Bab 1

2.7K 125 1
                                    

Pengetua itu memandang wajahku dan mama berulangkali. Aku boleh membaca apa yang berada di dalam fikiranku. Dan kalau betul apa yang aku teka, aku tak berapa suka idea dia mengenaiku.

"Kenapa tak dimasukkan saja dia ke kelas Pendidikan Khas sahaja, Datin?"

"Saya tahu benda ini memang agak complicated, cikgu tapi lagi dua tahun saja, cikgu. Bukannya dia ada masalah pembelajaran. Selama ini memang pelajaran dia okey walaupun dia homeschool dan peperiksaan yang dia ambil secara persendirian pun mempunyai keputusan yang cemerlang. Takkanlah tak boleh diusahakan?"

"Tapi dia pekak dan bisu..."

"Cikgu, saya jelaskan sekali lagi. Anak saya Wan Ahmad Ikram ini hanya bisu. Dia tak pekak dan dia boleh dengar semua yang kita kata tanpa gangguan. Dia sama saja seperti kita semua, cikgu."

Pengetua memandang wajah mama semula. Aku mencuri pandang nama pengetua ini. Namanya Cikgu Nasir dan orangnya kelihatan sangat garang cuma mengenai pendirian, aku tak rasa dia seorang yang waras.

"Dia boleh mendengar dengan baik?" Cikgu Nasir bertanya sekali lagi kepada mama.

"Yes, I can guarantee that."

"Jadi kenapa dia tidak pernah bersekolah selama ini?"

"Sebab my ex-husband doesn't want to let him school. Alasannya boleh jaga anak sendiri. End up..."

"Ma..." Dengan suara yang tersekat-sekat, aku menyuruhnya berhenti. Aku menggelengkan kepala kepadanya dan dia seakan faham dengan itu.

"Fine. Dia tak nak. Jadi kami putuskan untuk serahkan custody semua kat saya semula dan dia boleh jaga anak-anak dengan wife baru dia tu."

Cikgu Nasir hanya mengangguk-anggukkan kepalanya saja. Mungkin dia sendiri malas hendak bertanya lebih-lebih mengenai hal itu. Selepas beberapa minit perbincangan lebih mengenai aku, akhirnya Cikgu Nasir bersetuju meletakkan aku di kelas Sains 3. Katanya, guru kelas itu boleh berkomunikasi dalam bahasa isyarat jadi mungkin aku boleh berkomunikasi lebih dengan guru itu.

"Boleh saya bertanya mengenai hal pengangkutan, Datin ada masalah ke hendak hantar dan ambil dia sekolah?"

"I think my driver can handle that one. Or maybe he can bring a phone? Or it is too much?"

"Saya izinkan dia bawa handphone dengan keadaan dia yang sebegini. Tapi semua itu atas tanggungjawabnya sendiri. Boleh, Datin?"

Mama hanya mengangguk.

Cikgu Nasir kemudian memanggil keraninya untuk masuk ke dalam biliknya melalui telefon pejabatnya. Tak lama selepas itu, seorang kerani wanita berbaju kurung masuk ke dalam bilik itu.

"Cikgu Saifuddin ada kelas tak? Kalau dia takde kelas, suruh dia datang jumpa saya sekarang."

Lima minit selepas itu, pintu bilik pengetua itu diketuk. Seorang lelaki berkemeja biru muda dan berkaca mata melangkah masuk ke dalam bilik itu. Memandangnya, secara tiba-tiba jantungku berdebar. Hampir tidak boleh berkelip.

"Cikgu Saifuddin, ini adalah pelajar baru kelas cikgu. Wan Ahmad Ikram. Dia bisu."

Cikgu Saifuddin memandang wajahku. Satu senyuman dihadiahkan kepadaku. Gugur seketika jantungku melihat senyumannya itu. Kemudian aku perasan dia sudah menggerakkan jarinya menggunakan bahasa isyarat kepadaku.

Nama saya Saifuddin bin Mohamad Adi. Nama awak?

Aku juga membalas. Wan Ahmad Ikram. Panggil saja saya Ikram.

"Cikgu Saifuddin, dia bisu. Dia boleh mendengar, cuma tak boleh bercakap." Cikgu Nasir kepadanya. Walau sebenarnya aku tak kisah pun.

"Oh, laa ya ke?" Tuhan, suara dia. Garau yang merdu bunyinya. Aku tersenyum sendiri. "Ini Datin Amelia Carmen kan? That actress?"

Mama pun apa lagi. Pantas saja dia mengangguk. Ya, mama seorang model dan papa seorang pramugara yang asalnya dahulu finalis ManSearch Malaysia, sebuah program realiti TV di Malaysia. Tapi selepas bercerai, mama berkahwin dengan seorang tokoh usahawan di Malaysia dan mendapat gelaran Datin.

"Wow, ada anak artis dalam kelas saya."

Cikgu, kalau boleh saya tak nak identiti saya dikenali sangat. Saya tak biasa. Aku katakan kepadanya secara isyarat. Dia hanya mengangguk.

"Dah settle ke di sini? Kalau dah, boleh saya bawa Ikram terus ke kelas. Selepas ini pun memang kelas dia bersama dengan saya."

"Boleh. Saya ada nak bercakap dengan Datin Amelia sikit lagi."

Selepas bersalaman dengan mama dan mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Nasir, aku mengikuti Cikgu Saifuddin ke kelas. Semasa berjalan itu, aku mencuit sedikit lengannya untuk bertanya beberapa soalan.

Ada lagi ke yang bisu dalam kelas tu?

"Dulu ada. Tapi dia dah pindah sekolah. Ikut family dia pindah."

Classmate saya semua okey tak?

"Kelas awak ni sebenarnya special. Ada beberapa orang yang kurang upaya. Sebab tu saya prefer untuk ajar kelas tu. Bila awak ada ni, bertambah lagi satu colour dalam kelas tu."

Kenapa aku terharu ni? I shouldn't be terharu rasanya. Cikgu ajar subjek apa?

"Saya ajar Matematik Moden and Matematik Tambahan. Tapi untuk kelas awak, saya ajar Matematik Moden."

Aku hanya mengangguk-angguk.

Kelas aku terletak di tingkat paling bawah, berdekatan dengan kantin dan juga tandas. Cikgu Saifuddin mengetuk pintu kelasnya sebelum masuk diikuti oleh aku. Satu kelas mengucapkan selamat sebelum Cikgu Saifuddin memulakan agendanya.

"So, kelas, hari ini kita ada pelajar baru. His name is Wan Ahmad Ikram and he just moved here. He is mute but he is not deaf. He can listen but he can't speak. So, please treat him the way he deserves. If I got any reports, I will directly go to Cikgu Nasir. Okey?"

Semua hanya menjawab okey sahaja. Aku hanya mampu tersenyum. Kemudian Cikgu Saifuddin memandang ke arahku semula. Bahasa isyarat digunakan. 

Ada apa-apa yang nak cikgu cakapkan tak?

Boleh panggil saya Ikram. Saya tinggal di Fleur Garden Residences. Saya suka baca novel dan bersenam. Saya senang berjumpa dengan semua kawan-kawan baru. Dan saya tak pernah bersekolah sebelum ini.

Awak tak pernah bersekolah?

Aku menggeleng. Dia hanya mengangguk. 

"Okey, awak semua boleh panggil dia Ikram saja. Dia tinggal di Fleur Garden Residences. Dia suka baca novel dan bersenam. Dia senang dapat berjumpa dengan awak semua. Dan dia tak pernah bersekolah sebelum ini jadi cikgu minta kamu semua tolonglah jangan buli dia. I'm really begging this. Okay?"

Sekali lagi, seisi kelas itu tercengang. Apa yang pelik mengenai budak lelaki berusia 16 tahun yang tak pernah bersekolah? Sebelum ini pun, aku tetap berdaftar dengan sebuah sekolah cuma aku tak belajar di situ. Kerja kursus, kelas tuisyen, exam semua aku ambil. Cuma bukan di sekolah.

"Ikram, awak duduk kat meja kosong sebelah Erika tu. Erika boleh kan?"

Gadis bernama Erika yang duduk di sebelah tingkap itu hanya mengangguk. Aku kemudian berjalan mengambil tempat di sebelahnya. Dia hanya tersenyum saja kepadaku.

"Hasrafie tak datang ke hari ni?" Cikgu Saifuddin bertanya kepada seisi kelas.

"Tak, cikgu." Seorang rakan sekelasku menjawab.

Aku memandang lagi Cikgu Saifuddin. Ketika dia menyedari aku sedang memandangnya, dia hanya tersenyum. Senyumannya... manis. Aku sukakannya.

_________________________

10 votes for next updates

Perfect FlawsWhere stories live. Discover now