🌙
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───siapa kat sini pernah jadi mangsa buli?
macam mana rasanya dibuli? apa perasaan korang bila korang kena buli depan semua sorang? malu tak? ada rasa nak terjun bangunan ke? kalau ada, sila hentikan niat tu ye.
kita dibuli sebab orang sangkakan kita lemah. sedangkan orang yang buli kita tu lah, sebenarnya lagi lemah. kita yang dibuli ni lebih kuat daripada diorang. cuma kita memilih untuk berdiam diri sebab kita kita baik.
aku pernah tengok satu scene buli ni. time tu waktu recess. aku baru lepas habis kelas untuk letak buku kat hallway sebelum pergi kafeteria untuk makan. member-member aku dah pergi dulu sebab diorang dah lapar. disebabkan diorang malas nak letak buku kat loker, diorang mintak tolong aku letakkan. pemalas punya member. demi makanan sanggup susahkan aku. nasib baik aku sayang kat diorang.
tengah busy meletak buku kat dalam loker member-member aku, kedengaran suara jeritan yang kuat memenuhi ruang hallway. time tu tak ramai student lagi sebab wkatj recess baru mula. ada beberapa orang je kat hallway.
aku mencari-cari suara tu disekeliling dan mata aku tertancap kat dua orang student lelaki yang tengah berdiri menghadap loker. aku pusingkan kepala sikit untuk tengok apa yang ada kat depan loker tu sampai diorang kena berdiri menghadap loker. rupanya ada sorang student lelaki bersandar depan loker. nampaknya macam junior. budak tu agak rendah sikit dan muka dia belum matang.
"bagi je lah berapa yang kau ada. apa susah sangat?" kata salah sorang daripada mereka yang tengah berdiri.
budak junior tu terkebil-kebil dengan riak wajah takut. tangan dia dah dimasukkan ke dalam poket.
mesti budak dua orang tu cuba nak pau budak tu!
dua orang student lelaki depan budak tu lebih tinggi dan besar berbanding dia. bila aku tengok dari belakang, aku rasa aku dapat cam siapa. lokman dan hasnul. dari kelas 4 einstein 4. diorang satu batch dengan aku. dan diorang memang selalu ada kes disiplin sebab selalu ponteng kelas. tapi tak pernah pulak aku tengok dia buli budak. junior pulak tu.
walaupun aku kelas last, tapi seingat aku budak-budak lelaki kelas aku, takdelah teruk sampai nak buli budak. itu dah jadi satu kesalahan.
sebenarnya aku tak nak tengok adegan membuli ni depan aku. tapi sebab aku nak tahu apa jadi kat budak tu, aku pun teruskan mengusyar. lokman dan hasnul mula berang bila budak tu tak nak kasi duit. ramai orang dah berkumpul kat hallway tapi diorang still nak kacau budak tu.
bila aku pandang sekeliling, takde sorang pun yang berani menegur hasnul dan lokman. walaupun ada senior form five kat situ, tapi diorang pun tak terdetik nak tolong budak junior tu. aku pun cuak jugak nak interfere urusan diorang bertiga sebab takut kena serang. awalnya aku nak tolong tapi aku hanya berdiam.
YOU ARE READING
Euphoria | on-going
Adventure{ based on true events } dalam keriangan hidup errisha, terdapat kesedihan yang terselit dalam dirinya. jauh dari sudut hati, dia ingin menemukan kebahagiaan yang kekal abadi untuk sahabatnya. tapi kuasa apa yang errisha miliki selain hanya sekadar...