Bab 6

2.1K 94 14
                                    

Screw the votes! I'm gonna updating!

_________________________

"Sampai hati kau buat aku begini, Hakimi?!"

"Elina, ini semua untuk masa depan kita berdua."

"Masa depan kita atau masa depan kau saja?!"

"Elina, aku janji yang kita berdua pasti akan bersama satu hari nanti."

Elina pun memeluk Hakimi di dalam hujan. Apa ke gila berpeluk dalam hujan? Dan aku pun apa ke gila tengok drama Melayu kat TV3setengah ni. By the way, Elina itu adalah watak lakonan mama dalam drama bertajuk Senja Di Hatiku yang pernah ditayangkan pada waktu perdana 10 tahun dahulu. Masa tu aku pun baru pandai baca rasanya ataupun aku baru reti ABC dalam sign language.

Kantin sekolah ini pun satu. Cubalah buka siaran yang ilmiah sikit untuk pelajar-pelajar. Ini pergi buka siaran swasta ni kenapa? Tapi mungkin juga ada cikgu yang tengok. Masalahnya sekarang ni dah habis waktu sekolah kut?!

Aku duduk di kantin itu sambil menjamah makan tengahari sementara menunggu latihan bolasepak bermula. Oh ya, akhirnya aku berjaya diterima untuk turut sama main di dalam pasukan bolasepak sekolah tersebut. Gembira bukan main aku ketika mendengar berita itu.

Sedang aku menjamah nasi campur itu, bahuku ditepuk oleh seseorang. Ianya Rafie. Dengan senyuman di bibirnya, dia kemudiannya duduk di hadapanku.

"Tak ajak makan sekali pun."

Aku hanya tersenyum. Dia juga turut membuka bekas makanannya yang juga mempunyai nasi campur di dalamnya. Tak seperti aku, dia makan menggunakan tangan sahaja.

"Hari ni aku tak main kut. Tengok korang main je."

Aku menulis di atas buku nota biasa apa yang ingin dikatakan kepadanya. Kenapa tak main sekali?

"Kan kaki aku injured lagi. Lagi dua bulan kut baru boleh."

Mind to share what's happened?

"Oh, aku accident motor dulu. Just sprained macam tu je. Nothing too serious pun sebenarnya."

Hope you will recover soon.

"Thanks."

Latihan bolasepak pada petang itu berlangsung dengan lancar. Cuma melakukan beberapa latihan fizikal seperti lari keliling padang, simple workout dan kicking exercise. Taklah banyak sangat pun.

Rafie, dia ada. Dia setia duduk di bench sebelah padang dan memandang ke arah kami semua di tengah padang. Selepas habis latihan, dia datang berjalan menuju ke arah aku di tengah padang.

"You did great, mate!"

Thank you!

"Kenapa kau bagi flying kiss kat aku?"

Aku ketawa. Nyata dia tidak tahu apa maksudnya itu di dalam bahasa isyarat. Aku kemudian menulis bahawa itu adalah ucapan terima kasih dalam bahasa isyarat. Dia hanya menunjukkan yang dia berminat dengan itu.

Langit sudah mendung. Aku pula sudah menelefon hampir 10 kali namun satu pun tak berjawab. Driver di rumah pula bercuti hari ini kerana katanya anak sakit. Mati hidup semula pun aku takkan suruh Abang Amir ambil aku di sekolah hari ini.

"Kau balik naik apa ni?"

Aku menjongket bahu.

"Jom naik dengan akulah. Aku ada helmet lebih tu. Si Qayyum tumpang aku pagi tadi tapi dia dah balik."

Ya, aku bersetuju dengan cadangan itu. Aku menukar bajuku yang berpeluh tadi agar tidaklah dia hilang nafas terpaksa menahan busuk peluhku nanti.

Aku kemudiannya membonceng motosikalnya untuk pulang ke rumah. Di situlah aku lihat sebenarnya Rafie ini orangnya sangat macho. Bahunya aku pegang dan aku dapat merasakan betapa solidnya otot bahu adik cikgu ini.

Dalam perjalanan, hujan mula turun dengan lebatnya. Dalam kebasahan itu, aku mulai mendakap tubuhnya dari belakang. Aku sendiri tak tahu apa rasionalnya aku berbuat begitu. Padahal bukannya ada kena-mengena pun.

Setibanya di rumah aku, aku mengajak dia untuk masuk ke dalam terlebih dahulu. Kesian juga nak dibiarkan dia pulang sendirian di dalam hujan lebat sebegini. Aku mempelawa dia untuk membersihkan diri di dalam bilik aku terlebih dahulu. Mujurlah Abang Amir tidak ada di rumah ketika itu. Lebih tepat, selain maid, hanya ada kami sahaja.

Dan ketika dia sedang basah kuyup itulah, aku merasakan yang Hasrafie ini adalah seorang manusia paling sempurna pernah aku lihat. Baju sekolah yang putih itu melekap di tubuhnya yang mungkin hanya dibaluti singlet putih saja di dalamnya. Dan ketika dia membuka butang baju sekolahnya itu, aku diserang asma yang sangat teruk.

"Aku mandi dulu eh?" Dia bertanya kepadaku yang masih terpana melihat pemandangan yang agak asing itu. Selain daripada Abang Amir, inilah kali pertama aku melihat seorang lelaki kacak hanya bersinglet saja di hadapanku.

Aku mandi di bilik mandi di dalam bilik tidur mama sahaja kerana Rafie sudah mandi di dalam bilik air di dalam bilikku. Selepas itu, aku kembali semula ke bilikku. Selepas selesai aku memakai baju, barulah Rafie keluar dari bilik mandi.

Ya, dia tidak memakai apa-apa melainkan hanya tuala putih yang dipinjamkan olehku kepadanya. Tak perlu diteka, ya, aku ternganga sedikit. Bahu dia, dada dia, biseps dia. Semuanya. Dan aku dapat merasakan yang nafasku sudah tak tentu naik turunnya.

"Ikram?" Dia memandangku pelik.

Tiada suara yang keluar dari mulutku (Obviously aku bisu) cuma tanganku seperti tak bisa untuk berdiam diri. 

"Kau suka ke?"

Aku menggigit bibir. Kejap, aku tak salah dengar kan apa yang aku baru dengar tadi? Dia tanya aku kan? Maka aku pun menjongket kening kepadanya.

"Kau suka tengok aku macam ni?"

Aku tak tahu apa hendak menjawabnya. Cuma yang aku ingat, aku sudah mula berjalan beberapa langkah ke arahnya. Seriously Daniel Darwisy baru chapter 6 kut!?

"Peganglah kalau nak."

Aku meletakkan kedua-dua tanganku di kedua-dua bahunya. Solid. Tegap. Lean gila!

"Kau comel."

AAARRRGGGHHH Mana ais aku nak letak kat muka?!

"Peluklah aku kalau nak."

Of course aku buat! Laju saja aku terus mendakap dia semahu-mahunya. Aku tekupkan mukaku ke dadanya dan mula menolaknya ke atas katil. Tapi baru saja aku hendak merabanya lebih-lebih lagi, dia menolakku lembut.

"No, no. This one dah off-limit. Well at least for now."

Why?

"Tak fahamlah, Ikram."

Aku pantas mencari kertas dan menulis apa yang aku 'cakap'kan tadi. Dia tersenyum selepas membaca apa yang aku tulis itu.

"Kita kan kawan. Aku tahu yang kau selalu pandang aku and jujurnya aku pun suka bila kau buat macam tu."

Then? Aku tulis lagi.

"Aku tak ready lagi. Serius tak ready lagi."

Tak ready for?

"Nanti kau tahulah. Tunggu eh, Ikram."

Aku hanya mengangguk. Cuma dia benarkan aku untuk baring di atas dadanya. Pintu bilik pun sudah dikunci jadi tiada siapa yang boleh mengganggu kami.

Aku terdengar dengkuran kecil darinya beberapa minit kemudian. Ketika itulah aku mula terfikir sesuatu. Sesuatu mengenai perasaanku sendiri.

Kenapa aku bersikap begini kepada Rafie sedangkan aku sendiri pasti aku cintakan Cikgu Saifuddin? Atau sebenarnya aku cintakan Rafie dan sekadar sukakan Cikgu Saifuddin? Atau sebenarnya aku tak cintakan sesiapa pun?

Aku pandang lagi wajah Rafie. Seredup Cikgu Saifuddin. Dan tanpa consent darinya, aku mencium bibirnya...

Perfect FlawsWhere stories live. Discover now