Hujan turun dengan sangat lembut bagai tiada tanda mahu berhenti. Aku memanaskan cerek di dapur ketika guruh berdentum sekali lagi. Aku tahu sekiranya mak dan ayah pulang dari kenduri di rumah Cik Hawa nanti, pasti mereka menginginkan teh O panas dicicip bersama biskut jagung. Itu merupakan kegemaran mereka dalam hujan lebat sebegini.
Reza menangis lagi. Aku tinggalkan seketika cerek itu untuk menyambut adikku yang berada di dalam biliknya. Dilahirkan bisu, maka pada usia sebesar tujuh tahun itu, sekiranya dia mahukan apa-apa, dia akan berbicara dalam perkataan yang memang sukar difahami atau sukar didengari.
Aku kembali ke dapur semula mengambil cawan dan piring lapik lalu diletakkan di dalam dulang. Ketika itulah, aku terdengar pintu diketuk. Awalnya mak dan ayah pulang.
Aku berlari ke muka pintu lalu membukanya. Berdiri di hadapanku seorang lelaki dengan t-shirt polos berwarna hitam dan seluar jeans dalam basah kuyup di situ. Wajah yang tak ingin kulihat sejujurnya.
"Assalamualaikum, Rasya. Sorry abang datang tak bagitau awal."
"Waalaikumussalam." Aku menjawab salamnya. Jujurnya aku tak tahu apa yang harus dilakukan ketika itu. "Abang Amir buat apa datang sini?"
"Saja. Nak lawat Rasya dengan keluarga."
Sebenarnya tak perlu pun untuk dia datang melawat. Cuma menabur garam ke luka yang berdarah saja kedatangannya itu. Tapi itulah, seorang Rasya tak mampu untuk menghalau lelaki tersebut.
"Masuklah." Nampak sendiri kan? Aku siap menjemputnya masuk lagi.
Dengan bajunya yang basah kuyup itu, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Aku mencari sehelai tuala untuk dia mengelap dirinya yang basah itu. Selepas selesai dilap wajahnya, dia duduk di kerusi di ruang tamu.
"Abang nak minum air apa-apa tak?"
"Boleh jugak. Thanks, Rasya."
"Tak susah pun."
Aku menuju ke dapur lalu membancuh teh O secawan untuknya. Turut kubawa bersama sepiring biskut jagung untuknya cicah bersama air yang kubancuh itu. Dia kelihatan penat dan lelah. Aku harap air bancuhanku itu berjaya menenangkannya.
"Terima kasih, Rasya."
"Kenapa abang datang sini?"
"Macam abang cakap. Nak melawat."
"Lawat siapa? Kak Rose dah takde pun untuk abang nak lawat."
Dia terdiam. Memang itupun yang aku inginkan iaitu dia tidak menjawab apa yang aku tanyakan. Dia sangat berani sekiranya dia menjawab.
"Rasya sihat?" Aku lemah. Aku lemah ketika mulutnya mengajukan soalan sedemikian kepadaku.
"Sihat je. Macam nilah yang abang tengok Rasya."
"Baguslah. Lega hati abang dengar."
Aku tak tahu mengapa dia harus berlega hati sedangkan yang merubuk hatinya adalah aku dan dia. Ya, mungkin dia sedih tapi kesedihannya belum tentu seteruk apa yang aku rasakan.
Dia menghirup air teh panas itu sebelum bersandar di kerusi memandang kepadaku. Hati aku berdetak sedikit tapi cuba dikawalku sebaik mungkin.
"Rasya..." Dia memanggil namaku. "Abang minta maaf."
"Untuk apa? Abang tak ada salah apa kat Rasya."
"Ada. Ada salah abang. Baik pada Rasya mahupun keluarga Rasya. Dan jujur, abang rasa bersalah sebab itu, Rasya."
"Kalau abang nak minta maaf atas kematian Kak Rose, Rasya rasa abang simpan sajalah niat abang tu. Ajal maut jodoh pertemuan tu semuanya di tangan Tuhan, bukannya di tangan abang. Rasya lagi suka kalau abang doakan dan sedekahkan Al-Fatihah pada Kak Rose tu. Dia perlukan itu semua, bukan kemaafan."
YOU ARE READING
Perfect Flaws
Teen FictionAku tidak sempurna. Sedikitpun tidak. Cintaku juga pada orang yang tidak sempurna. Tapi, itulah yang menyempurnakanku...