🌙
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───apa perasaan korang bila ada lelaki hensem tegur depan member-member korang? bukan setakat hensem je, dia kaya, pandai, dan hot. cuba bayangkan eh, korang tengah berborak kat dalam kelas, tiba-tiba ada sorang student ni masuk dalam kelas korang untuk tolong cikgu angkat barang dia. lepastu on the way nak keluar dari kelas, dia sempat lagi lambai kat korang sambil belanja smirk.
bukan tu je tau, mata dia wink sekali ke arah korang.
depan semua classmate korang yang ada dalam kelas waktu tu.
tapi tu lah, aku pun pelik jugak dengan tristan yang tiba-tiba je nak lambai kat aku padahal sebelum ni, tak pernah pun dia kisah untuk usyar aku. dia selalu je masuk kelas aku, tapi tak pernah pulak dia nak pandang aku. siap bagi wink pulak tu!
ugh, time tu aku rasa nak jatuh je dari kerusi sebab kau buat macam tu, tristan. dahlah kau masuk kelas aku dengan gaya noah flynn movie kissing booth tu, lepastu kau blah macam tu je tanpa ada rasa nak tanggungjawab kat penderitaan yang aku alami. ceh!
macam ni ye gais. tristan tu member aku. apa ke jadah pulak dia tiba-tiba nak senyum kat aku, sedangkan setiap kali kitorang jumpa je, kitorang akan berlaga. waktu tu, dah nak dekat spm dan aku tengah berbincang dengan member-member aku pasal soalan ramalan yang cikgu fazlinda baru kasi.
semua classmate aku sempat lagi pandang aku lepas kau keluar dari kelas. aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana. rasa macam nak tampar kau pun ada sebab kau buat diorang curious pasal hubungan kita. lagi-lagi member-member aku yang kerja diorang asyik membawang je.
"oh my god, asal dia wink kat kau?!" weena dah jakun. tak percaya dengan apa yang baru dilihat sebentar tadi.
anis dan mia dah gelakkan aku. masing-masing pun bagi reaksi terkejut. aku acah tak kisah dengan tindakan bad boy tristan. diri aku mencuba sedaya-upaya untuk mengawal rasa segan, tersipu malu depan semua classmate aku.
"kau blushing, weh! korang ada apa sebenarnya?! meroyan sambil menggoncang-goncang badan aku.
"mana ada apa apa! kitorang kan kawan." aku gelak palsu.
"friends don't easily exchange winks to each other." tak percaya dengan alasan aku.
and by the way, sejak bila pulak aku wink jugak kat tristan?
"mana ada aku wink kat dia."
"tapi kau pun usyar dia tadi."
YOU ARE READING
Euphoria | on-going
Phiêu lưu{ based on true events } dalam keriangan hidup errisha, terdapat kesedihan yang terselit dalam dirinya. jauh dari sudut hati, dia ingin menemukan kebahagiaan yang kekal abadi untuk sahabatnya. tapi kuasa apa yang errisha miliki selain hanya sekadar...