Ahad: 5.30 Petang

1.6K 23 5
                                    

Dean bernyanyi kecil sambil menilik wajahnya di cermin pandang belakang. Rambut, okey. Hidung masih terpacak. Bulu hidung tak ada yang keluar. Tidak ada cebisan cili yang terlekat di gigi. Senyum, nice and sweet.

Telefon bimbit dan beg duit yang dia letak di tempat duduk sebelah pemandu diambil sebeleum dia melangkah keluar dari Honda HRV hitam menawan kesayangannya. Kalau adiknya, Nafriz yang buat perangai pergi tayang beg duit dan telefon bimbit kat atas tempat duduk kosong macam tu, pasti dia akan bising dan menghuraikan betapa bahayanya perbuatan tersebut kerana penjenayah ada di mana-mana, macam mana kalau Nafriz berhenti di lampu isyarat dan ada orang pergi pecah cermin kereta dia semata-mata nak ambil telefon bimbit dan beg duit? Bunyi nampak macam satu kerja yang leceh, tapi ianya memang terjadi. Oleh kerana Dean hanya memandu dari sebuah restoran yang hanya memakan masa lima minit perjalananan untuk sampai ke lapangan terbang, dia melupakan sekejap tentang aspek keselamatan tersebut.

Kereta dikunci dan langkah kaki terus diatur masuk ke dalam Lapangan Terbang Stardust yang tersergam megah dihadapannya. Tak ada lah megah sangat, kecil saja lapangan terbang bandar kesayangannya itu sebenarnya, namun tetap indah dimata. Tempat lahirlah, katakan.

"Hi..?"

Dean yang baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam lapangan terbang, menghentikan langkah serta merta bila ada suara menegurnya. Dia menoleh.

"Hi? Anak Aunty Nisha, kan?"

Okay, gadis yang nampak cool dengan jeans hitam dipadankan dengan jaket jeans dan baju-T belang-belang hitam putih didalam, serta kasut New Balance W530SC Encap berwarna merah jambu-biru dikaki, itu memandang ke arahnya dan tersenyum. Gadis itu tersenyum. Dan tiba-tiba Dean terasa harinya bertukar indah serta merta, walaupun di restoran tadi dia memesan Nasi Goreng Tom Yam tapi yang pelayan hantar padanya adalah Nasi Goreng USA dan dia terpaksa tunggu 15 minit lagi untuk Nasi Goreng Tom Yam tiba sebab dia tolak mentah-mentah Nasi Goreng USA itu.

Dan Dean tidak tahu entah bila bibirnya juga turut mengukir senyuman untuk membalas senyuman gadis itu. Autopilot.

"Ya?" Dean memusingkan badan dan berdiri menghadap gadis yang mempunyai sebuah bagasi disisi.

"It's me, Kayla. Aunty Nisha kata anak dia akan jemput I dari airport."

"Oh ya! Kayla. So you're Kayla." Dan Dean terus teringat tentang anak kepada kawan mama yang adiknya; Nafriz perlu jemput dari Lapangan Terbang hari ini. Mama seperti biasalah, tidak akan memberikan tugas sebegitu kepada Dean, apatah lagi tugas itu datang pakej dengan perempuan cantik macam yang kat depan dia sekarang ini. Memang sahlah mama tak akan benarkan dia.

Sorry, mama. Jangan salahkan, Dean. Kayla yang tegur Dean dulu. And I can't say no. Seriously, how could anyone resist such an angelic smile?

"I'm sorry. I lambat, kan? You dah lama tunggu?" Dean terus masuk watak sebagai anak Aunty Nisha yang datang jemput Kayla, padahal itu bukanlah tujuan asal dia ke sini.

"Tak adalah lama. Mesti you terkejut, kan? I tegur you tiba-tiba."

"I tak terkejut. I terjatuh."

"Hah?" Kayla pandang wajah yang masih tersenyum dihadapannya itu. Aunty Nisha ada hantar gambar anaknya yang bakal datang untuk jemput dia di lapangan terbang, kata Aunty Nisha anak dia yang pakai baju biru (dalam gambar), tapi yang datang anak dia yang pakai baju hitam(dalam gambar dan sekarang). Kayla pula jenis yang cepat hafal muka orang, jadi senang saja untuk dia cam muka anak Aunty Nisha ini tadi.

"Terjatuh hati." Dean sengih.

"Ohmygod. Lelaki nowadays memang boleh buat pick-up line kat mana-mana dan bila-bila masa diaorang suka, kan? You're definitely one of those smooth guys." Kayla tertawa kecil seraya menggelengkan kepala. "By the way, the one yang sepatutnya datang jemput I, is Nafriz? Your mom ada hantar gambar anak dia kat I."

Bijak, mama. Yang pergi hantar gambar dia sekali kat Kayla dah kenapa? Tak pasal-pasal Kayla dah kenal muka dia dan tegur dia. Dan tak pasal-pasal dia kena jemput Kayla pula sekarang. Dean merungut dalam hati. Rungutan yang boleh diklasifikasikan sebagai rungutan yang gembira.

"Ya, tapi Nafriz ada hal. Last minute. And nasib baik you tegur I, sebab mama tak hantar gambar you kat I pun." Dan tika ini matanya menangkap satu susuk tubuh yang sangat dikenali, sedang melangkah laju masuk ke dalam lapangan terbang, melalui pintu yang paling hujung.

"Kayla, you stay here. I kena masuk kejap. Stay here tau."

Kayla sedikit terpinga-pinga bila Dean terus menghilang masuk ke dalam lapangan terbang. Apa-apa sajalah. Dan dia baru teringat yang dia masih tak tahu nama anak Aunty Nisha tu.

Dean X Kayla

"Baby." Dean tertawa bila Nafriz terus memusingkan badan, tindakan refleks bila Dean memeluk pinggang adiknya itu. Saja nak mengusik.

"Apa ni, bang? Abang buat apa kat sini?"

"Mama kan suruh abang jemput anak kawan dia?"

"Bila masa pulak?"

"Kau jangan banyak cakaplah. Kau pergi cari kawan abang, nama Idham. Dia kenal muka kau. Kalau kau stay at one place and tunggu dia datang tegur kau pun tak apa."

"Eh mama suruh adik jemput anak kawan dialah. Abang jangan nak buat hal." Nafriz pandang satu-satunya abang yang memang suka sangat buat hal.

"Abang jemput Kayla. Kau jemput kawan abang. Okay?"

"Kalau mama tanya?"

"Jawablah."

"Nak jawab apa? Kayla mana? Abang, nanti mama marahlah."

"Aku tak buat apa-apa pun mama tetap marah aku, so chill. Okay? Kawan abang nama Idham. Make sure jumpa dia, tau! Bye..!"


My Safe HandsWhere stories live. Discover now