.:*♡PART 1 (BK01)♡*:.

3.2K 130 2
                                    

Pentadbiran negara kini, membuat kuputusan untuk menggunakan sistem pertahanan baharu dengan membincangkan Mafia sebagai menteri pertahanan untuk setiap negara didunia. Seperti negara yang lain, Korea juga mempunyai seorang Mafia yang telah dilantik khas oleh Mafia yang terdahulu.

Dengan adanya Mafia ini, mereka dapat menjaga setiap pelosok negara dengan baik. Atas sebab itu juga, negara akan lebih terjamin daripada jenayah yang tidak dapat ditangkap oleh pihak polis atau anggota yang ditugaskan.

Kim Jongin atau lebih dikenali sebagai Mafia Kai ialah Mafia yang ditugaskan.

· · • • • ✤ • • • · ·

Jika bukan kerana hasutan sahabat tidak ada Kai setiap malam di Octagon Club Seoul. Bukan tidak boleh menolak ajakan sahabatnya Sehun dan Baekhyun. Cuma seperti selalu diperkatakan oleh orang orang tua, peluang depan mata jangan ditolak.

Atau sebenarnya Kai yang menghasut sahabatnya?

Seperti biasa Octagon Club Seoul akan menjadi pilihan hati, antara salah satu sebab Octagon Club Seoul menjadi pilihan adalah kerana VIP seat yang disediakan istimewa untuk Mafia Kai yang memegang Seoul. Termasuk juga semua pilihan perempuan yang diberikan.

Sudah memang menjadi kebiasaan untuk Kai sendiri memilih habuannya, Kai tidak akan memilih perempuan yang berumur 30 an termasuk juga perempuan dibawah umur dan masih bersekolah. Mungkin ada yang bertuah kerana dipilih oleh Kai untuk ditiduri oleh seorang Mafia yang terkenal di Korea. Tetapi buat sementara waktu ini Kai belum pernah meniduri perempuan yang menjaga maruah dan tidak mahu mahkotanya dirampas oleh sesiapa.

Matanya melilau mencari habuannya pada malam ini sambil bibirnya menyisip beer yang dihidangkan oleh pelawan yang bertugas untuk menghantar beer di bilik VIP. Disebabkan meeting yang dijalan secara mengejut Sehun dan Baekhyun tidak dapat mengikut Kai datang ke Octagon Club pada malam ini.

Kai menunjukkan reaksi muka yang kosong. Bosan dengan benda yang sama dilihatnya pada setiap malam.

Jungkook ketua kepada Octagon Club yang sejak dari tadi memerhati Kai. Pelik melihat Kai yang kelihatan bosan, Jungkook mengambil keputusan untuk menghampiri Kai. Kalau tiada Kai, tidak jalanlah perniagaannya ini. Maklumlah, Kai customer yang paling kaya.

"Hello Mafia, what are doing? Look for new girl?" Jungkook

"Yes, I want something new tonight. But, aku rasa semua muka nampak sama. Muak" Kai

Begitulah perangai Kai yang cepat bosan dengan benda yang sama.

"Relakslah Mafia, bukan semuanya Mafia dah try pun." Jungkook

"Memang lah tak semua, tapi semua muka macam dah tak suci je. Not my taste." Kai

Beer yang dipegang kini diletakkan diatas meja kaca yang telah disediakan dihadapannya. Malas berborak dengan Jungkook yang hanya inginkan duit tetapi tidak mahu memberikannya kualiti seperti yang dia mahukan.

Kai bangun daripada duduknya.

"Mafia, Mafia nak pergi mana?" Jungkook

Takut kai akan pergi dan tidak mengunjungi clubnya lagi selepas ini. Mungkin dia akan kehilangan customer emasnya.

"Search for new girl, from another place." Kai

Jawab Kai ringkas, malas ingin berdolak dalih dengan Jungkook.

Belum sempat Jungkook mengeluarkan kata kata untuk menghalang Kai, Lelaki yang berbadan tegap dan ber sut hitam itu sudah beredar keluar daripada club itu dengan diiringi oleh dua orang bodyguard yang setia berada disisinya.

Memandangkan Kai ialah Mafia yang memegang Korea. Dia memerlukan bodyguard untuk menjaganya dan mengawasi setiap langkah yang dilaluinya. Walaupun secara logik tidak perlu tetapi ia hanya atas dasar berjaga jaga kerana musuhnya yang berada dimana mana sahaja.

· · • • • ✤ • • • · ·

Bukan seperti yang lain, yang melanjutkan pelajaran untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Hye Shin pada umur awal 20 an ini masih berkerja keras untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara hidup keluarganya. Bagi Hye Shin keluarga adalah segalanya.

Pada setiap malam, Hye Shin akan menghabiskan masanya melukis di Taman Sungai Han atau lebih dikenali Taman Yeouido Hangang. Disebabkan hobi Hye Shin yang gemar melukis, dia mengambil keputusan untuk mengambil upah melukis di Taman Sungai Han setiap malam.

Keluar awal pagi dan kebiasaanya Hye Shin akan pulang ke rumah pada jam 9 malam. Proses mengemas barang lukisan akan megambil dalam 30 minit untuk mengelakkan alatan melukisnya daripada hilang atau tertinggal dimana mana.Hujung minggu kebiasaannya Hye Shin akan pulang lebih dari jam 11 malam.

Hye shin mengemas dengan teliti alat lukisannya yang baru digunanya tadi. Hye shin berumur 20 tahun. Bukan senang bagi seorang perempuan muda sepertinya hendak menjaga adik yang belasan tahun dan seorang ibu dengan sempurna. Tetapi itu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang anak sulung didalam keluarga selepas kematian ayahnya.

Setelah kematian ayahnya yang dipercayai berpunca daripada kemalangan langgar lari. Hye Shin tekad untuk tidak menyambung pelajarannya dan bekerja untuk mencari sumber pendapat keluarga. Disebabkan ibunya yang sudah lanjut usia. Ibunya hanya tinggal dan rehat dirumah sahaja.

Pernah beberapa kali ibunya menyuruh dia untuk sambung pelajarannya sehingga ke luar negara untuk menjamin masa depan yang lebih cerah. Tetapi bukan itu yang ingin dia lakukan sekarang. Dia lebih banyak memikirkan tentang keluarganya termasuk juga seni lukisannya. Adalah satu kejayaan baginya jikalau dia dapat melukis riak wajah yang cerita daripada setiap customersnya. Bukan pujian yang dia inginkan tetapi hanya senyuman terima kasih serta bayaran yang berpatutan dengan karya hasil tangannya.

Langkah disusun sempurna melalui bahu Jambatan Sungai Han dengan angin malam yang meniup lembut. Memang itulah laluan pulangnya pada setiap malam. Malam itu dia hanya mengenakan hoddie berwarna kelabu dan seluar jeans berwarna hitam. Beg yang diisi dengan alatan melukis disandangnya dengan cermat.

Tiba tiba.

Langkahnya terhenti apabila dia mendapati sebuah kereta berhenti disebelahnya. Tidak sempat menjerit meminta tolong mulutnya sudah ditekup dengan kain.

Dengan serta merta suasana sekeliling menjadi kabur dan hilang daripada pandangannya. Hye shin diangkat masuk ke dalam kereta tersebut.

Kehidupannya berubah 360 darjah.

· · • • • ✤ • • • · ·

[Beberapa minit sebelum Hye Shin diculik.]

Kai memandang keluar tingkap. Selepas keluar daripada Octagon Club dia mati akal ingin mencari destinasi seterusnya. Bukan senang untuk baginya untuk hidup tanpa seorang perempuan yang berada disisinya.

Dalam fikirannya dia terfikir.

Siapakah mangsanya malam Ini.

Sekali sekala dia tergelak kecil memandang pasangan kekasih yang sedang berasmara di tepi jalan. Seperti tidak ada tempat lain lagi untuk mereka.

Sedang sibuk melihat pemandangan luar. Dia terlihat seorang perempuan yang berjalan perlahan di bahu Jambatan Sungai Han.

Dengan sekelip mata hatinya menginginkan perempuan itu.

"Taehyung, aku nak perempuan tu." Kai

Seperti yang diarahkan Taehyung akur. Dia mengangguk perlahan tanda faham dengan arahan yang diberikan.

Jimin yang berada di sebelah Taehyung mendengar arahan yang diberikan. Sehelai sapu tangan dan satu botol Gamma Hydroxybutyrate (GHB) dikeluarkan. Cukup hanya setitis boleh membuat perempuan itu pengsan selama beberapa minit.

Taehyung memberhentikan keretanya disebelah perempuan itu. Kain tadi bertukar tangan. Taehyung keluar daripada kereta dengan memakai mask mulut.

Dengan pantas mulut perempuan itu ditekup. Tidak sempat untuk melawan, perempuan itu sudah pengsan di dalam dakapan Taehyung.

Dengan sekelip mata perempuan itu menjadi milik Kai.

Mr. Mafia

[C] Stay With Mr.Mafia || Kai ExoWhere stories live. Discover now