t w o

94 12 0
                                    

🌙─── ・ 。゚☆: *

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🌙
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

ada beberapa hal yang aku tak suka dengan diri aku sendiri. memanglah aku kena terima yang aku ni tak sepandai tristan. tapi dah berapa lama aku study dengan dia tapi otak aku still tak boleh nak berfungsi macam otak dia.

memanglah aku tak boleh samakan otak udang aku dengan otak einstein dia, tapi at least aku nak lah jugak score dalam subjek fizik ngan addmaths. aku rasa membazir je kalau tristan bayar tutor dia untuk aku tapi aku tak improve langsung. sampai bila aku nak jadi macam ni? ke memang aku dah ditakdirkan untuk jadi bengap seumur hidup?

banyak benda yang aku jealous pasal kau, tristan. tapi tiap kali aku jealous, mesti aku tarik balik perasaan tu sebab aku lupa nak bersyukur.

contohnya macam aku jealous sebab kau kaya, tapi tak lama lepastu aku sedar walaupun kau kaya tapi kau tak happy. aku bersyukur walaupun aku tak kaya, tapi semuanya cukup. aku happy dengan apa yang aku ada sekarang. termasuk ayah yang sporting dan sentiasa bagi aku attention walaupun dia agak busy.

sorry, tristan. tak bermaksud nak perli life kau. aku just nak bagitahu yang aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. itu je. hehehe.

so, aku agak depressed lepas dapat result teruk time exam haritu. subjek elektif aku banyak markah atas pagar je. jarak markah kau ngan markah aku beza langit dan bumi, weh. kau dapat biologi a plus, chemist kau a minus, dan fizik kau, a solid. belum lagi aku mention subjek teras kau.

kalau nak compare kan dengan result aku, boleh juling mata kau sebab banyak sangat jenis huruf. a ada, b ada, c ada, d ada, e ada. nasib baik takde f.

"bersyukur je lah, errisha. siapa suruh kau tidur time tuisyen. aku ajak kau datang rumah aku bukan untuk tidur." oops. kantoi pulak. kenapa aku tak boleh terima aku dapat result teruk sedangkan semua berpunca daripada aku. aku yang bazirkan masa. aku yang takde spirit untuk study. padahal crush aku pun join aku study sekali.

see? banyak benda yang aku tak bersyukur. dasar manusia.

"rumah kau selesa sangat weh. rumah aku mana ada aircond." air kotak delite perisa apple aku cucuk kat lubang straw. aku sengaja nak jumpa kau time rehat sebab nak bagitahu kau result exam aku. alang-alang nampak kau bersandar kat loker. seperti biasa, kau tengah sibuk menyalin something dalam buku nota kecik khusus untuk pengawas.

wajah kau dinaikkan dan kening kau terangkat sebelah. "selesa pun agak-agak ah, weh. aku bayar tutor tu double tahu tak sebab nak ajar kau. kau dah lah slow." ayat yang last tu perlahan keluar dari mulut kau. tapi aku dengar begitu jelas sekali. koyak is an understatement tapi aku dah biasa. aku dah biasa kena perli ngan kau. sebab apa? sebab dah sayang.

"sampai hati kau cakap aku slow, tristan? nanti tuhan tarik balik nikmat yang dia dah kasi baru kau tahu. jangan sibuk mintak ilmu kat aku lepas ni." kaki aku laju untuk pergi dari situ. tapi pergerakan aku terhenti bila tangan aku dipegang perlahan oleh tangan seseorang. tangan kau.

aku sempat lagi usyar orang-orang kat hallway. takut kalau ada mata yang memandang. sebab ramai tak tahu, yang aku rapat dengan tristan. ramai tak tahu, yang aku lebih mengenali dia daripada orang lain. not even sam.

selamba badak si tristan pegang aku macam ni. percayalah, sampai balik nanti aku takleh move on dengan sentuhan dia. walaupun kitorang dah selalu skinship, tapi selama ni aku yang bagi first move dulu. kalau tristan yang make the first move, nervous tu tak boleh nak describe macam mana.

kau senyum meleret sambil tengok aku. tangan kanan kau yang memegang pen masih lagi mengenggam erat tangan aku. "ala, kau ni cepat koyak pulak. habistu, takde function lah aku ajak kau hometuition ngan aku kalau kau asyik tidur je. kau pun takde tunjuk effort nak belajar. nasib baik cikgu riana tu tak bising kat aku."

ikutkan hati, aku nak selamanya dipegang kau, tristan. tapi aku tahu, sentuhan kita tak bawa kemana. tangan aku perlahan-lahan dijauhkan dari dipegang tristan. "okay, sorry. tapi kau kena faham aku memang malas. sebab tu aku kena pergi tuisyen. sebab kat rumah aku tak study."

kau sambung menulis kat buku nota. "kau dikira untung tahu tak dapat hometuition kat rumah aku. sam pun aku tak ajak."

aku menjeling kau. straw disemat kat bibir untuk menyedut air apple. "tu masalah kau lah. siapa suruh kau tak ajak dia?"

badan kau berpaling ke loker. "sebab dia tak nak. dia tak nak susahkan aku."

"habistu aku susahkan kau lah?" ujar aku, agak terkesan dengan kata-kata kau. kadang-kadang aku pelik, apa motif kau untuk ajak aku buat semua benda yang kau nak buat? "hello? kau yang offer nak bagi aku tuition free eh. don't easily forget about that."

tangan kau membelek-belek buku dalam loker sambil mulut kau berkata-kata, "sebab tu aku nak kau appreciate, pandai! jangan tidur time tuition. pay attention time cikgu riana tengah explain. otak jangan berangan je kerja. aku tak nak naik pentas sorang-sorang."

"bajet gila kau ni! kau ingat kau sorang je ke yang akan naik pentas nanti? melambak lagi lah yang boleh naik pentas. bukan setakat straight a je."

"sebab tu lah..." kau berhenti seketika sebelum sambung balik, "aku tak nak naik pentas tanpa kau."

mata hazel kau yang menawan memandang tepat kat mata aku. senyuman kecil terukir di hujung bibir dan lesung pipit kau yang tak kelihatan selama ni, tiba-tiba obvious.

kau mendekatkan diri dengan aku. satu lebar loker muat untuk kita berdua. lepastu kau cakap, "we could be in the same picture together. for getting a lot of a's."

and your lips curved into a lopsided smile again that got me every time.

bila kau bagi ayat menggoda macam tu, aku langsung tak tahu nak cakap apa. mulut aku speechless dan bibir aku tiba-tiba tak boleh gerak. aku tak tahu apa warna pipi aku lepas kau cakap macam tu. tapi yang pasti, aku dapat rasa panas dek blushing. mungkin kau takde niat pun nak flirt ngan aku, tapi cukup je perkataan together tu keluar dari mulut kau, boleh buat jantung aku rasa nak tercabut.

kepandaian kau tu, tak boleh nak describe into words. atau mungkin aku yang over sebab aku sendiri tak pandai buat ayat. hahahaha.

tapi tristan, kau sangatlah pandai. kau selalu majal aku sebab aku bodoh. tapi tak pernah pun sekali kau riak tentang diri kau yang gifted tu. aku tunggu je bila kau nak cakap yang kau ni budak paling pandai kat sekolah, kau tercalon jadi ketua pelajar sebab kau genius. aku tunggu je bila kau nak rasa takabbur dengan kelebihan kau. tapi tak. satu je yang kau riak pasal diri kau adalah rupa paras kau yang hensem dan kekayaan yang kau warisi.

━━━━━━━━━━━━━━
💌
drop all your thoughts and opinions here!
point out all the lessons you've got and tell me what you think of this chapter!

Euphoria | on-goingWhere stories live. Discover now