.:*♡PART 25♡*:.

947 60 0
                                    

4 tahun berlalu pantas.

Kai masih cuba menerima kenyataan bahawa Hye Shin sudah tiada, dengan menyara hidup satu satu memori yang ditinggalkan oleh Hye Shin iaitu anak perempuan mereka. Kadangkala Kai cepat baran dan tidak seperti selalu. Kini, dia lagi tegas dan mementingkan semua perkara.

Kerana baginya, kehilangan Hye Shin adalah perkara akhir, dan ianya tidak akan berlaku lagi.


· · • • • ✤ • • • · ·


Shark mengetuk perlahan pintu bilik Hye Shin.

Bukan senang nak kejut budak umur 4 tahun ini bangun daripada bermimpi dimalam hari. Sekali dikejut, 4 kali dia tidur semula. 

Yes Sehun mengaku, sudah beberapa minit dia mengetuk pintu bilik Hye Shin. Dengan harapan Hye Shin akan bangun dengan sendirinya. Tetapi masih tiada respon daripada budak itu. 

Ugh

Shark mengeluh. 

Akhirnya Shark mengambil keputusan untuk masuk dan melihat sendiri apa yang sedang budak itu lakukan.

Dia memandang sekeliling bilik budak itu yang bersepah dengan baju, mainan dan beberapa helai kertas lukisan. Dia mengutip beberapa helai kertas lukisan yang terjatuh daripada tempat asalnya iaitu di atas meja belajar. Dia melihat beberapa helai lukisan yang dilukis oleh Hye Shin itu.

Lukisan yang menggambarkan Kai,Master dan Shark berada diantara Hye Shin.

Lukisan yang menggambarkan perempuan tanpa wajah sedang memeluknya.

Lukisan yang menggambarkan dia melihat bintang dimalam hari.

Hye Shin seorang budak perempuan yang matang walaupun umurnya baru mencecah 5 tahun. Selepas ibunya pergi meninggalkannya, Hye Shin kecil menjadi penyeri didalam kumpulan itu. Namun begitu, Hye Shin masih tidak mengetahui perkerjaan sebenarnya yang dilakukan oleh mereka.

Bukan senang bagi budak itu membesar tanpa seorang ibu yang sentiasa disisinya. Adakala mereka terpaksa meninggalkan budak itu sebentar pada waktu malam.

Aish.

Sehun mengeluh lagi.

Tetapi Hye Shin dia amat beruntung kerana mempunyai 3 orang jejaka tampan yang sentiasa disisinya.

Shark meletakkan kembali lukisan itu ditempat yang sepatutnya. Dia menghampiri Hye Shin yang sedang nyenyak tidur. Wajah budak perempuan itu dipandang lama kadang terdetik juga dihatinya kesian akan nasib budak ini. Tetapi, sudah nasib dia begitu.

"Hye shin bangun, sekolah~ sekolah~" Shark

Badan Hye Shin digoncang beberapa kali, tetapi masih tiada respon daripada budak itu.

"Hye Shin tak nak pergi tadika lah Shark~~~" Hye Shin kecil

Hye Shin membuat muka comelnya, dengan air liur yang masih elok dipipi. Setiap pagi dia akan buat muka yang sama. Bukan sekali tetapi berpuluh puluh kali. Mana taknya, bila malam berlalu mesti dia akan menghabiskan masanya bermain permainan video dengan Master dan ahli kumpulan yang lain. Sudah dilarang, tetapi masih tetap setia dia bersama Master.

Seperti biasa Shark akan mengambil keputusan itu mengangkat hye shin dan memasukkan Hye Shin kecil kedalam bilik air. Hye Shin ditinggalkan sendirian.

Mulalah budak itu merengek seorang diri.

Shark keluar daripada bilik Hye Shin

Dia mengorak langkah perlahan menuruni anak tangga dan bergerak ke dapur. Dia memandang kearah Kai yang sedang membuat secawan nestum. 

"Dia dah bangun ke?" Kai

Soal Kai sambil melabuhkan punggungnya dikerusi bertentangan dengan Shark.

"Macam biasa la dia tu macam tak kenal." Shark

"Haahlah aku lupa aku kenal dia." Kai

Mereka tergelak serentak. 

Sedang sibuk berborak, mereka dapat mendengar bunyi tapak kaki yang sedang menuruni anak tangga.

Mereka memandang kearah Hye Shin yang sedang menuruni tangga dengan beg pink yang disandang dibelakang. Dengan muka yang masih mengantuk Hye Shin melabuhkan punggung disebelah Kai. Mungkin kerana meja itu terlalu tinggal, ia hanya menampakkan kepala Hye Shin sahaja. 

Shark memberikan Hye Shin secawan nestum yang telah disediakan oleh Kai sebentar tadi.

Hye Shin menghirup perlahan nestum itu sementara Kai sedang mengikat tocang dua rambutnya.

"Mafia Mafia~" Hye Shin

Mendengar suara Hye Shin yang lembut menyapa telinganya, dia dapat merasakan ada permintaan yang pelik daripada Hye Shin kecil lagi kali ini.

"Ye Hye Shin~" Kai

"Hye shin ngantuk~ boleh tak kalau Hye Shin tak nak pegi tadika." Hye Shin kecil.

"Macam mana Hye Shin boleh mengantuk sangat ni? Hye Shin buat apa malam tadi?" Kai

"Malam tadi Hye Shin cheer untuk Master sebab dia menang main game tembak tembak." Hye Shin

Sedaya upaya dia menerangkan kepada Kai apa yang sedang berlaku.

Kai dan Shark menggeleng perlahan mendengar alasan yang diberikan oleh Hye Shin kecil.

Apa lah yang kau buat dekat budak ni Baek oi~

"Hye Shin pergi la tadika mesti cikgu cikgu Hye Shin tengah tunggu Hye Shin sekarang, kan?" Shark

"Ok lah ok lah~ Hye Shin kalah dengan Mafia dengan Shark" Hye Shin

Kai dan Shark tersengih mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Hye Shin kecil. 

"Jom Mafia nanti lambat. Jangan kawan Shark." Hye Shin

Sambil menjelihkan lidahnya, Hye Shin berlari masuk ke dalam kereta Ferrari merah milik Kai. Kai hanya menuruti kata kata budak perempuan itu.


· · • • • ✤ • • • · ·


Mereka sampai di tadika Hye Shin kecil.

"Hye Shin jangan gerak Mafia nak ambik gambar. Senyum." Kai

1,2,3 cak

"Comel~~ ni lah princess Mafia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Comel~~ ni lah princess Mafia." Kai

Sambil mengusap perlahan kepala Hye Shin dia mengucapkan selamat tinggal kepada Hye Shin kecil. Kai mencium perlahan dahi Hye Shin.

Hye Shin berjalan sambil disambut mesra oleh cikgu tadikanya. Sempat budak perempuan itu berpaling kearah Kai dan melambai. Kai menyambut lambai itu dengan menunjukkan mini love.

Kai tersenyum sendiri.

Dia harap dia tidak akan dapat merasakan lagi, apa itu kehilangan orang paling dia sayangi. Cukup sekali, dan jangan berulang lagi.


[C] Stay With Mr.Mafia || Kai ExoWhere stories live. Discover now