Hye Shin membuka matanya.
Gelap gelita.
Tiada satu cahaya pun yang menerangi tempat itu. Hye Shin hanya mendiamkan dirinya sambil otaknya ligat memikirkan apa yang telah terjadi sebenarnya ini.
Apa yang dah jadi. Bukan sekarang tolonglah.
Baru sahaja sekejap tadi dia berjanji dengan Kai untuk bersama dengannya.
Tiba tiba.
Hye Shin dapat merasakan ada seseorang sedang berdiri dibelakangnya.
"Hai sayang, I waiting for you. Long time no see."
Hye Shin terdiam seketika. Dia cuba mengenali siapa empunya suara itu. Bulu romanya mula meremang. Suara itu seperti dia biasa dengar.
Tapi, siapa?
"Kau tak sayang aku?"
Hye shin masih mendiamkan dirinya. Kaku. Takut tersilap langkah, akan memakan dirinya pula.
"Betul kau tak nak jawap apa yang aku tanya?"
Tiba tiba.
Hye Shin dapat merasakan ada tangan yang sedang melingkar dipinggangnya. Dia mula tidak senang duduk. Kudratnya tidak kuat untuk membuka ikatan tali yang diikat mati itu.
Tiba tiba.
Satu cahaya menghampirinya.
Apakah itu?
Matanya dikecilkan sedikit untuk melihat cahaya itu.
Secara tiba tiba lampu terbuka terang. Akibat silau Hye Shin menutup sedikit matanya.
Lagu Selamat hari jadi dinyanyikan oleh Mafia, Shark dan Master. Manakala Taehyung dan Jimin membuka ikatan tangan Hye Shin menggunakan gunting.
Kai memandang Hye Shin yang masih terkejut dengan sebuah senyuman. Kai membuka dakapannya. Tanpa berfikir panjang Hye Shin bangun dari duduknya dan berlari kearah Kai.
Air mata Hye Shin mengalir perlahan. Masih terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku. Dia masih trauma dengan perkara seperti itu sekarang. Kai mengusap Hye Shin perlahan.
"I will take care of you. Because you are the first woman to feed my heart. If someday I have to leave you. I want you to try life without me." Kai
Perlahan Kai mengusap rambut Hye Shin.
Mereka menyambut malam itu dengan keadaan yang girang gemilang dengan kedatangan beberapa orang kpop idol dan beberapa Mafia dari negara terdekat.
· · • • • ✤ • • • · ·
Tepat jam 10.
Hye Shin mengambil keputusan untuk pulang ke vila awal pada malam itu. Penat katanya. Kai hanya mengikut sahaja arahan birthday girl itu. Kai memandu dengan cermat pulang ke vila. Kai perasan akan perubahan dimuka Hye Shin.
Walaupun party tadi pada Kai sudah cukup mewah tapi semua itu tidak membuatkan Hye Shin gembira. Apa yang dimahukan hanyalah keluarga kesayangannya.
Tapi adakah Kai akan faham perasaan gadis itu?
Kereta Kai berhenti dihadapan sebuah rumah yang sudah usang. Hye Shin pelik, dia memandang sekeliling. Laluan yang dipandu oleh Kai seperti jalan yang selalu dilaluinya.
Hye Shin memandang Kai.
"Pergilah jumpa diaorang. Ni hadiah dari aku. Khas untuk my dear. Nak tak?" Kai
Kai dapat memerhatikan perubahan muka Hye shin yang kembali mengukir senyuman seperti biasa. Hye Shin hanya mengangguk. Dia keluar daripada kereta dan berlari anak ke hadapan pintu rumah itu.
Hye Shin mengetuk pintu itu perlahan.
Tok. Tok. Tok.
Pintu itu dibuka perlahan. Muncul seorang perempuan tua yang dianggarkan berumur 40an.
"Anak ku" Ibu
Ibu memeluk Hye Shin erat. Dia menjangkakan bahawa dia akan kehilangan anak perempuan kesayangannya ini.
"Eomma (ibu). Hye Shin rindu, Eomma (ibu)." Hye Shin
Air mata Hye Shin mengalir perlahan. Ibu mengesat air mata Hye Shin.
"Jom masuk. Hye Rin dah tunggu kat dalam." Ibu
Hye Shin mengikut langkah ibunya. Dari jauh dia sudah nampak susuk tubuh adiknya yang sedang duduk di ruang tamu.
Hye Shin tersenyum melihat sebuah kek yang berada dihadapan adiknya, Hye Rin.
"Hye Rin!" Hye Shin
Suara Hye Shin memecahkan kesunyi rumah itu. Memek muka Hye Rin yang tadinya sedih kini lebih gembira apabila kakak kesayangannya berada dihadapannya sekarang. Hye Rin dengan pantas bangun daripada duduknya dan berlari memeluk kakaknya.
Hye Shin membalas pelukan Hye Rin.
"Jom unnie (kakak). Kita tiup lilin." Hye Rin
Hye Rin mengajak Hye Shin untuk duduk dan meniup lilin yang berada diatas kek tersebut. Seperti yang disuruh oleh Hye Rin, Hye Shin meniup perlahan lilin itu sambil menutup mata dan membuat hajatnya.
Dengan serta merta Hye Rin dan ibunya memberikan tepukan sambil melemparkan senyuman manis kepada Hye Shin. Hye Shin tersenyum melihat ibu dan adiknya. Terasa sudah lama dia tidak dapat meihat mereka.
Sakit. Sangat sakit berjauhan dengan keluarga sendiri.
· · • • • ✤ • • • · ·
Jam menunjukkan pukul 1 pagi.
Seperti yang dijanjikan, dia harus ikut Kai pulang semula ke villa pada malam itu. Hye Shin meminta izin dari ibunya untuk pulang.
"Jaga diri ye anak ku. Jaga kehormatan. Eomma (ibu) akan tunggu Hye Shin balik semula." Hye Shin
Hye Shin hanya mampu melemparkan senyuman pada ketika itu. Dia memeluk adiknya dan ibu kesayangannya itu seerat mungkin.
Rindu aku sedikit terubat.
Hye Shin keluar daripada rumahnya.
Seperti yang dijangka Kai sedang menunggunya diluar. Kai tersenyum melihat muka Hye Shin yang kini berseri seri.
"Thanks you. Mafia" Hye Shin
"What a wonderful thing to do for you. You are the first and the last in my life. My dear" Kai
· · • • • ✤ • • • · ·
YOU ARE READING
[C] Stay With Mr.Mafia || Kai Exo
Fanfiction🚧[dalam pembetulan typo]🚧 -AKAN DIBUKUKAN- "Can you love me with the way I love you?" Kai Mungkin hubungan mereka tidak terjalin begitu lama seperti yang lain yang hampir bertahun tahun, cukup hanya sekadar setahun lebih. Tapi dengan memori suka d...