Bab 12

1.2K 83 5
                                    

Aku rasa sebagai seorang anak, tak guna lagi kalau aku menipu kedua-dua mama dan papa aku. Papa tu lain cerita, setidaknya aku tak sanggup menipu pada mama. Dia bukanlah ibu terbaik tapi aku tahu dia sudah cuba menjadi yang terbaik kepada aku. Perkahwinan dia yang tak menjadi bersama papa itu bukanlah alasannya untuk tidak menjagaku dengan baik.

Jadi, pada malam itu, semasa papa tiriku aku sedang menonton TV di bawah dengan Abang Amir, aku berborak dengannya di dalam bilik tidurnya. Mujurlah mama tak busy minggu ni jadi adalah masa untuk kami berbual.

Mama, Ikram nak cakap dengan mama something serious boleh tak?

"That sounds scary. Apa dia, sayang?"

But mama janji dengan Ikram yang mama akan tetap sayangkan Ikram walau apapun yang akan jadi. Mama akan tetap terima Ikram jadi anak mama.

"Darling, sweetie, kenapa ni? Are you okay?"

I'm completely fine, mama. Just I have something serious to tell.

"Okay, sure. You will always be my son. I will still love you no matter what. Now tell me."

I'm gay.

Mama mati kata. Lama dia diam. Air mata aku mula turun sedikit. Aku tahu berita tadi sedikit sebanyak pasti melukakan hatinya sebagai seorang ibu. Anak yang disangkanya normal rupanya tidak.

I'm sorry.

"For what?"

For this. I know I'm not a good son. You must be very disappointed in me right now.

Mama menghela nafas berat. Tanganku kemudian dipegang erat. Matanya pandang terus ke dalam mataku.

"Wan Ahmad Ikram, remember what I've told you about Ingrid Bergman's quote? The one I always told you."

Be yourself. The world worships the original.

Mama mengangguk.

And what's with that?

"Before you want to be true to the world, you have to go through me. After all, I'm your world. Mama memang nak dan sebenarnya mama suka kalau anak mama jujur dengan mama. Jujur mama cakap, mama nampak yang Ikram memang selalu nampak macam merahsiakan sesuatu daripada mama. I know you have something to let me know but you aren't ready, right? But that doesn't mean I have to force and push you..." Mama jeda seketika. Ada air mata yang menitis di tubir matanya. "I never force you, Ikram."

Are you disappointed in me, mama?

"Why would I? Anak mama dah berani untuk cakap benda macam ni kat mama. As a mother, mama rasa bangga sebab anak mama tahu dan kenal siapa diri dia sendiri. I feel proud and happy for it."

Aku terus memeluk mama seerat-eratnya. Tak kusangka begitu positif reaksi yang kuterima daripadanya. Dahiku juga turut dikucup oleh mama.

"If you feel that would makes me sad or upset, I would've done it years ago when I figured it out my only son bisu. My only son who used to talk a lot as a kid, cannot speak anymore. My son who I should boast everywhere became something that people laugh and bad talk about it. Tapi mama tak pernah kisah semua tu, Ikram. Pada mama, anak adalah satu anugerah. Satu tanggungjawab dan kita kena terima dengan sangat baik. Jadi, kenapa mama nak kena marah kalau itu diri Ikram sendiri. You are your actual self, Ikram."

Mama, terima kasih.

"Mama yang patutnya berterima kasih kat Ikram. Sebab percayakan mama untuk Ikram ceritakan semua ini. Mama sepatutnya tahu lebih awal dan tak biarkan Ikram cari diri Ikram seorang diri. By the way, papa tahu?"

Which one?

"Papa Arifflah. Papa kandung Ikram. He knows?"

Aku menggeleng.

"Good for him, then. Mama bukan nak Ikram berahsia dengan ahli keluarga sendiri tapi if you think your dad deserves to know, mama takkan halang. I don't have the rights to your life."

Aku pandang ke dalam mata mama dan aku melihat diriku di dalamnya. Walaupun ianya pantulan sahaja, ianya nampak sangat fizikal.

Mama sayang Ikram lagi kan?

"Of course, darling. I will always love you."

Aku peluknya lagi dengan lebih erat. Dia juga membalas pelukanku itu. 

"Anak mama ni dah ada boyfriend ke?"

Aku menampar bahu mama manja. Dalam banyak-banyak soalan, ada ke soalan yang seperti itu ditanya kepada aku. Tanyalah soalan yang ilmiah sikit ke.

"I'm just asking. Anak Amelia Carmen kut. Mesti ramai yang nak punya."

Fine! Ada.

"Oh my God, spill the tea. Siapa yang untung sangat nak anak mama ni?"

Aku tak sangka yang mama aku jadi sebawang ni. Selama ini, aku sangkakan yang dia serius dan shady saja memanjang. Pandai juga bergurau.

Nama dia Hasrafie but I just call him Rafie. He's my classmate.

"Wow, bagus anak mama. Belum sampai dua bulan sekolah dah dapat boyfriend."

Aku menahan malu sehingga merah padam mukaku dibuatnya. Mama ni kan!!!

"Is he the boy yang you went to his house few times tu?"

Aku mengangguk. Mama tersenyum.

"Ikram, when it comes to teenager's love, I believe this is the time I have to say it to you. Can I proceed?"

Momen seperti ini jarang berlaku jadi aku bagi saja peluang untuk mama berbicara.

"I met your dad when I was 17 and he was 19. We got married a year after and you were born almost eleven months after. I was 19 when I gave birth to you. It was a memorable experience. Being a mother and a celebrity. You were the Malaysia's most celebrated baby before Siti Aafiyah was born..." Aku tersenyum mendengar cerita mama. "But, every good thing have price. Me and your dad, we were both young. Too young to understand anything. I'm an actress and he's a steward. Marriage is just not for us."

Sebab tu ke mama dengan papa cerai?

"At first, we thought so. But then, it turned out we both immature. Yes, both of us cause each other problems. When you were young, you tend to ikut your own kepala without thinking rationally or at least, consideration. And that's not a good behaviour. It never a good behaviour, Ikram. We thought we love each other but we just young. We were stupid. Sebab tulah, I never blame your dad on what happened in our marriage. I never pointed my finger on your dad because we were bad equally. Hence..." Mama jeda seketika lagi. Kali ini, aku tak tahu apa yang ingin dikatakannya.

Mama? Aku menggoncang sedikit bahunya.

"When you said you were sorry for who you are, why would I forgive someone that I actually have my wrongs on him? Mama terima Ikram macam mana Ikram boleh terima having a bad couple as your parents. Mama happy sangat sebab you came out to me like this. Anak mama dah besar."

Air mataku menuruni pipi dengan lebih laju. Seperti juga aku, mama juga mempunyai kesilapannya sendiri. Kita semua ada, aku percaya.

Terima kasih, mama.

"You too, my baby."

________________________

So, cuba share pengalaman korang came out to anyone?

Perfect FlawsWhere stories live. Discover now