Bab 18

1.1K 76 25
                                    

Semakin rapat aku dengan Qayyum, semakin renggang aku dengan Rafie. Itu adalah pembolehubah dimanipulasi yang dapat aku simpulkan daripada hubungan aku ketika ini. Renggangnya itu sampai kadang-kadang, benda yang dia buat tu takdelah salah mana tapi aku punya snapped tu sampai nak ajak perang.

Adalah suatu hari tu, dia tertolak tanganku dengan sikunya ketika aku sedang menulis, aku terus menutup buku itu dan memukulnya. Ya, aku tahu bunyinya diva tapi aku sendiri tak tahu mengapa aku berbuat demikian.

"Are we good?" Pada suatu petang semasa kami sedang makan cendol di gerai bawah pokok berhampiran sekolah, dia bertanya kepadaku. "If there's anything yang aku buat salah, please let me know."

Sebenarnya, tak ada pun. Tapi entah, sepertimana rasanya yang pudar pada Qayyum dulu, begitu jugalah pudarnya rasaku pada dia. Cuma aku tak tahulah justifikasi itu wajar atau tidak untuk digunakan dalam keadaan seperti ini.

"No..." ucapku perlahan.

"Good then. But please, bagitau aku kalau aku ada buat salah ke apa, okey. I need to know..."

"Da'ah. A'u da ate tade apa en. Tayah ah ta'ut sa'at."

"Oh, sorry."

See?! Nampak tak aku dah macam bukan aku yang aku sendiri kenal. Jarang tau aku nak jadi petty macam ni kat orang. Lagi-lagi pada someone yang I would call as my boyfriend.

"Kejap lagi aku hantar kau balik eh?"

"Ta ayah. Papa a'u atang amek."

"Tak cakap pun."

"'Ena ca'ap ke?" Serius! Aku ni boyfriend dia je tau, bukannya bini dia. Well, the fact yang aku tahu dia memang akan get back semula dengan perempuan bernama Dahlia tu ada ya. Dan fakta ini bukan aku sendiri reka. Ada saksi menyatakan yang mereka kini kerap disaksikan bersama. Dan kenapa aku dah macam pembaca berita ni. "Jap 'agi papa 'ampai."

"Oh, okey." Dia jeda seketika sebelum memegang tanganku. Aku pantas memandang kiri kanan untuk memastikan tiada siapa yang nampak apa yang sedang berlaku. "I love you."

Aku mengucapkan 'I love you' kepadanya dalam bahasa isyarat. Itu antara perkataan yang sampai sekarang aku tak boleh nak ucapkan.

Papa Saif tiba tak lama selepas itu. Aku mengucapkan selamat tinggal kepada Rafie dan terus masuk ke dalam kereta bapa tiri yang juga crush aku itu. Ya, aku masih ada perasaan kepadanya ya.

'Kenapa tak balik dengan dia?' Papa bertanya dalam bahasa isyarat. Kami masih berkomunikasi dalam bahasa ini walaupun aku sudah sedikit demi sedikit boleh bercakap.

'Oh, saja.'

'Is there anything wrong happening between you two?'

'What?'

'Ikram, don't think I don't know what's with you two, okay?'

'Can't you just drive?'

Dia diam. Selepas dah jahanamkan hati aku sekejamnya, dia masih ada hati lagi untuk membebel kepadaku.

Senyap sampailah kami pulang. Jam menunjukkan pukul lima petang which membuktikan lama jugalah aku lepak dengan Rafie tadi. See? I'm still being a good boyfriend after all. Dia je yang tak nampak benda ni.

"Baby, tadi Abang Shah ada call mama. Dia kata Ikram lama tak contact dia." Mama menegurku sebaik aku masuk ke dalam rumah. Ketika itu dia sedang khusyuk membaca majalah fesyen di ruang tamu.

Hampir aku terlupa pada guru bahasa isyaratku itu. Juga antara manusia pertama yang aku came out dulu. Tapi disebabkan daripada awal aku anggap dia abang, aku langsung tak pernah taste aku.

'Oh, betul jugak. Malam nanti Ikram mesej dialah."

"Haa, elok jugak. Dia nak kahwin dah tau."

'Really?'

"Ya. Hujung minggu ni dia datang rumah kita. Mama ajak tidur sini terus."

Aku dengan penuh kegirangan terus naik ke tingkat atas. Sudah lama aku tidak bersua muka dengan abang angkat aku yang seorang itu. Pastinya banyak perkara yang ingin aku borakkan bersamanya nanti.

Aku mandi dan menukar pakaian. Seterusnya aku berbaring di atas katil membaca novel-novel yang baru dibeli minggu lepas ketika keluar bersama mama dan Papa Saif. Papa Saif kini seumpama selebriti di sekolah aku. Mana taknya, seorang guru biasa berkahwin dengan pelakon terkenal. Tak meletup sekolah tu dulu masa gosip tu keluar.

Aku menerima WhatsApps daripada Rafie yang bertanyakan statusku samada aku sudah selamat sampai ke rumah ke belum. Ya, sesungguhnya aku rimas. Aku balas saja dengan emoji OK dan berharap dia tak membalas lagi.

Tapi dia balas juga! Dia balas 'take care I love you' which aku bluetickkan.

Semasa makan malam pun, mindaku tak habis memikirkan dia. Aku sendiri rasa yang aku sebenarnya menerimanya dulu sebabkan aku lonely dan aku palat sebab aku tak dapat Cikgu/Abang/Papa Saif. Tapi sekarang, dah tak berapa nak ada perasaan itu.

"Assalamualaikum..." Suara memberi salam kedengaran. Aku kenal suara itu. Suara Qayyum.

Mama menyahut salam itu seraya berjalan ke muka pintu. Qayyum masuk dengan muka cerianya lalu aku pun secara tak langsung tersenyum juga.

"Aunty, can I sleep here tonight? Dah bagitau mama dah and I brought my uniform for tomorrow too." Mukanya ceria tersenyum kepada mama. Mama tersenyum lalu mengangguk.

Seusai makan, kami berdua terus naik ke bilik aku. 10 minit pertama, kami habiskan dengan bercium di atas katil. Kemudian, kami cuddle di atas katil untuk setengah jam. Ketika inilah, aku membicarakan tentang aku dan Rafie. Semuanya aku tulis.

'Let me be honest and clear. Me and Rafie are in a relationship.'

"I know."

'But I never love him.'

"So?"

'Remember when you asked me to think again? Feel how much you love me?'

Dia mengangguk.

"I... uv... you..."

"Wait what? Am I really hearing what I should be listening to right now?"

"Yes. I 'uv you..."

Kami berciuman lagi untuk lima minit. Kemudian aku perasan telefon bimbitnya bergetar dan ianya panggilan daripada Jawaher. 

"Kacau jelah!" Dia terus mengambil panggilan tersebut dan pergi ke balkoni meninggalkan aku sendirian.

Aku kini sendiri di atas katil. Dihimpit rasa bersalah kerana kalau nak diikutkan, aku masih lagi kekasih Rafie. Tak patut sekiranya aku berbuat sebegini. Atau aku patut break sahaja dengan dia.

Aku ambil telefon dan chat bernama 'Rafie <3' dibuka. Last seen dia merupakan 35 minit lepas dan ini adalah sangat pelik kerana jarang sangat dia punya last seen selama itu.

Aku mula merangka teks.

Hi, Rafie. Aku rasa kau sendiri sedar yang lately, kita macam dah tak ngam sangat. Well, that's why aku text kau now. I want to end it off. Aku rasa macam aku tak boleh nak continue this anymore. I don't know who I might be lying any sooner. Aku harap kau bahagia with your path soon and well, we are still friends. I know you love me but I can't return it too. Last word, goodbye for now...

Butang send ditekan. Single tick sahaja. Ini semakin merisaukan.

Qayyum masuk semula dengan wajah yang separa pucat dan kaget. Aku terus bangun dan memegang wajahnya yang semakin sejuk itu. Terketar-ketar dia ketika itu.

"Rafie... Rafie dia... Dia accident. Meninggal kat situ jugak..."

WHAT?!?!

Perfect FlawsWhere stories live. Discover now