Bab 11

1.5K 84 3
                                    

Keadaan tak bertukar banyak. Ya, sangat tak bertukar banyak. Ada itu ada tapi tak signifikan sangatlah. Entahlah, mungkin Cikgu Saif, confession haritu tak memberi apa-apa kesan kepada dia. After all, apa je yang aku boleh sangka as return? Dia suka aku balik.

Dia hanya tersenyum dan makan makanan yang dipesannya. Tak ada apa pun yang dibicarakannya. Bukan sebab aku bisu ya. Aku tahu memang dia sengaja memilih untuk berdiam.

So, di sekolah, keadaan seperti biasa. Tak ada apa yang istimewa pun. Eh, kejap! Aku diterima sebagai pemain bolasepak sekolah. Kira istimewalah tu kan? Ya, semua orang kelihatan gembira dengan hal itu. Mama pun happy.

Hari itu, tidak ada kelas bersama dengan Cikgu Saif. Ada dua perasaan menerpaku ketika terfikirkan itu. Sedih dan lega. Sedih kerana tak dapat melihat wajah kacaknya pada hari ini. Lega kerana selepas pertemuan itu, aku tak sedia lagi hendak melihat wajahnya.

Masa yang ada aku gunakan untuk berborak bersama Rafie di dalam kelas. So far, belum pernah lagi kami ditangkap kerana berbual di dalam kelas. Mana nak tangkapnya kalau sembang pun tulis atas buku nota.

"Balik ni kau dengan siapa?"

Tak tahu lagi. Rasanya mama aku kut.

"Aku ada bawak helmet lebih. Jom makan cendol. Kau ada training tak?"

Aku menggeleng. Yang lain ada sekali ke?

"Tak kut. Semua macam barai je."

Aku hanya tersenyum. Dan sungguh pun apa yang dikatakan oleh Rafie itu. Rakan-rakan yang lain semuanya sudah mempunyai rancangan sendiri. Tinggallah aku dan Rafie sahaja yang tiada apa-apa rencana.

Aku mesej mama awal-awal memberitahu yang aku keluar dengan Rafie ke bandar dulu untuk makan cendol. Mama hanya membalas 'ok' sahaja tanpa bertanya panjang-panjang kepadaku. Sebenarnya, selepas apa yang berlaku kepadanya kerana Abang Amir, aku agak terkejut dia masih hendak berborak denganku.

Rafie, may I ask something?

"Apa dia?"

Aku minta maaf pasal kes Abang Amir hari tu. Aku still rasa bersalah sebab tu.

"Eh, takpelah. Lebam tu pun dah habis. Lagipun, it's not even your fault pun kan."

Still I feel bad for it. He always like that.

"How can kau survive dengan dia? I mean, dia tu macam psiko je."

He is, Rafie. He is. Yeah, he can be jerk sometimes.

"Are you sure sometimes?! Sumpah scary dia. Apa je lagi yang dia buat kat kau malam tu?!"

Aku tak menjawab. Tak sanggup nak reminisce semula apa yang berlaku pada malam itu. Serakah gila Abang Amir memang tak terbayangkan oleh manusia biasa.

"Ikram, jawablah..."

Aku memandang wajahnya. Ada riak concern pada wajahnya. Call me slut but aku suka tengok cara dia pandang aku. Ada sesuatu yang aku tak pasti apa ianya tapi itulah yang membezakan pandangan matanya dan Cikgu Saif.

Tak apalah, wey. Bukan hal besar pun.

"Wey, kau kena lanyak separuh mati dengan abang tiri sendiri kut. Kau boleh kata takde apa-apa."

Ya, sumpah takde apa-apa. Janganlah risau sangat.

Matanya masih memandang ke dalam mataku. Aku cuba mengalih pandangan ke cendol semula. Adalah dalam dua minit sebelum dia menyambung makan cendolnya yang semakin mencair itu.

"Kalau ada apa-apa, kau bagitau jelah aku. Mana tahu kalau aku boleh tolong apa-apa. Pasal abang tiri kau tu, kalau dia pukul kau ke, call je aku. Boleh je tumpangkan kat rumah aku."

Masalahnya hari tu aku dengan tak berfikir panjangnya telah pergi ke rumah Cikgu Saif. Ingatkan dia sangguplah terima aku jadi cinta hati ke apa rupanya, harapan sajalah.

Selepas makan, kami terus bergerak pulang ke rumahku. Tapi ada sesuatu yang menghalangku untuk masuk ke rumah. Kereta Abang Amir berada di situ. Aku sudah gelabah.

"Ikram, kau okey tak?" Rafie bertanya melihatkan aku yang sudah tak tentu hala.

Aku menuding ke arah kereta Abang Amir dan seperti faham dengan apa yang aku alami, Rafie menyuruhku naik semula motornya. Kami pulang ke rumahnya dan Cikgu Rita. Selepas beberapa penipuan yang fabricated by Rafie, Cikgu Rita telefon mama dan meminta izin daripadanya untuk membenarkan aku menginap di rumahnya malam itu.

Malam itu, Cikgu Rita membawa aku dan adiknya makan di sebuah warung char kuey teow. Aku cemburu dengan Rafie yang sangat rapat dengan kakaknya. Aku ni, jangan kata nak rapat, pakej kena rogol lagi. 

Selepas pulang, aku dan Rafie hanya berehat di dalam bilik. Dia sibuk membuat latihan Matematik manakala aku menatap gambar Cikgu Saif di dalam handphone. Menurut InstaStory, malam ini dia pergi ke sebuah rumah yang nampaknya mewah dan sangat glamour. I wonder whose house is it.

"Ikram..."

Aku berpaling memandang dia yang sedang duduk tegak memandang aku. Dia bangun dari kerusi dan datang menujuku di atas katil. Wajahnya seakan menyorokkan sesuatu.

"Ikram, kau betul-betul sukakan Cikgu Saifuddin kan?"

Aku mengangguk perlahan. Tak tahu kenapa tapi aku merasakan perbualan ini akan menjadi sangat emosional.

"Memang dah tak ada ruang untuk aku ke? Untuk kau?"

Aku ambil buku nota dan mula menulis di atasnya. Apa maksud kau ni, Fie?

"Aku sukakan kau, Ikram. Aku sayangkan kau. Takkanlah kau tak pernah nampak semua ni? Ya, aku tak macam Cikgu Saif tapi aku janji aku boleh jadi yang terbaik untuk kau. Tolong terima aku, Ikram."

Tapi, bukan ke kau tak ready dulu?

"Panjang cerita dia, Ikram. Aku tahu aku patutnya tak fikirkan diri sendiri dulu. Tapi jujurnya, memang aku dah tak boleh simpan dah. Aku betul-betul sukakan kau, Ikram."

Kenapa tiba-tiba je ni, Rafie?

"Aku pun tak tahu kenapa..." Dia tersenyum dengan mengesat air mata di pipi. "...tapi Ikram, kau dah buat aku rasa semangat balik. For everything."

Cerita dia sekarang kenapa aku tersenyum eh?! Kenapa aku mesti tersenyum?!

"Tapi, mesti kau pilih Cikgu Saifuddin kan?"

Dia sambung menghadap buku latihannya. Aku pula yang rasa sedikit serba salah. Aku tak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Aaa...phiii..."

Dia menoleh. Ya, aku tahu suara aku itu pelik. Aku terus bangun dari katil dan mencium mulutnya. Lama ciuman itu bersatu antara bibirku dan bibirnya. Tidak habis di situ, aku teruskan ke leher dan bahunya. Kali ini, dia benarkan sahaja.

"Ikram..." Dia menyebut namaku. Aku berharap sangat suaraku mampu untuk menyebut namanya semula tapi pelik bunyinya nanti. "What is this?"

Aku mengangkat bahu. Bukannya aku tak tahu tapi aku tak tahu apa hubungan kami ini. Pipi dan rambutnya aku elus kemas. Air mata aku pula yang keluar. Aku terlalu mengejar sesuatu yang tak pasti meninggalkan sesuatu yang memang di depan mata.

"Are we... hmm, dating?"

Aku hanya memberikan senyum dan mencium bibirnya sekali lagi. Aku harap itu mampu menjawab soalan dalam kepalanya itu dan menggembirakan dia juga.

Perfect FlawsWhere stories live. Discover now