Sunhee melangkah masuk ke dalam bilik.
Selepas memberikan makanan dan pakaian kepada Mafia, Sunhee mengambil keputusan untuk pulang ke villa. Entah kenapa dia merasakan seperti ada sesuatu yang tidak baik akan terjadi selepas dia melihat kedatangan perempuan itu sebentar tadi.
"Kenapa kau tak pastikan betul betul yang perempuan tu dah mati, sekarang dah banyak kerja aku tahu tak?"
Suara itu datang daripada seorang lelaki yang sedang berdiri sambil menyisip wain di balkoni bilik itu.
Sunhee duduk didepan meja make up dan membuka perhiasan yang dipakainya satu per satu. Kedatangan lelaki itu seperti sudah dirancang dia tidak merasa takut atau terkejut sama sekali.
"Kau yang suruh aku buat benda alah ntah apa apa, kau lah yang kena bertanggungjawab, bunuh dia ke apa ke, kau yang tak pandai jaga dia betul betul sampai dia terlepas, kalau dia tak terlepas masa tu senang keje kita. Kau cuai." Sunhee
Balas Sunhee dengan nada sinis.
"Ok aku akan clearkan dia, but kau kena cepat amik hati Kai untuk kawin dengan kau, ingat aku nak gelaran Mafia tu atas nama aku, lepas tu kau boleh buat apa yang kau nak, faham tak?"
"Ye aku faham." Sunhee
Lelaki itu memegang bahunya perlahan.
"Bagus adik aku."
Lelaki itu melangkah keluar daripada bilik itu.
· · • • • ✤ • • • · ·
Kring.
Ae young bangun dan menutup alarm daripada jam locengnya. Cuaca cerah pada pagi itu menandakan hari ini akan menjadi satu lagi hari yang penuh dengan harapan.
Tuala diambil dan dia masuk kedalam bilik mandinya.
Dia mengambil masa beberapa minit untuk bersiap ke tempat kerja.
Ae young mengambil keputusan untuk memakai dress bawah lutut berwarna coklat dengan rambut yang dilepaskan, ubat untuk menghilang parut dipakai, make up tidak ketinggalan untuk menghilang parut yang ada pada mukanya. Sebagai seorang cikgu, mereka tidak dibenarkan memakai mask muka kecuali atas sebab sebab tertentu sahaja.
· · • • • ✤ • • • · ·
Ae young memandang bungkusan diatas mejanya pelik. Setahunya dia tidak membuat sebarang perbelanjaan diatas talian. Sedang sibuk dia memikirkan daripada mana datangnya bungkusan ini.
Tiba tiba
Mejanya diketuk.
"Tadi ada orang hantar bungkusan ni. Dia cakap, dalam tu ada kad dan dia minta untuk kau baca kad tu."
Rakannya menyampaikan pesanan.
Ae young mengangguk faham.
Entah kenapa dia merasa tidak sedap hati. Mungkin tanda tanya ini akan berakhir apabila dia berjumpa dengan pemberi bungkusan ini.
· · • • • ✤ • • • · ·
Ae young melangkah masuk ke dalam sebuah restaurant berhampiran dengan sekolahnya. Dia cuba menguatkan juga dirinya untuk berjumpa dengan orang yang menjadi tanda tanya untuk sepanjang hari ini.
Langkah Ae young itu terhenti sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam restaurant itu.
Matanya memandang kearah seorang lelaki yang sedang duduk disebuah kerusi yang berhampiran dengan tingkap. Lelaki itu melambai kearahnya dari jauh.
Byun Baekhyun.
Ae young berjalan perlahan kearah meja tersebut. Dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi berhadapan dengan Baekhyun. Dia mengalihkan pandangannya supaya mata mereka tidak bertembung.
Jantungnya berdegup laju.
Sabar, Hye shin. Kau boleh buat.
"Kenapa? Kau ingat kalau kau lari, aku tak boleh cari kau?" Baekhyun
Ae young hanya mendiamkan dirinya tidak membalas pertanyaan yang diajukan oleh Baekhyun.
"Macam mana dengan keadaan Kai dan anak kau? Kau dah jumpa dia kan? Kau tak nak berterima kasih dekat aku sebab dah jaga dia dengan baik?" Baekhyun
Baekhyun menyisip coffee yang berada dihadapannya.
"Jangan sesekali kau bocorkan apa apa dekat Kai. Kalau tak, mati kau aku kerja kan. Kau bukan perempuan Kai lagi. Hye Shin dah mati. Kau kena sedar, kau dah ada pengganti. Anak kau pun tak kenal eomma (ibu) sebenar dia." Baekhyun
"Jangan apa apa kan anak aku." Ae young
Baekhyun tergelak. Akhirnya perempuan itu sudah berani untuk membalas semula perbualan mereka.
"Selagi kau ikut apa aku cakap, selagi tu aku boleh jamin dia selamat." Baekhyun
Ae young hanya mendiamkan dirinya tidak membalas.
"Aku lepaskan kau kali ni. Sekali lagi kau tunjuk muka kau depan Kai. Siap kau." Baekhyun
Baekhyun bangun dari duduknya. Dan beredar meninggalkan Ae young seorang diri.
Dia tidak mampu untuk melawan Baekhyun. Bolehkah semua ini berakhir?
YOU ARE READING
[C] Stay With Mr.Mafia || Kai Exo
Fanfic🚧[dalam pembetulan typo]🚧 -AKAN DIBUKUKAN- "Can you love me with the way I love you?" Kai Mungkin hubungan mereka tidak terjalin begitu lama seperti yang lain yang hampir bertahun tahun, cukup hanya sekadar setahun lebih. Tapi dengan memori suka d...