Bab 20

1.2K 76 1
                                    

Hari itu adalah hari bertemu ibubapa di sekolah aku. Memandangkan kebetulan harini papa pun off day dan mama pun takde shooting jadi kedua-duanya boleh datang harini. Cuma papa seboleh-bolehnya tak nak bertemu Papa Saifuddin. Mujurlah kelas tingkatan lima ni bukan lagi under Papa Saif.

"Encik Ariff dan Puan Amelia, terima kasih kerana sudi datang hari ni. Kami sangat gembira dengan kehadiran ibu bapa pelajar..." ucap Cikgu Hanim, guru kelas yang juga mengajar subjek Bahasa Melayu kelas itu dengan penuh hormat. Papa dan mama hanya mengangguk hormat.

Aku salute dengan papa dan mama with the fact that dorang boleh act professional when it comes to me. Taklah nak kata dorang bermusuh tapi bila sampai ke perihal aku, mereka boleh mencapai kata sepakat bersama. Dan hal itu membuatkan aku bersyukur walaupun parents aku bercerai, mereka okey sahaja tanpa ada ribut.

"Sejak kematian rakan baiknya, Rafie, memang tak saya nafikan ada sedikit perubahan sikap pada Ikram. Dia menjadi kurang ceria dan banyak bermurung. Tapi mujurlah Qayyum pun ada menolong menceriakan kembali dia, menurut apa yang saya nampak," terang Cikgu Hanim kepada mama dan papa lagi. Aku yang berada di tengah-tengah mama dan papa hanya membatukan diri.

"I always know that. Sebab tu, after I remarry ni, I hantar balik Ikram kat rumah papa dia. Sana lebih ramai orang yang boleh merapatkan diri dengan Ikram. Rumah saya tu ada saya dengan Cikgu Saif tu je."

"Betul jugak tu, cikgu. Cuma itulah kadang-kadang jadual kerja saya ni bukan tentu. Tak sempat kadang-kadang nak spend time dengan Ikram."

Aku tahu apa yang difikirkan Cikgu Hanim ketika itu. Sucks to be Wan Ahmad Ikram. Papa pramugara mama pelakon. Kedua-duanya merupakan pekerjaan yang masa kerjanya sangatlah tidak fleksibel. Jujurnya, baik di rumah mama mahupun rumah papa, kedua-duanya aku tetap sukar untuk bertemu dengan mereka.

Selepas sesi bertemu ibubapa itu selesai, aku bersama mama dan papa mempunyai diskusi kecil di luar.

"I nak pergi bandar kejap. Takut penat pulak kalau Ikram ikut sekali."

"I nak gerak shootinglah kejap lagi. Mana ada siapa kat rumah I tu."

"Suruhlah dia balik dengan Saif je kalau macam tu. Nanti I ambiklah kat rumah you."

"Saif ada meeting kat PPD kejap lagi. Mana sempat."

Ya, inilah discussion tu. Disebabkan selepas perjumpaan tu semua pelajar dibenarkan mengikut ibubapa masing-masing pulang, jadi isu ini sememangnya akan berlaku.

'Takpelah, Ikram boleh je stay kat sekolah.'

"Habis siapa yang nak bawak Ikram balik nanti?" Mama bertanya lagi.

'Qayyum kan ada. Nanti Ikram baliklah dengan dia. Tak payahlah risau.'

Mama dan papa saling berpandangan. Sebenarnya aku cukup tak suka keadaan seperti ini dimana mereka akan saling menuding jari kepada satu sama lain. Rasa tak seronok.

"Apa-apa nanti Ikram whatsapp papa eh?" Papa memberi pesanan lagi.

Aku hanya mengangguk. Selepas menyaksikan mereka berdua pergi, aku kembali ke dalam kelas. Aku duduk di sebelah Qayyum yang keseorangan selepas Jawaher pulang bersama ibunya tadi. Aku sendiri pelik kenapa Qayyum ini tidak pernah menerima kehadiran ibu bapanya ke sekolah.

"Hai..." Aku bersuara perlahan.

"Kau tak ingat parents kau balik ke?"

"'Alas'ah. 'Orang a'a hal sen'iri memasing."

"Oh, balik dengan akulah ni?"

Aku mengangguk. Aku lihat dia khusyuk membaca novel dalam Bahasa Perancis daripada tadi. Mungkin itu salah satu cara dia distractkan diri dia daripada sedih mama dan papanya yang tidak datang.

"'Ak 'anya bole?"

"Apa dia?"

"Ma'a ngan pa'a 'au ta da'ang ke?"

Dia menggeleng.

"Dorang tak bagitau kenapa?"

Dia menggeleng. Aku tidak mahu bertanya lebih-lebih. Kupandang sekeliling kelas. Rakan-rakan lain sedang rancak bersembang dan ada pula yang sedang melayan parents masing-masing sementara menunggu Cikgu Hanim panggil.

"Qayyum..."

"Ya?"

"'Au o'ey?"

"Okey jelah. Kenapa?"

"Kau ma'am 'ak happy."

"Aku okey jelah."

Sehingga tamat waktu persekolahan, kami seakan senyap sedikit berbanding kebiasaan. By biasa, aku maksudkan kami akan berborak dan bermain permainan yang bodoh-bodoh. Tapi tidak hari itu. Mungkin dia sedang tertekan.

Masuk saja ke dalam keretanya, dia membuka cermin mata dan menekup wajahnya di stereng. Aku menepuk bahunya untuk menenangkan kerana itu saja yang aku tahu. Aku tak reti sangat hendak pujuk beriya ni.

"Qayyum..." Perlahan aku menyebut namanya. Aku harap dia masih mampu bertenang.

"I'm sorry, Ikram. I'm so sorry."

"'Ena'a?"

Dia mengangkat wajahnya dan memandang wajahku. Kemudian dia bersandar di kerusi pemandu dan tangannya meraih tanganku. Wajahku masih ditatap dalam.

"It must be fun to have parents who actually care about you."

"Huh?"

"You know what, everyone was looking at your parents tadi. Both of your parents are celebrity. Yes, they are busy, have work to do but they still spend some times to actually care about their son."

Aku mendiamkan diri. Aku seperti dapat memahami apa masalah yang dihadapinya tapi aku masih tak certain apakah ia.

"Papa dengan mama aku macam tak pernah faham aku je."

"'ak'ud kau?"

"Kau tengoklah sendiri. Mana pernah dorang datang event macam ni. Daripada aku sekolah rendah kut. Adik-beradik aku semua boleh je dorang berdua datang tapi bila sampai kat aku, banyak sangat alasan."

Aku diam lagi.

"Salah ke aku nak rasa ada parents jugak macam orang lain? Yeah, I'm not that smart and shit but I got feelingslah sial!"

Okey, dia lonely sebenarnya. Dalam group member kami dalam kelas itupun, sebenarnya Qayyum inilah yang paling lowkey sekali sebenarnya. Tak seperti yang lain, dia ni main bola pun tak. Yang lain naik motor, dia ni bawak kereta. Memang kawan pun tak ramai dia ni. Rafie dulu je yang rapat dengan dia.

Aku memegang wajahnya. Air mata masih mengalir di pipinya. Aku cium pipinya lembut. Dia tersenyum nipis.

'Kau kan ada aku.'

"Tak fahamlah, Ikram."

'Aku tahu.'

"Eh bien, tu veux jouer avec moi, est-ce que?"

"'ak fa'amlah."

"Haa tau pun!"

Kami berciuman kemudiannya. Aku mula merasakan inilah uniknya hubungan kami berdua. Kami tahu bagaimana untuk berkomunikasi dalam bahasa yang masing-masing tidak fahami apa ertinya. Dan kami masih boleh berkomunikasi dengannya.

"Je t'aime tellement, Ikram."

'I love you, Qayyum.'

"Ikram, janji dengan aku satu perkara. Boleh?"

Aku mengangguk.

"Jangan tinggalkan aku. Selamanya."

Aku tersenyum lalu meraih tangannya. Kugenggam tangannya dan kucium berulang kali. Comel sangat si Qayyum ni bila dia tengah serius macam tu. Aku cubit pipinya lembut.

"Ikram!"

"'au co'el 'angat."

"Well, thanks." Kemudian dia memandang ke dalam mataku. Jauh pandangannya itu. "I love you. So much."


Perfect FlawsWhere stories live. Discover now