BAB 6

780 25 0
                                    

'And so, we decided to start living the life we'd imagined..'

"MACAM mana nak potong ni?" Gibriel memegang lobak merah dan pisau.

"Buat bentuk bunga.." Erika sibuk menumis bawang untuk masakan ayam berlada. Ayam yang digaul dengan garam dan kunyit sudah selesai digoreng.

"Bunga? Kalau potong memanjang tak boleh ke?" Gibriel mengerutkan dahinya.

"Alaaa... buat bunga la.. baru cantik.."

"Bunga ke.. pokok ke.. memanjang ke.. semua masuk perut jugak kan?" Gibriel mengomel.

"Eh.. I am the chef today. Ikut je ye.. Meh saya ajar cara nak buat bunga carrot.." Erika lincah memotong bentuk bunga dari lobak itu. Gibriel ternganga.

"Cepat sangat tu.. tak sempat nak tengok macam mana.."

"Eh.. melayan awak ni, hangus pulak ayam berlada saya kang.."

"Eh.. melawan suami tu derhaka tau.."

"Belum jadi suami, boleh je melawan. Mazhab mana awak guna bab derhaka-derhaka ni?"

"Menjawab.. menjawab.." Gibriel menjegilkan matanya. Erika mencebik.

Entah apa angin Gibriel nak memasak dan makan beramai-ramai di rumah sewanya. Puas Erika memujuk Intan dan tunangnya turut serta. Takkan dia nak makan dengan Aiden dan Gibriel je kot. Nasib baiklah dapur bujangnya lengkap juga lah. Kalau kat rumah si Garfield tu, tah-tah landasan pemotong pun tiada.

MASING-masing mula tersandar kekenyangan. Erika mengemas pinggan. Namun dia menahan semua dari bangun.

"Jangan bangun dulu.. I have something for sweet tooth.." Erika bersuara.

"Waahh.. lumayan makan kat rumah macam ni.." Aiden bersuara mengusik Erika.

"Saya dah sediakan bil sebelum awak dapat balik.." Erika menjawab mengenakan Aiden.

Aiden tersengih. "Nasib baik, bawak Gibriel hari ni.. bil hantar ke dia je ye.." Gibriel dan Erika beradu tawa. Intan turut membantu mengemaskan meja.

"Nasib aku la yang baik, sebab aku dapat VIP access.. nasib baik ada tunang.. dapat makan free.." Eizrul bersuara. Lantas mengundang tawa kecil dari Aiden.

"Aku sorang jelah yang rugi sebab datang solo ni?" Dan, pertanyaan Aiden itu dibawa angin lalu saat Erika keluar dari dapur dengan sebiji kek coklat dan beberapa batang lilin sambil menyanyikan lagu hari jadi buat Gibriel.

"You remembered?" Wajah Gibriel masih terkejut.

"Of course I am.. happy birthday bosss.. yang ke..."

"33 tahunnn.." Aiden bersuara. Erika ketawa.

"Still young and wise.." Gibriel bersuara dan meniup lilin. Pisau dihala dan kek coklat yang dibawa Erika itu dipotong. Erika membantu membahagikan kek itu kepada semua. Mereka menikmati kek coklat selepas makan tengah hari.

"This is good.. beli mana?" Eizrul bersuara. Tangannya mencapai untuk memotong kek buat kali kedua.

"Beli? Ni ade rupa Secret Recipe ke.. Kings ke?" Intan menjawab sambil memandang Eizrul.

"That's insulting my masterpiece cake, Int.. This cake baked by Queen, okay.." Erika membayangkan sebuah mahkota bayangan dengan tangannya sambil menjeling ke arah Intan. Intan tersengih-sengih. Namun, kata-kata Erika itu membuatkan Aiden dan Gibriel bertukar pandangan. Seolah berkongsi rasa yang sama atas bicara Erika itu.

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang