Bab 17

1.1K 64 1
                                    

Makan malam di rumahnya sangatlah fancy. Aku dihidangkan dengan nasi paella, makanan Sepanyol yang rupanya macam nasi goreng seafood dan creme brulee sebagai pencuci mulut. Sebuah hidangan makan malam yang sangat European dan unik. 

Madame Farrah juga orangnya sangat peramah. Kalau tak pasal fesyen, dia akan bercerita tentang persahabatannya dengan mama. Banyak jugalah rahsia mama yang aku dapat korek daripada dia terutama semasa dia bercinta dengan papa dulu.

"Clearly, you inherit your dad's good face." Dan ketika dia menyebut ini, Qayyum memandangku dan tersenyum. Aku faham apa yang berada di fikirannya. "Even I got a crush on him before."

Aku tak tahulah apa perasaan papa Qayyum ni kalau dia ada di meja makan itu bersama kami. Qayyum bagitau tadi yang papanya pulang sekejap ke Montpellier untuk urusan hartanah di sana.

"Maman, est-ce que vrai que on a retourner à la France après Qay finit son examen?" Abang sulungnya, Quentin bertanya

"Oui, j'ai te dit pour combien fois deja."

"Je sais mais, c'est bizarre."

"Quoi bizarre?"

Belum sempat Quentin hendak berkata apa-apa, Qayyum mencelah, "Ma, we have someone who doesn't speak French here. It's inappropriate for us to speak in French in front of him."

"Oh, I forgot. Sorry, Ikram."

Aku hanya tersenyum tawar. Sebenarnya aku taklah kisah sangat sebab aku sendiri faham kalau itu adalah bahasa ibunda mereka apa salahnya kalau mereka berkomunikasi dalam bahasa itu. Siapa aku untuk berasa bersalah?

Selepas makan, aku mula hendak bersiap-siap untuk pulang semula ke rumah. Lagipun ketika itu jam sudah menunjukkan pukul sembilan malam macam tu. Hairannya tak ada pulak mama dok spam mesej ke apa.

Takdir agaknya, hujan turun selebat-lebatnya secara tiba-tiba. Dan mama sangatlah melarang aku untuk drive dalam hujan dengan alasan ianya berbahaya. Tak dinafikan ianya benar.

"I'll call your mom to tell you might be home late."

"Maman, he's staying here tonight." Qayyum mencelah.

"But tomorrow sekolah kan?"

"He can have my school uniform. It's fine."

"Attends, I call his mom."

Kemudian aku dengar suara mama di dalam telefon berbual mesra dengan Madame Farrah. Daripada nada yang aku dengar, bunyinya macam mama mengizinkan. Lima minit kemudian, Madame Farrah kembali semula kepada aku dan Qayyum.

"Oui, she let you sleep here tonight. Qayyum, nanti pinjamkan kain kat Ikram okey."

"D'accord, maman."

Aku naik ke bilik Qayyum. Qayyum ini walaupun adik-beradiknya semua lelaki tapi rumahnya cukup besar untuk tidak memaksa mereka semua berkongsi bilik. Abang sulungnya ada bilik sendiri, Qaizer, lepas kahwin terus tinggal sendiri di apartmen yang dibelikan oleh Madame Farrah manakala adik bongsu Qayyum, Qasyaf tinggal di asrama. Jadi, memang lebih daripada cukup jumlah semua bilik.

"Why?" Aku bertanya kepadanya selepas menyarung kain pelikat yang dihulurkannya selepas aku selesai mandi.

"Why what?"

"Why au uka laki en why au uka aku?"

Dia ketawa kecil mendengar soalan tersebut. "Why aku suka lelaki? Well, that's a very genuine question. Comment dire, okey. Aku pun tak tahu kenapa."

"Ipu!"

"Kenapa kau tuduh aku tipu pulak? But the main thing is, why would you even care? Kau bukan suka aku pun."

Perfect FlawsWhere stories live. Discover now