Malam itu, ketengah ketepi aku berguling di atas katil tapi masih belum mampu untuk aku melelapkan mata. Baru tak sampai sebulan sekolah dan aku dah rasa seksanya.
Aku buka WhatsApp dan melihat nama Cikgu Saifuddin online. Apa sajalah yang diboraknya dan dengan siapalah orangnya itu.
Rasa macam nak menghantarnya mesej tapi rasa macam tak mahu mengganggunya. Susahlah emosi sebegini. Tapi agak tak sopan pun untuk aku kacau dia di malam hari sebegini. Dia masih cikgu aku kut.
Sekarang jam sudah menunjukkan jam 1:30 pagi. Walaupun esok hari cuti tapi aku betah untuk tidur lambat. Mungkin terlalu memikirkan mengenai Rafie tadi kut.
Aku buka laptop dan melihat nama Abang Shah online di Skype. Dia ni merupakan fasi di pusat belajar bahasa isyarat aku dulu. Antara fasi yang paling rapatlah kiranya dengan aku dulu.
"Hai, Ikram! Tak tidur lagi ke?"
Belum lagi. Nampak nama abang tengah online, ingat nak borak kejap.
"Oh, abang free je. Macam mana sekolah?"
By the way, Abang Shah ni tahu yang aku ni tak straight. Dan sejujurnya, dia completely okay dengan benda tu. Dan rasanya, dialah orang pertama yang tahu tentang hal ini. Mama pun aku masih tak yakin untuk bercerita mengenainya.
Macam tu jelah, bang.
"Kenapa macam stress je ni? Ikram ada masalah ke kat sekolah? Kawan-kawan buli?"
Aku menggelengkan kepala. Tak tahu mana hendak mulakan kisah ini kepada Abang Shah. Tapi aku rasa aku terpaksa juga ceritakan.
Ikram rasa Ikram tengah sukakan seseoranglah. Eh, bukan seorang. Dua sebenarnya.
"Hamboi, ramainya. Classmate ke?"
Seorang tu classmate, seorang tu cikgu.
"Bukan main lagi adik abang seorang ni. Habis, dorang tau ke yang Ikram suka kat dorang? Ke Ikram memang tak nak bagitau dorang?"
Ikram pun tak tahu. Tapi seorang tu Ikram rasa macam takde harapan je.
"Which one?"
Yang classmate tu.
"Kenapa Ikram kata macam tu?"
Entah, Ikram pun tak pasti. Sebenarnya, Ikram pun tak pasti dengan perasaan Ikram sendiri.
Abang Shah di dalam skrin mendiamkan diri. Kadang-kadang memang aku selalu rasa aku ini membebankan dia. Kadang-kadang bila aku koyak dengan mama atau papa, selalu saja aku pergi ke rumah Abang Shah ni. Dulu rumah papa dekat dengan rumah dia tapi kat rumah mama ni, memang susah sikitlah kalau nak keluar ke apa.
"Ikram pasti Ikram sukakan dorang dua tu?"
Aku mengangguk.
"Which one came first?"
Cikgu tu kut.
"Yang classmate tu? Okay, apa kata Ikram story kat abang apa sebenarnya yang jadi."
Aku pun mula bercerita kepadanya mengenai apa yang berlaku kepada aku sejak dua menjak ini. Dia juga khusyuk melihat (obviously aku cerita dalam bahasa isyarat) aku bercerita dan sedikit pun tidak merungut. Sekurangnya dia tak merungut depan aku.
"Okey, abang faham sekarang. Habis Ikram okey tak sekarang?"
Macam tu jelah, bang. Entahlah, Ikram pun tak tahu nak cakap macam mana.
"Abang tak reti sangat bab bercinta ni tapi meh abang pesan sikit. Dalam hidup kita, memang kita akan jumpa beberapa orang yang kita akan berkenan dan kita tak boleh halang perasaan tu. Tapi tak bermakna kita kena ikut layanan perasaan kita tu."
Maksud abang?
"Ikram, abang rasa Ikram ni culture shock je sebenarnya. Kan Ikram tak pernah jumpa orang ramai lagi. Ikram kena terima hakikat yang itu dunia luar. Dunia luar is not like you think it is."
Maksud abang, Ikram kena tipu ke?
"No, bukan macam tu. Macam nilah abang cakap senang. Ikram sebenarnya culture shock. Ikram jumpa orang yang rapat dengan Ikran dan Ikram tak pernah face benda tu sebelum ni. Which is salah mama dengan papa jugaklah tak nasihatkan awal-awal tentang benda ni. This all will be ended soon."
Salah Ikram ke sekarang ni?
"Taklah. Mana ada abang kata salah Ikram. Cuma abang rasa Ikram terlalu budak untuk fikirkan hal-hal ni semua. You are still young, Ikram."
Entahlah, rasa macam bodoh pun ada.
"We all learnt from lesson, dik."
Thanks, bang.
Dan videocall kami berakhir sebab Abang Shah kata dia dah nak lelapkan mata. Aku juga yang masih ketengah ketepi mencuba untuk melelapkan mata. Dalam diam, aku berharap agar Abang Amir tak masuk ke bilik aku sebab aku cukup tak larat untuk melayan serakahnya malam-malam buta begini.
Telefon aku mendapat satu notification. Daripada Rafie. Jantung aku berdegup kencang.
Ikram, aku ada bwh rmah kau ni
Melihatkan teks itu, aku terus menuju ke balkoni dan meninjau ke bawah. Ya, ada seorang budak lelaki sedang berdiri di sebelah motorsikalnya di situ. Aku terus keluar bilik dan senyap-senyap keluar dari rumah menuju ke pagar. Oh ya, buku nota turut dibawa bersama.
Kenapa kau datang? Aku tulis di dalam buku nota tersebut.
"Aku tak boleh tidur?"
Aku membuat muka seperti bertanya.
"Aku teringatkan kau."
Aku mengangkat kening.
"Aku rasa ada benda yang aku rasa kau patut tahu."
Aku jongket kening lagi.
"Aku sebenarnya ada masalah sikit."
What masalah?
Dia diam. Kami kemudiannya duduk di pagar rumah sambil memegang tangan satu sama lain. Jangan tanya kenapa aku pegang tangan dia.
"Ikram, kalau aku cakap something, janji kau tak marah aku."
Aku hanya pandang wajah dia. Aku harap dia faham itu maksudnya 'ya'.
"Aku rasa kau je yang aku boleh ceritakan rahsia aku. Sebab aku percaya kau takkan cerita kat orang lain. Betul tak?"
Kenapa kau percayakan aku?
"Entah. Sebab kita senaluri kut."
Aku pandang wajahnya lagi. Kali ini dengan kerutan di dahi. Dia masih beriak neutral. Aku masih keliru dengan apa yang dia baru katakan. Berharap dia ulanginya semula.
"Aku dengan Dahlia dulu, well I bet you knew her already. Bukannya sebab aku nakkan dia. Sebab aku nak abang dia. Aku crush kat abang dia. Sebab tu kitorang break pun, it doesn't affect me that much."
Aku menepuk pehanya meminta dia untuk berhenti berbicara sementara. Entah kenapa, apa yang Abang Shah ceritakan padaku tadi terlalu tepu di fikiran. Aku pandang ke dalam matanya. Kata orang, mata tak boleh menipu. Aku harapnya begitulah.
Kau tak gurau kan?
"Why would I?"
Aku minta maaf, aku tak tahu nak react macam mana.
"Aku nampak kau selalu pandang Cikgu Saifuddin. Aku tahu kalau kau suka lelaki jugak pun, kau akan suka lelaki macam dia kan?"
Kenapa kau fikir macam tu?
Dia diam. Aku juga kalau boleh tak mahu mendengar apa-apa lagi. Dunia persekolahan yang aku bayangkan bukanlah begini.
"Hoi Ikram!" Suara Abang Amir menyergah dari muka pintu rumah. Ah, fuck!
___________________________
Sorry sebab lama sangat tak update but as I mentioned earlier, I am goddamn busy. Kita tengoklah dulu ya kalau ada sempat, Daniel update. Kalau takde, mereputlah korang. And I'm also dah lama give up dengan Wattpad ni generally. Apa-apa, insyaAllah will be updated!
YOU ARE READING
Perfect Flaws
Teen FictionAku tidak sempurna. Sedikitpun tidak. Cintaku juga pada orang yang tidak sempurna. Tapi, itulah yang menyempurnakanku...