s i x

65 10 0
                                    

🌙─── ・ 。゚☆: *

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🌙
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

life kau tak seindah semua orang bayang. apa yang diorang tahu, kau ialah anak ahli politik yang hebat dan terkenal. parents kau disanjung tinggi oleh ramai pihak terutama golongan bawahan yang susah dan miskin. diorang hormat kat bapak kau sebab dia selalu bagi sumbangan, turun padang untuk ziarah orang gelandangan, bagi speech yang memberi kesan kat ramai orang, ada foundation khusus untuk orang-orang susah yang memerlukan pertolongan dan setiap hari keluar duit berjuta-juta untuk rakyat.

kau hidup dibawah gelaran dan status parents kau yang ternama. kau diangkat jadi ketua pelajar aberforth science high school sebab kau dapat gelaran the best student dalam batch selain status yang dipegang bapak kau sebagai ketua pibg. semua orang salute dan respect kau, tristan. kepandaian kau yang tak terkata membuatkan cikgu-cikgu semua bangga dengan kau. jadikan kau anak emas sebab bakat kau sentiasa terserlah dalam apa jua aktiviti dan pertandingan yang sekolah buat.

kawan-kawan seangkatan mencemburui kelebihan yang kau ada. semua mempersoalkan bakat dan kepintaran kau dalam bidang akademik dan kokurikulum. tiada siapa dapat menandingi kau sejak form one lagi. tiada siapa yang dapat tunjukkan kehebatan diri selama kau ada kat sini.

semua pelajar panggil kau, einstein junior. ada yang panggil kau, nerd hottie. ada sekumpulan pelajar yang lain panggil kau, god of the geniuses. macam-macam gelaran yang aku dengar sepanjang dua tahun aku kat sini.

tapi itu berdasarkan apa yang dilihat dengan mata kasar diorang. takde siapa yang sibuk untuk tahu, sama ada kau happy dengan kelebihan yang kau ada. takde siapa kisah untuk cari tahu apa sebenarnya yang berlaku dibelakang tabir. mungkin ada beberapa orang yang terfikir untuk tanya kau pasal diri kau yang sebenar. tapi takde sorang pun yang berani untuk bertanya kau secara berdepan. semua hanya menikmati dan menonton dari jauh.

"tak habis-habis mintak donation. dah banyak kali mintak bapak aku sumbangan. cuba mintak orang lain pulak ke?" kau merungut suatu hari ni, sebab cikgu-cikgu mintak sumbangan daripada bapak kau sempena hari karnival sekolah. tiap kali ada event je, sekolah tak terlepas amik peluang untuk mintak sumbangan daripada parents kau. mana taknya, bapak kau je yang jutawan kat sini. dia je yang murah hati untuk pelawa sekolah tulis atas cek seberapa banyak jumlah wang yang nak dikeluarkan.

"aku tahulah bapak aku kaya, tapi takkan semua benda nak harap dia je yang bagi? diorang tak tahu bapak aku struggle teruk untuk dapatkan duit. sejuta pun ingat senang ke nak cari? kalau kutip daun boleh tukar jadi duit, lainlah cerita!" kau mencapai air milo yang dihulurkan oleh makcik kantin. suara kau cukup kuat untuk dia dengar. kalau aku tegur pun, belum tentu kau nak dengar. kau memang sengaja nak bagi diorang dengar.

waktu balik memang tak ramai yang beli makanan kat kantin. kau ada kelas petang waktu tu, dan mintak aku tunggu kau untuk balik sekali. alang-alang aku ada kelas jugak, aku pun sudi untuk tunggu kelas kau habis sejam lepas kelas aku habis. aku tak kisah. aku lagi suka.

Euphoria | on-goingWhere stories live. Discover now