Aku bangun dari koma tiga bulan kemudian. Ya, aku terus koma ya daripada keadaan tersebut. Tapi aku gembira kerana bangun saja daripada koma, aku menerima berita gembira daripada mama.
"Mama dah cerai sebab mama tak nak duduk dengan bapak yang sanggup bela anak dia rogol anak tiri sendiri."
That's a good thing but there's another bad thing too.
"Mama kahwin dengan Cikgu Saif next month kut. After idah."
Ya, rupanya selama ini Cikgu Saif berbaik denganku ada niat yang lain. Ataupun mungkin ada lagi agenda yang aku tak tahu. Selepas mama bercerai dahulu, menurut apa yang aku dengar, tak lama masa yang diambil untuk mereka berdua bercinta. Untunglah mama.
Aku dan Rafie, well okey je. Sepanjang aku berada di hospital, dia tak miss untuk melawatku waima sekejap. Mama kata, ada masanya dia akan bercerita denganku dan ada masanya dia akan diam saja dan memegang tanganku.
Cuma satu hal yang pasti, semasa aku koma, bukan mereka saja suara yang aku dengar. Ada satu suara lain yang turut bergema. Anehnya, aku rasa aku kenal suara itu tapi dalam masa yang sama aku tidak cam siapa pemilik suara itu.
Dia datang seorang diri, lembut nadanya dan tidak pernah jelas apa butir katanya.
Biarlah! Malas nak fikir.
Fast-forward cerita, kini aku sudah dua bulan menduduki kehidupan sebagai pelajar tingkatan lima. Hampir setahun terapi bercakap, alhamdulillah sedikit demi sedikit aku mampu berkomunikasi secara normal semula.
"It is so nice to see you talking. Your voice is great." Rafie memuji ketika dia datang ke rumah untuk study group bersamaku. Biasanya ahli study group kami adalah aku, Rafie dan Qayyum. Yang lagi beberapa kerat tu masing-masing ada tuisyen sendiri.
"Erimma khaseeh." Aku ucapkan perlahan.
Walaupun Qayyum rakan baik kami, sampai sekarang dia tidak tahu apa hubungan aku dan Rafie. Aku berharap juga tiada syak wasangka jugalah daripadanya.
"Wey aku lupa nak bagi korang kad kahwin abang aku." Qayyum memecah keheningan study.
"Abang kau? Qaizer?"
"Yelah. Siapa lagi?"
"Bukan dia baru 19 macam tu ke? Bapak awal kahwin!"
"Aku tahu. Tak tahulah kenapa baik sangat mama aku nak bagi dia kahwin."
Aku tak boleh nak judge abang si Qayyum ni sebab well, mama pun sama kahwin awal gila dan awal gila jugaklah dia cerai dengan papa dulu. Awal gila kut!
Dia kemudiannya menghulurkan kad kahwinnya kepada aku dan Rafie. Semasa itu jugalah mama datang menghidangkan kami bertiga air koktel buah.
"Sorry aunty tak sempat buat apa-apa sangat. Bancuh air je."
"It's okay Aunty Amelia. We all good." Qayyum cuba berbudi bahasa.
"I see wedding card. Whose this?"
"My brother. Next month."
"Oh my God..." ucap mama sebelum membaca dengan teliti kad kahwin tersebut sebelum matanya terbuka lebar. "Wait, your mother is Farrah Ann?"
"Err... if you mean Farrah Hana, yes."
"Oh my God, she's my idol! The designer that brought Baju Kurung to Paris!"
"Well, she is that designer."
"God, wow! Anyway I will attend this, don't worry."
"Thanks Aunty Amelia. BTW, she will pick me up kejap lagi. If you want to meet her, you can."
Mama hanya tersenyum sebelum kembali ke dapur.
Kami sambung belajar sedikit lagi sebelum Rafie meminta izin pulang kerana cuaca hendak hujan. Aku berat hendak melepaskan dia pergi tapi aku biarkan saja. Lagipun, sudah hendak malam ketika itu dan lampu motornya tak function sangat.
"Pourquoi vous êtes retard?" Qayyum menelefon ibunya selepas motosikal Rafie tidak lagi kelihatan. "Si vous ne pouvez pas me prendre, me dit avant alors je peux retourner en seul... je vous attends... c'est bon... dites au père qu'on mangera à l'outre ce soir... d'accord... oh ouais, Madame Amelia veut vous rendre... d'accord... à plus tard!"
"Maa... au... lambaaat... ke...?"
Dia mengangguk. "Ikram, peux je eh sorry, can I shower here?
Aku mengangguk sebelum bawanya naik ke tingkat atas. Oh ya, selepas bercerai, mama berjaya menuntut rumah ini daripada papa tiri aku dengan jayanya. Pandai mama lawan dalam court.
Kami masuk ke dalam bilik aku terus aku mencarikan dia tuala untuk dipakai. Tuala berwarna hijau pekat lalu terus diserahkan kepadanya. Kemudiannya dia terus masuk ke bilik air meninggalkan aku di luar.
Aku mengeluarkan handphone dari dalam poket dan terus mesej Rafie untuk bertanya sekiranya dia sudah sampai ke rumah atau belum. Mesej dihantar dan balasannya kuterima lima minit kemudian. Lega rasanya hati.
"Baby, where's Qayyum?" Mama menjengah di muka pintu.
"Oh..." Aku menunjukkan ke dalam bilik air.
"Mama dia dah sampai."
Aku menunjukkan isyarat okey. Mama turun semula ke tingkat bawah.
Qayyum keluar dari bilik air tak lama kemudian. Dan ketika itulah, hati aku berdetak jantung laju gila (ya ayat ni berterabur). Dia keluar dengan hanya tuala membaluti pinggangnya. Dadanya yang dibasahi air mandian itu nampak sangat bidang turut dengan rambutnya.
"Ikram, tu es bien?"
Aku diam kerana dua sebab. Sebab aku tergamam melihat fizikalnya dan sebab aku tak tahu apa yang dia katakan.
"Tu peux avoir ça si tu veux."
Aku berjalan mendekatinya. Pintu masih tertutup rapat cuma tak berkunci. Call me slut but apa yang aku lihat ini sangat indah.
"Vas-y, Ikram!"
Aku memegang bahunya. Lembut. Sangat lembut. Kemudian aku merapatkan mukaku dan mukanya. Bibir kami tinggal beberapa cm je lagi ingin bertemu.
"Fais-le, Ikram!"
Bibir kami bertemu. Satu saat, dua saat, tiga saat sebelum aku menariknya semula. Aku tak boleh lakukan ini kepada Rafie, aku tak boleh.
"Pourquoi, Ikram?"
Aku menunjukkan jari ke arah bawah dan dia cepat memahami. Dia terus menyarung pakaiannya dan kemudian berdiri memandangku semula.
"S'il ya un quelque chose qui peut te fais m'aimes, je le ferai, Ikram." Dia cuba untuk menciumku semula tapi aku pantas memalingkan muka.
Dia menepuk bahuku kemudian keluar dari bilik. Aku terduduk di atas katil sendirian. Bingung memikirkan apa yang terjadi.
Ada apa dengan Qayyum ini sebenarnya?
---------------
Because it is crucial so I want you guys to know the meaning of the words. Just for that line.S'il ya un quelque chose qui peut te fais m'aimes, je le ferai, Ikram. Je le ferai!
If there is anything that can make you love me, I will do, Ikram. I will do!
YOU ARE READING
Perfect Flaws
Teen FictionAku tidak sempurna. Sedikitpun tidak. Cintaku juga pada orang yang tidak sempurna. Tapi, itulah yang menyempurnakanku...