4 tahun lepas..
Tidak terkata perasaannya apabila dia dapat melihat wajah Hye Shin tersenyum semula seperti biasa.
Setelah beberaa minit mereka berborak antara satu sama lain. Kai mengambil keputusan untuk membiarkan Hye Shin berehat buat sementara waktu. Dia memerlukan rehat yang cukup untuk memastikan dia sembuh sepenuhnya.
Kai memandang Hye Shin yang sudah terlena, kini matanya kembali terlelap dan dia kembali masuk ke alam mimpi. Tanpa mereka sedar daripada tadi ada yang sedang memerhatikan gerak geri mereka daripada sebalik langsir.
Susuk tubuh yang tidak dikenali itu menghampiri Hye Shin dengan perlahan.
Jarum yang berisi cecair dikeluarkan daripada poket. Tanpa berfikir panjang, saluran ubat Hye Shin disuntik.
Setelah selesai, dia menyimpan semula jarum itu kedalam poket hoddienya. Susuk tubuh yang dikenali itu melangkah keluar daripada bilik itu. Dia berhenti dihadapan seorang lelaki berambut blonde.
Byun Baekhyun
"2 jam lagi jantung dia akan lemah nadi dia akan menurun. Dan terhenti. Pastikan jarum seterusnya disuntik sebelum 30 minit. Aku dah buat kerja aku, kau jangan lupa buat kerja kau."
Lelaki berambut blonde itu bangun daripada duduknya. Dia tersenyum senget.
"Jangan lupa adik dia."
Lelaki itu memberi arahan. Sunhee mengangguk faham dengan arahan yang diberikan oleh abangnya itu.
Rancangan yang telah dirancang selama beberapa tahun itu akhirnya dilaksanakan atas bantuan adiknya yang selama ini bekerja sebagai kambing hitam untuknya. Tidak pernah memikirkan perasaan darah dagingnya sendiri, Byun Baekhyun terus memberikan arahan tanpa henti.
Dia mengorak langkah beredar daripada kaki lima hospital itu.
· · • • • ✤ • • • · ·
Seperti yang dikatakan oleh Sunhee segalanya berjalan seperti yang dirancang. Tepat sahaja 2 jam, hospital itu berada dalam keadaan yang tidak terkawal. Bilik itu mula dipenuhi dengan kehadiran doktor pakar dan jururawat.
Katil milik Hye Shin disorong masuk kedalam elevator bersama seorang doktor lelaki dan seorang jururawat perempuan. Sampai sahaja ditingkat 4 pintu elevator itu terbuka, dan masuk seorang lagi jururawat yang membawa seorang perempuan yang telah diselubungi sehelai selimut. Kedudukan mereka ditukar, Hye Shin sekarang berada diatas kerusi manakala perempuan itu berada atas katil.
Sekali imbas wajah mereka kelihatan seiras, tetapi tubuh badan perempuan ini terlihat sedikit kecil berbanding Hye Shin. Hye Shin yang berada diatas kerusi itu disuntik dibahagian bahu miliknya.
"Sekejap lagi dia akan bangun, sampai sahaja dekat parking lot akan ada sebuah kereta berwarna hitam sedang menunggu. Tinggalkan dia disitu." Doktor
Arahan yang diberikan dilaksana satu per satu.
· · • • • ✤ • • • · ·
"Kai kenapa ni?!!!" Baekhyun
Soal Baekhyun sambil menggoncang badan Kai yang kelihatan sangat lemah. Tanpa air mata membasahi pipi lelaki itu. Tiada apa yang dapat dia ungkapkan lagi apabila melihat wajah lesu Hye Shin sebelum tirai putih menutupi sepenuh badan miliknya.
Pandangannya semakin kabur dan akhirnya dia rebah.
"Mafia!" Taehyung
Taehyung dan Jimin berlari mendapatkan Kai.
YOU ARE READING
[C] Stay With Mr.Mafia || Kai Exo
Fanfiction🚧[dalam pembetulan typo]🚧 -AKAN DIBUKUKAN- "Can you love me with the way I love you?" Kai Mungkin hubungan mereka tidak terjalin begitu lama seperti yang lain yang hampir bertahun tahun, cukup hanya sekadar setahun lebih. Tapi dengan memori suka d...