Kai hanya memandang wajah Sunhee yang kelihatan amat lesu.
"Kau ok tak ni?" Kai
Soal Kai.
Sunhee hanya mampu mengangguk tanpa berkata apa apa.
Selepas Krystal datang bertemunya sebentar tadi, Kai masuk dengan pantas masuk ke dalam bilik dan melihat Sunhee yang yang sudah rebah dilantai bilik. Badan perempuan itu diangkat secara bridal style.
Setelah 1 jam Sunhee berbaring akhirnya dia mampu menggerakkan anggota badannya semula.
Kai bangun daripada duduknya. Dia masuk ke dalam bilik mandinya dan keluar dengan sebotol make up cleaner, sapu tangan dan segayung air. Dia duduk disebelah Sunhee.
"Awak nak buat apa?" Sunhee
Kai hanya mendiamkan diri apabila mendengar Sunhee mengajukan soalan tersebut.
"Kau nak ke tidur dengan muka yang macam tu?" Kai
Sunhee hanya mendiamkan diri, dengan perlahan sapu tangan itu disapu ke muka Sunhee.
"Mian tapi aku tak pernah guna benda ni, dan dia dah lama kat dalam tu. So jangan cakap apa apa sebab aku memang tak pernah guna benda ni." Kai
Sunhee tersenyum melihat wajah Kai.
"Kenapa?" Kai
Soal Kai pelik melihat Sunhee yang tersengih seorang diri.
"Tak de apa apa, abaikan." Sunhee
Sapu tangan yang sudah habis digunakan diletakkan kembali ke dalam gayung tersebut.
"Nak makan tak?" Kai
Soalan diajukan kepada Sunhee.
"Tak-" Sunhee
"Kau kena makan, dah satu jam kau tak makan, baru bangun daripada pengsan pula tu. Tunggu sini aku ambilkan makanan." Kai
Kai bangun daripada duduknya. Entah kenapa lelaki yang selalunya kasar dan dingin dengannya tiba tiba jadi begitu lembut dan baik.
"Kenapa awak ambil berat pasal saya?" Sunhee
Langkah Kai mati apabila Sunhee mula mengajukan soalan semula.
"Sebab kau mengingatkan aku kepada seseorang tapi aku sendiri tak ingat siapa dia." Kai
Kai keluar daripada bilik itu.
Sunhee hanya mendiamkan diri. Rasa serba salah mula menyelubungi diri. Air matanya mengalir secara tiba tiba. Dia mengesat air mata sambil tersenyum.
"Kenapa dengan aku ni?" Sunhee
"Aku tak boleh macam ni-" Sunhee
Sunhee memeluk lututnya.
Ada sebab kenapa dia datang kembali dengan menggunakan nama Sunhee. Ada sebab juga kenapa dia memilih untuk datang kembali dan memberanikan dirinya untuk duduk kembali didalam dakapan seorang lelaki yang bernama Kai. Serba Salah.
Air mata Sunhee mengalir perlahan. Perasaannya memang lebih kepada serba salah.
Sunhee mengesat perlahan air matanya.
Dia mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik itu dan mengambil sedikit udara di taman villa tersebut.
Pintu bilik itu dibuka perlahan. Langkahnya untuk turun ke bawah terbatal apabila dia mendengar bunyi seseorang sedang bermain piano di tingkat atas.
Seperti yang dia tahu. Diatas adalah bilik untuk mereka semua menghilangkan rasa penat berkerja seharian.
Sunhee menaikki anak tangga satu demi satu. Pintu bilik itu dibuka perlahan.
Seperti yang dia sangka, Sehun memandang kearahnya. Senyuman diukir diwajah lelaki itu sebaik sahaja melihat Sunhee dipintu.
"Kenapa datang sini? Dah ok ke ni?" Sehun
Sunhee mengangguk.
"Masuklah. Takkan awak nak berdiri kat situ je kan." Sehun
Seperti yang diarahkan Sunhee masuk ke dalam bilik musik itu.
Sehun menepuk kerusi disebelahnya sebagai tanda membenarkan Sunhee duduk disebelahnya, dengan perlahan Sunhee duduk disebelah Sehun.
Lagu yang tadinya terhenti kembali dimainkan.
"Sunhee, saya tahu awak siapa."
Dengan pantas Sunhee memandang Sehun, segalanya terhenti dengan mengharap Sehun menyambut ayatnya kembali.
"Apa awak cakap ni saya tak faham?" Sunhee
Sunhee kembali mengalihkan pandangannya kearah piano tersebut.
"Hye Shin, saya kenal awak." Sehun
Huh
Sunhee menghembus nafas lega. Dia tersenyum senget dan terus bangun daripada duduknya.
"Saya nak masuk bilik dulu." Sunhee
Langkahnya mati apabila tangan kanannya ditarik oleh Sehun.
"Saya tak tahu kenapa awak datang balik dalam villa ni dan macam mana, But please jangan buat benda benda yang tak sepatutnya awak buat. Awak kena ingat kitaorang semua berada di pihak awak." Sehun
"Apa maksud awak kitaorang?" Sunhee
"Please lah awak boleh tipu Kai awak boleh tipu Hye Shin. Tapi awak tak boleh tipu saya Baekhyun, Taehyung dan Jimin." Sehun
Sunhee merentap tangannya perlahan.
Tiba tiba
"Apa kau buat kat sini?" Kai
Soal Kai.
YOU ARE READING
[C] Stay With Mr.Mafia || Kai Exo
Fanfiction🚧[dalam pembetulan typo]🚧 -AKAN DIBUKUKAN- "Can you love me with the way I love you?" Kai Mungkin hubungan mereka tidak terjalin begitu lama seperti yang lain yang hampir bertahun tahun, cukup hanya sekadar setahun lebih. Tapi dengan memori suka d...