🌙
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───orang kata karma tu wujud. karma tu benar. dan karma tu boleh jadi bila-bila masa je. lagi-lagi lepas kau baru buat benda jahat kat orang dan benda tu terjadi kat kau pulak. aku percaya. sebab dah banyak kali aku kena. tapi sekarang aku tak nak cerita pasal karma aku. aku nak cerita pasal karma kau, tristan. karma yang terjadi kat kau betul-betul seminggu lepas kau ketawakan aku sebab jatuh dalam longkang. bukan nak jadi jahat kat sini, cuma aku still tak boleh move on dengan cara kau jatuh atas pentas time tengah nak amik anugerah pelajar cemerlang. walaupun aku tak dapat, aku bersyukur sebab at least, aku tak jatuh atas pentas.
hahahahahahahahaha.
sekolah buat anugerah kecemerlangan ni memang khusus untuk pelajar yang dah berjaya time exam mid year. setiap batch akan dapat penghargaan. kiranya, ada lima pemenang anugerah ikut lima batch iaitu form one sampai form five.
waktu tu, pagi isnin lepas assembly. semua pelajar aberforth science high school berkumpul kat diggory hall untuk tengok siapa pemenang. aku cuma nak tengok kau naik pentas je. aku tahu, kau mesti dapat. walaupun aku tak sampai setahun kat sini, tapi aku dah boleh agak kau yang akan dapat best student untuk batch form four. sebab semua orang cakap centu. termasuk member-member aku.
"our third best student goes to..." suara kuat daripada cikgu ahmad yang merupakan pengerusi majlis, membuatkan semua pelajar terdiam. masing-masing menunjukkan disiplin yang baik untuk dengar pengumuman seterusnya. top three memang penting. sebab setiap nombor satu, dua dan tiga adalah wakil daripada tiga batch terakhir dalam sekolah.
"...khairul anwar bin hamidi!"
semua bersorak untuk bagi semangat kat khairul. khairul dapat tempat sebagai the best student untuk batch form three. penampilan khairul ni agak nerd sikit. spek mata bulat dan rambut kemas macam pakai gel satu baldi.
lepas je nama khairul dipanggil, semua pelajar kembali senyap untuk dengar nama yang seterusnya. wakil daripada batch form four pulak. bermakna, tristan mungkin tercalon untuk jadi the best student. dan seperti biasa, semua pelajar dah boleh agak dah yang dia akan dapat anugerah.
"the second best student goes to, tristan noah adams!"
jeritan yang kuat memenuhi segenap ruang dalam diggory hall. semua orang bersorak dan bertepuk tangan yang kuat untuk tristan. termasuk aku. member-member aku pun tunjuk happy sekali tapi tak sejakun aku. aku siap bangun kot dari lantai untuk berdiri bagi semangat kat tristan. walaupun dia tak nampak, tapi aku tetap nak cheer untuk dia. siapa je yang tak bangga tengok member berjaya?
aku bukan macam budak sekarang yang jeles tengok member berjaya. sorry.
tristan naik ke pentas dengan gaya humble dia tapi masih lagi nampak hot. penampilan dia yang lengkap memakai blazer hitam dan baju kemeja biru pengawas langsung tak cover aura bad boy dia. senyuman tristan tak lekang dari bibir dek gembira dapat best student award untuk batch form four. damn, gila pandai mamat ni!
YOU ARE READING
Euphoria | on-going
Adventure{ based on true events } dalam keriangan hidup errisha, terdapat kesedihan yang terselit dalam dirinya. jauh dari sudut hati, dia ingin menemukan kebahagiaan yang kekal abadi untuk sahabatnya. tapi kuasa apa yang errisha miliki selain hanya sekadar...