Lengan Sunhee yang tadinya digenggam erat kini dilepaskan. Kai mengorak langkah menghampiri mereka. Tidak agak lagi perempuan yang rupanya baik tetap jalang dibahagian dalam, Kai memandang Sunhee sinis.
Sunhee hanya menundukkan wajahnya.
"Aku tanya kau kenapa kau ada kat sini?" Kai
"Ma-" Sehun
Sehun cuba memotong soalan Kai.
"Aku tak tanya kau Shark, shut your mouth." Kai
Sunhee memandang kai.
"Saya keluar daripada bilik nak ambil angin sikit, lepas tu saya dengar bunyi piano daripada bilik ni, tu yang saya nak tengok." Sunhee
Sehun hanya mendengar perbualan Kai dan Sunhee, dia tahu kalau dia potong perbulan mereka lagi, Kai akan menghukumnya.
Dia hanya mampu mendiamkan diri.
Walaupun dia tahu Sunhee itu ialah Hye Shin dalam masa yang sama ada beberapa perkara yang membuatkan dia berasa ragu ragu ingin mengaku perempuan itu adalah Hye Shin tapi kalau perempuan itu bukan Hye Shin, dia siapa? Pelanduk?
Dengan pantas tangan Sunhee ditarik.
Mereka berdua dengan pantas keluar dan meninggalkan Sehun yang masih terpinga pinga.
· · • • • ✤ • • • · ·
Tangan Sunhee dilepaskan sebaik sahaja mereka sudah sampai didalam bilik Kai.
"Maafkan saya Mafia." Sunhee
Kai meraup rambutnya.
Ugh
Dia mengeluh. Entah mengapa tiba tiba risau dengan perempuan ini.
Wajah Sunhee ditatap.
"Mian, aku marah kau tanpa sebab. Dah pergi tidur. Dekat tepi katil tu ada jus, minum jus tu dulu sebelum tidur. Aku ada kerja sikit." Kai
Kai mengambil laptopnya yang berada diatas meja dan beralih ke balkoni tempat dimana dia selalu menghabiskan masanya membuat kerja yang banyak tertangguh di office.
Seperti yang disuruh Sunhee menyisip perlahan jus yang telah dibuat oleh Kai.
Dari jauh dia memandang Kai yang sedang menaip sesuatu di laptopnya.
Susuk tubuh lelaki itu dipandang.
Sunhee bangun daripada duduknya.
Dengan perlahan mengorak langkah menghampiri Kai. Kerusi yang kosong disebelah Kai menjadi tempat duduknya.
Wajah Kai dipandang. Daripada pandangan mata sisi Kai, dia dapat melihat perempuan itu seperti ada sesuatu yang ingin dia katakan.
"Ye, kau nak apa apa ke?" Kai
Wajah perempuan itu dipandang sambil tangannya ditongkatkan ke dagu, pandangannya kini tidak difokuskan kepada laptop lagi.
"Boleh saya sandar kat awak?" Sunhee
Kai memandang perempuan itu pelik.
"Kenapa tiba tiba, selalu kau takut dengan aku." Kai
Soal Kai sambil mendekatkan sedikit demi sedikit wajahnya dengan perempuan itu. Dengan cara itu dia dapat melihat lebih dekat riak muka perempuan itu mungkin ada apa apa yang telah berlaku.
"Sakit lagi ke?" Kai
Kertas kerja yang menimbun diletakkan ke tepi.
Dengan perlahan Sunhee melentokkan kepalanya dibahu milik Kai. Kai hanya membiarkan apa yang ingin dilakukan perempuan itu. Entah kenapa badannya tidak mengeluarkan apa apa reaksi.
"Sebelum awak jumpa perempuan lagi baik saya buat apa yang sandar dulu kan?" Sunhee
Kai tersenyum mendengar jawapan yang diberikan Sunhee.
"Ya-, aku takkan jumpa orang lain secepat tu." Kai
Kai mengusap perlahan rambut Sunhee. Mata Sunhee membulat apabila Kai melakukan perkara itu kepadanya. Kerana terkejut dengan kelakuannya yang agak pelik pada malam itu, Sunhee kembali membetulkan posisinya semula.
"Mian, saya kacau awak buat kerja. Saya nak pergi tidur dulu, jangan tidur lambat luar ni sejuk." Sunhee
Dia cuba sedaya upaya mengalihkan pandangannya daripada bertembung dengan Kai. Sunhee melajukan percakapannya. Mukanya semakin merah. Mungkin kerana tindakan Kai yang secara tiba tiba menyentuh rambutnya tadi.
Sunhee bangun daripada duduknya.
Tiba tiba.
Tangannya ditarik, dia terjatuh diatas Kai. Dan kini tangan Kai memeluk pinggangnya.
"Sebelum aku jumpa perempuan lain, sekarang aku ada kau." Kai
Kai mendekatkan wajahnya dengan wajah Sunhee. Dengan perlahan hidung mereka berlaga. Dengan pantas Sunhee menutup matanya begitu juga dengan Kai.
Kai mencium perlahan bibir milik Sunhee.
Sunhee hanya mendiamkan dirinya terkejut dengan tindakan Kai yang tadi tambah pula dengan yang ini.
'Orang cakap jangan duduk dengan gangster, sebab diaorang ada dua sisi dalam satu jiwa. Sama seperti dia.'
YOU ARE READING
[C] Stay With Mr.Mafia || Kai Exo
Fanfiction🚧[dalam pembetulan typo]🚧 -AKAN DIBUKUKAN- "Can you love me with the way I love you?" Kai Mungkin hubungan mereka tidak terjalin begitu lama seperti yang lain yang hampir bertahun tahun, cukup hanya sekadar setahun lebih. Tapi dengan memori suka d...