihat Erika sedang berbual. Gaya Erika diperhati dari jauh. Dia menghela nafasnya berkali-kali. Dia menolak pintu kafe itu perlahan. Mengawal api kemarahan yang makin memarak di dalam hatinya.

"Well hellooooo SAYANG!" Keras dan mendatar nada itu. Erika memandang tepat ke arah Gibriel. Seketika kemudian, matanya teralih pada wajah lelaki yang membelakangi Hud itu. Lelaki itu mengangkat mukanya mengisyaratkan Erika untuk menenangkan Gibriel. Erika lantas bangun. Dia harus mengawal Gibriel agar lelaki itu tidak menghamburkan apa-apa jeritan.

"Hud.."

"Yes, sayang.." Bergetar nada itu.

Erika menarik nafasnya. Sebelum sempat Erika bersuara, Gibriel menarik nafas. "I've trusted you all this time along.." Wajah itu, suara itu, membuatkan Erika sedikit gentar. Walaupun dia tidak berbuat salah apa-apa tetapi tanggapan Gibriel ini akan meretakkan hubungan mereka yang baru berbaik semula.

"Listen.. I can explain.." Erika cuba menenangkan Gibriel.

"Haiii.. sorry sayang.. sorry Rika.. kedai tu ade problem dengan terminal kad dia.. jenuh tunggu nak bayar tadi.." Suara seorang wanita dalam tergesa-gesa menyampuk sebelum sempat Erika dan Gibriel berbincang apa-apa.

Erika menghela nafas lega. Gibriel mengerutkan dahinya. Keliru dengan keadaan ketika itu.

"Hai Hud.." Wanita itu tersenyum dan melambai ke arah Gibriel.

Gibriel menelan liurnya. "You knew me?"

"Abang tak cakap pun yang your Hud will join us?" Wanita itu memegang lembut lengan suaminya.

"Excuse me? His Hud?" Gibriel terpinga-pinga cuba mencantumkan maklumat itu bagaikan 'puzzle'. Namun, dia masih tidak mendapat jawapan.

"Come on.. you can't hide anymore, abang.. you will ruin their relationship if you didn'turn your face to him.."

Gibriel terus menunduk memndang wajah lelaki itu. Dia tidak boleh bersabar lagi.

"Hello little brother?" Gibran bangun dari duduknya. Dia berdiri menghadap Gibriel. Gibriel ternganga. Gibriel memandang Erika sambil mengerdipkan matanya seolah menghantar soalan melalui telepati kepada Erika. Erika hanya menganggukkan kepalanya.

Gibran bangun dan memeluk tubuh adiknya. Erat dan kejap. Seolah menghantar rasa rindu pada adiknya itu. Gibriel mengalihkan pandangan pada Erika. Menghantar rasa bersalah pada Erika.


"SORRY.. I am really sorry.." Gibriel memegang pintu kereta Erika. Pertemuan dengan Gibran itu tidak melekat di dalam otaknya. Perasaan bersalah yang bertimpa-timpa sedang dirasainya.

Senyuman dan reaksi Erika tadi kelihatan tidak berseri. Tetapi Erika menghormati pertemuan kembalinya dengan Gibran buat kali pertama itu, membuatkan Gibriel terus dihantui rasa bersalah kerana menyerang tanpa usul periksa.

"Let's talk about this later.." Erika menghela nafas. Sakit hatinya bila dia tidak dipercayai.

"I am sorry.." Gibriel bersuara lagi. Dia meraup wajahnya perlahan. Tampak kesal dengan perbuatannya.

"Listen, Hud. I know, my record of exes was not really great. I just don't believe that you would think of me replacing you.." Erika menggeleng. Dia berhenti mencari cinta selepas meninggalkan Gibriel dahulu.

Gibriel menghela nafas dan memejamkan matanya.

"I should go.." Erika meminta diri. Gibriel hanya menelan liur. Memerhati kereta Erika meluncur laju sehingga tiada bayang.


Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang