BAB14

551 13 0
                                    

'And there's this man, and the way he laughs makes me smile; and the way he talks gives me butterflies; and everything about him makes me happy..'

"AWAK okay ke, Rika?" Tan Sri Mansor menegur Erika yang sedang sibuk menaip beberapa kertas kerja sambil menyemak.

"Sikit lagi, Tan Sri. This will be done before lunch.." Mata Erika masih tidak berganjak dari skrin komputer.

"Bukan pasal kerja, Rika. I mean that guy over there.." Tan Sri Mansor menghalakan jari telunjuknya ke kerusi menunggu di hadapan ruang menunggu. Mata Erika menghala kea rah ruang menunggu. Dia menarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan-lahan. Jemarinya kembali mengetik papan kekunci dan menghabiskan kerjanya.

"I don't know anything about that guy.." Erika menayang wajah kosong pada bosnya.

Tan Sri Mansor ketawa kecil. "He's your former boss.."

Erika memandang Tan Sri Mansor dengan segaris senyum. "Dan, tempat awak ni dah jadi macam kedai bunga dah dua tiga hari kebelakangan ni.. tu belum kira chocolate bouquet tu.."

"I'll make sure this place clear before I go home, Tan Sri.." Erika menjulingkan matanya. Tan Sri Mansor ketawa besar.

"Erika.. just a piece of advice from an old man.." Erika memberikan perhatian kepada bossnya. Lelaki tua itu begitu lembut dalam berbicara. Setiap kali dia memberi nasihat, hati Erika akan menjadi seperti seorang anak kecil ditegur oleh bapa kesayangannya.

"Am all ears, boss.."

"The best person to talk about the problems in your relationship is the person you're in the relationship with.. Give chance to him.. to explain and make peace.." kata-kata Tan Sri Mansor itu didengar dengan teliti. Suasana sepi seketika.

"Are you seems jealous because your secretary has admirer for these past few days?" Erika mengusik Tan Sri Mansor.

Tan Sri Mansor ketawa kecil. "Make me some coffee, lady.."

"Okay, boss.. one second.." Erika menekan butang 'save' pada kerja yang baru ditaip tadi. Enggan mengambil risiko kehilangan data.


ERIKA mengunci pejabatnya. Tan Sri Mansor telah pulang awal hari ini. Erika menarik nafas sedalamnya. Gibriel dan Bastien masih setia menunggu di ruangan menunggu. Hari ini sudah hari kelima, Gibriel di sini. Menurut katanya, dia hanya boleh berada di sini untuk tiga hari sahaja. Sejak Erika dan dia tidak berhubung, lelaki itu menjadi penunggu setia di ruangan menunggu itu. Tidak berganjak.

Langkah Erika diatur perlahan ke ruang menunggu. Gibriel agak terkejut melihat tubuh Erika berdiri di situ.

"Walk me home?" Erika mempelawa.

Gibriel tergamam.

"Monsieur.. tick tock.. tick tock.." Erika menunjukkan jam tangannya apabila Gibriel terus tergamam tanpa bicara.

"Sure.. I would love to, mademoiselle.." Gibriel mengangguk dan mengisyaratkan Bastien pulang dahulu. Lalu Erika dan Gibriel mengorak langkah pulang.

Gibriel memandang Erika lembut. "Makan?"

"Yes, hun. I am starving.." Erika menjawab sambil memandang ke arah anak mata Gibriel. Gibriel terlopong.

"Tutup mulut.. nanti masuk lalat.."

Gibriel menutup mulutnya. "You just call me hun?"

Erika membulatkan matanya. "Yes. Why?"

"Nothing.. It just felt like old times.." Gibriel tidak mampu menyembunyikan senyumannya. Erika turut membalas senyuman itu. Hatinya terasa damai memandang senyuman lebar hingga ke lesung pipit itu. Damai dan tenang. Rasa jatuh cinta berkali-kali dengan figura di hadapannya itu.

Erika menghulurkan kunci keretanya ke tangan Gibriel. Gibriel ketawa kecil. Kunci itu disambut.

"I heard that you did flew things, hun.. so, my baby boo need wings to fly.." Erika sengaja mengusik Gibriel.

Gibriel mengangkat keningnya. "Let's fly, Yin.." Erika ketawa besar mendengar jawapan Gibriel. Cuba menetapkan hatinya dengan keputusan yang telah dibuat sedang hati masih berbolak-balik. Keputusan akhirnya bergantung kepada prestasi Gibriel pada malam ini.


SUASANA pasar malam di situ kelihatan masih meriah. Erika dan Gibriel bergandingan memilih makanan yang sesuai. Anak aristokrat sorang ni mengikut je. Erika tersenyum di dalam hati. Gibriel bukan jenis menjaga standard bila berdua dengannya. Dia kelihatan seperti orang biasa sahaja. Dan kerana itu, Erika masih belum dapat menerima hakikat, Gibriel seorang berdarah aristokrat.

"So, why are you still here?" Erika bersandar selepas habis cebisan terakhir ayam gunting yang dibeliya.

Gibriel menyedut minuman jus mangga yang dibeli. Gibriel mengalihkan padangan tepat ke mata Erika. Segaris senyum dihulurkan. "You don't like me here?"

"Bukan macam tu.. three days has left.."

Gibriel melepaskan nafasnya. "I am not leaving without you.. I want you to follow me.."

"I need time to think.."

"I am running out of time here, Yin.." wajah Gibriel mula resah. Dia telah beberapa hari tidak mempedulikan tanggungjawabnya. Beberapa panggilan dari ayahnya juga tidak dijawab.

"You loved me.." Tanya Erika lembut.

"Of course I do.."

"Then, why I should compete with other to marry you?"

"It's been planned before I can explained myself to them, Yin.." Gibriel menunduk. Erika melepaskan nafasnya. Resah memikirkan keadaan keluarga Gibriel.

Gibriel memandang ke anak mata Erika. "Listen, Yin. I would do anything to be with you.. I know that you will win over her.. and on top of it, you're the one that I really one.."

"I am not good in competing.." Erika mengeluh. Dia tahu dirinya. Dia agresif dalam apa-apa pertandingan. Adrenalin dia akan cepat naik mencanak. Itu merbahaya jika dia ingin memenangi Gibriel.

"Didn't I worth to fight for?"

"Why did I need to fight even both of us; do loves each other?"

Soalan Erika itu membuatkan Gibriel terdiam. Dia menunduk. Erika menyisip air minuman perlahan. Susah juga untuk buat keputusan. Bagaimana jika dia tidak dapat memiliki Gibriel? Tentunya saat itu sukar baginya untuk melepaskan Gibriel.

"What if I lose you?" Soalan Erika itu membuatkan Gibriel terkaku memandangnya. Suasana terus sepi tanpa jawapan.  

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang