s i x t e e n

30 3 0
                                    

menginjak dewasa ni, aku banyak belajar erti kehidupan yang sebenar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

menginjak dewasa ni, aku banyak belajar erti kehidupan yang sebenar. kehidupan yang kadangkala pahit, kadangkala manis. roda kehidupan sentiasa berputar.

ada masa kita berada di atas; bahagia tak terkata dan hidup senang tiada pancaroba.

ada masa kita berada di bawah; jiwa bersedih ya amat dan hati terluka.

hakikatnya, itulah kehidupan. itulah yang perlu dihadapi oleh semua manusia dalam dunia ni selagi mereka masih hidup. tiada berpatah balik. nak tak nak, kena tetap teruskan perjalanan.

kalau lah semudah abc untuk yakinkan kau semua benda tu, tristan. mungkin aku takde lah rasa terbeban sangat. walaupun kau bukan tanggungjawab aku, tapi diri aku sendiri terdetik hati untuk jaga kau. dan bila kita dah rapat, terlalu banyak benda yang kita dah share sampai aku tak sempat untuk bagi warning kat diri aku sendiri.

mungkin aku yang buat kesimpulan sendiri tapi... aku dapat rasa sifat manja kau tiap kali dengan aku. kau tak try hard pun untuk jadi manja tapi cukup untuk buat aku melting. kau sentiasa ada soft spot dalam hati aku. dan aku rasa bersalah sebab biarkan kau berharap yang aku akan sentiasa ada untuk kau.

bukan aku tak nak, tapi aku takut kau kecewa bila aku tiada disisi. sebab aku pun manusia jugak yang hanya mampu bagi kata-kata semangat je kat kau. tapi tak mampu mengubah nasib kau.

little did i know, dalam proses mengenali kau... sebenarnya, i was slowly falling in love with you.

dan bila aku dah sayang kau, nothing else matters. lagipun aku dah berjanji dengan diri aku sendiri untuk selalu ada time kau susah atau senang. aku tak nak mungkir janji yang aku dah buat dengan diri aku sendiri.

sebab tu aku stay. aku stay dalam hidup kau supaya kau pun stay dalam hidup aku. tapi itu pun satu pilihan dan aku tak boleh nak halang kalau kau pergi tinggalkan aku.

kerana manusia datang dan pergi. yang tinggal hanyalah memori.

━━━━━━━━━━━━━━
💌
drop all your thoughts and opinions here!
point out all the lessons you've got and tell me what you think of this chapter!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Euphoria | on-goingWhere stories live. Discover now