e i g h t

81 10 0
                                    

🌙─── ・ 。゚☆: *

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🌙
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

bad boy.

takde sorang pun kat sekolah akan percaya yang kau ni bad boy. kalau aku bagitahu satu dunia pun, belum tentu semua orang akan percaya. sebab apa yang diorang nampak, tak sama dengan apa yang diorang dengar. manusia hanya akan buat kesimpulan lepas diorang nampak apa yang ada depan mata. kalau lain, maksudnya itu sekadar khabar angin.

tapi aku bukan kawan yang jahat. aku takkan sesekali exposed diri kau yang semua orang tak tahu. mungkin ada segelintir yang tahu, tapi aku boleh gerenti yang semua sisi bad boy kau, aku je yang tahu.

tapi itu dulu. itu zaman jahiliah kau yang kau cuba nak elak. zaman yang banyak buat kau kecundang dalam banyak aspek. dan aku percaya, kau sebenarnya still struggle untuk lari dari zaman tu.

katanya, diri kau yang bad boy tu lah buat kau insaf dan tak nak couple lagi dah. kau cakap kau tak nak ada relationship dengan mana-mana perempuan selagi kau masih fokus belajar. sebab past relationship kau, didn't end well. and it was your mistake in the first place.

what were those mistakes that you did?

"i've hurt her way too many times. aku tak layan dia. aku tak reply whatsapp dia. aku tahu dia sedih, tapi dia tak nak cakap. so, aku mintak break dulu," ujar kau satu hari ni waktu kita tiba-tiba termasuk lagi topik pasal ex kau time kau form two dulu. aku tak nak pun tahu sebab aku akan jealous.

tapi aku akan sentiasa dengar story kau, tak kisah lah pasal apa pun. aku setia mendengar.

aku meneguk air mineral. tekak terasa haus lepas jogging dengan kau. "kau tahu tak, dengan cara tu dia akan rasa kau dah tak sayang dia. mesti dia fikir yang selama ni, dia je yang try hard untuk fix relationship korang. patutnya kau takyah mintak break dulu," kata aku, cuba menyelami perasaan seorang perempuan kalau boyfriend yang mintak break dulu. betul apa?

seperti biasa, kau takkan setuju dengan aku. badan kau menggeliat ke kiri dan ke kanan. warm up untuk terakhir kali lepas sejam beriadah. "sebab aku sayang lah, aku mintak break dulu. aku tak nak dia sakit hati je sebab couple ngan aku," balas kau, menjelaskan secara detail.

aku mengerutkan dahi. anggota badan aku pun busy bersenam tapi mulut aku masih boleh berfungsi untuk bercakap. "sebab apa je dia sakit hati dengan kau? kalau setakat tak reply whatsapp tu, aku rasa boleh terima lagi kot."

bagi aku, perempuan yang gaduh dengan boyfriend sebab tak reply whatsapp memang tak matang gila. dia ingat 24 jam 7 hari ke boyfriend nak layan je memanjang? gedik sungguh, aku rasa nak cekik je. cuba kawal sikit nafsu tu. kalau rindu pun tahan je lah.

Euphoria | on-goingWhere stories live. Discover now