Sunhee bangun daripada tidurnya yang tidak berapa lena.
Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Matanya melihat ke arah Kai yang sedang duduk dibalkoni. Kai sedang selamba menyisip secawan jus dengan hanya memakai bathrobe dan rambutnya yang masih basah selepas mandi. Seperti tiada apa apa yang sedang berlaku.
"Bangun, pergi mandi. Nanti aku letak baju kau kat atas katil lepas mandi turun bawah and jangan lupa makai makeup sikit tutup luka kau." Kai
Sunhee hanya mendengar dan tidak membantah.
"Tapi kenapa-" Sunhee
Kai meletakkan jusnya diatas meja kaca berhampiran dengannya. Kini posisinya memandang Sunhee yang masih berada diatas katil.
"Kau nak orang tengok muka kau macam tu? Lebam sana lebam sini. Dekat rak tu ada ubat. Pakai ubat tu sebelum pakai make up." Kai
Sunhee hanya mengangguk.
"Kau bisu ke? Tak reti nak jawap." Kai
"Baik Mafia." Sunhee
Sunhee bangun daripada duduknya dan berjalan mengambil bathrobe yang disidainya semalam.
"Hanya satu benda je yang aku nak kau buat, bahagiakan anak aku. Aku akan bayar kau jangan risau. Nanti bila aku dah jumpa perempuan yang lebih layak disisi aku. Aku akan bebaskan kau. Faham?" Kai
Tanpa memandang muka Kai, Sunhee mengangguk perlahan.
"Baik Mafia." Sunhee
Sunhee mengorak langkah masuk ke dalam bilik mandi.
Tetapi langkahnya terbatal apabila Kai menyambung perbualan mereka.
"Sorry untuk malam tadi, and jangan fikir apa apa mungkin sebab aku terlampau penat." Kai
Tanpa berkata apa apa Sunhee melangkah masuk kedalam bilik mandi itu. Dia tidak lagi mampu untuk memandang wajah Kai buat sementara waktu.
· · • • • ✤ • • • · ·
Selepas beberapa minit. Sunhee keluar daripada biliknya dengan memakai bathrobe.
Dia memandang sehelai dress yang dijantung rapi di pintu almari dan krim yang diletakkan diatas meja solek.
Seperti yang diarahkan oleh Kai. Dia memakai baju itu dan menyapu perlahan krim itu di semua lebam yang terdapat dimukanya. Make up yang ringkas hanya sekadar untuk menutup lebam menjadi pilihan.
Selepas selesai.
Dengan perlahan dia membuka pintu bilik Kai. Setiap langkahnya dijaga rapi, tidak tahu apa mala petaka lagi yang akan melanda hidupnya nanti. Daripada atas dia sudah dapat mendengar suara budak perempuan dan beberapa orang lelaki.
Langkahnya terhenti apabila mendengar suara budak itu ketawa.
"Sunhee?" Sehun
Dengan pantas Sunhee mengesat air matanya.
Sunhee memandang lelaki yang memanggil namanya itu.
"Macam mana awak tahu nama saya?" Sunhee
Sehun tersenyum.
"Apa je yang kitaorang tak tahu kalau dah satu rumah?" Sehun
Sunhee membalas senyuman Sehun.
"Kenapa tak turun?" Sehun
Soal Sehun sambil menyisip secawan teh yang di pegangnya dari tadi.
"Saya nak turun la ni." Sunhee
Sehun memandang tangan Sunhee yang sedikit mengigil, mungkin kerana terlalu takut. Sehun memegang perlahan tangan milik Sunhee.
"Jom." Sehun
Sehun melemparkan senyuman manisnya.
Mereka mengorak langkah menuruni satu per satu anak tangga.
"Hurm lupa nak cakap. Awak cantik, Sunhee." Sehun
Sunhee memandang Sehun yang sedang mengawasi setiap langkah mereka. Daripada bawah Mafia hanya memandang gerak geri mereka.
Sehun dan Sunhee sampai dihadapan meja makan.
Hye shin Kecil yang sedang makan bersama Baekhyun dengan pantas memandang Sunhee teruja. Begitu juga dengan Jimin Taehyung Baekhyun dan Kai.
Tangan Sunhee dilepaskan.
Sehun mengambil tempat disebelah Kai.
"Mafia, sape tu? Hye shin tak penah nampak pun." Hye Shin Kecil
Hye Shin kecil berlari anak ke arah Kai untuk mendengar jawapan. Kai memegang bahu Hye Shin Kecil sambil tersenyum. Rambut Hye Shin Kecil diusap perlahan.
"Hadiah hari jadi for my cute princess." Kai
"Chinca?! Mafia tak tipu ke?!" Hye Shin Kecil
Kai mengangguk. Dengan pantas Hye Shin Kecil berlari kearah Sunhee yang agak keliru.
"Annyeong. Nama saya Hye Shin. Nama awak yang cantik ni siapa?" Hye Shin Kecil
Sunhee tersenyum. Dia merendahkan dirinya untuk melihat muka Hye Shin Kecil dengan lebih dekat.
"Sunhee. Lee Sunhee." Sunhee
"Ok kalau macam tu Hye Shin nak panggil eomma la. Ma Sunhee." Hye Shin Kecil
Dengan pantas semua yang berada dimeja tersebut tersedak. Sementara Kai hanya diam tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Heyya Hye Shin! Master yang cebuk berak Hye Shin. Hye Shin tak nak pulak panggil Master. Appa Master." Baekhyun
"Hodoh sangat la bunyi." Kai
Kai membalas kata kata Baekhyun.
"Hye Shin ada 5 orang appa kat sini yang jaga Hye Shin tau." Sehun
Sambung Sehun. Hye Shin Kecil menjelir lidah kearah mereka semua.
Hye Shin Kecil menarik Sunhee duduk bersamanya diruang tamu.
"Ma Sunhee. Ma Sunhee ni lawa la." Hye Shin Kecil
Hye Shin Kecil tersenyum manja.
"Hye Shin lagi lawa." Sunhee
Sunhee mengusap perlahan rambut Hye Shin Kecil. Hye Shin Kecil tersenyum. Tidak pernah sehari dalam hidup mendapat layanan lembut seperti ini, dia sangat ingin tahu bagaimana dimanja oleh seorang ibu. Dia sangat gembira sekarang dan akan gembira lagi untuk hari hari yang akan datang.
"Mafia cakap, Hye Shin punya muka ikut eomma Hye Shin." Hye Shin Kecil
Suara Hye Shin semakin sayu.
"Tapi Hye shin tak pernah tengok muka eomma Hye Shin. Gambar pun takde." Hye Shin Kecil
Sunhee memeluk Hye Shin Kecil sebaik sahaja dia melihat muka budak itu merah menahan tangisnya.
"Hye Shin sayang Ma Sunhee. Ma Sunhee jangan tinggalkan Hye Shin macam eomma Hye Shin tau." Hye Shin Kecil
YOU ARE READING
[C] Stay With Mr.Mafia || Kai Exo
Fanfiction🚧[dalam pembetulan typo]🚧 -AKAN DIBUKUKAN- "Can you love me with the way I love you?" Kai Mungkin hubungan mereka tidak terjalin begitu lama seperti yang lain yang hampir bertahun tahun, cukup hanya sekadar setahun lebih. Tapi dengan memori suka d...