{ based on true events }
dalam keriangan hidup errisha, terdapat kesedihan yang terselit dalam dirinya. jauh dari sudut hati, dia ingin menemukan kebahagiaan yang kekal abadi untuk sahabatnya. tapi kuasa apa yang errisha miliki selain hanya sekadar...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
🌙 ─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───
mak kau cantik. tinggi lampai macam model. umur dia dah 45 tapi still nampak awet muda. macam angelina jolie. dia asal dari kelantan. ada lima orang adik beradik. kehidupan dia biasa je. tak susah sangat, tak senang sangat. tapi mak kau anak yang paling berjaya dalam keluarga dia sebab mak kau seorang pensyarah.
kenal dengan bapak kau time tengah menghadiri majlis convention kat universiti luar negara. waktu tu bapak kau attend sebab dia anak businessman. bapak kau dah kaya dari dulu. dia ada darah bangsawan sebab keturunan bapak kau banyak pemilik syarikat ternama kat america. dia american waktu kenal dengan mak kau dulu. diorang bercinta kat sana sebelum amik keputusan untuk kahwin kat malaysia.
bila dah kahwin, bapak kau terlibat dalam bidang perusahaan. seorang businessman yang terkemuka both kat america dan malaysia. mak kau pulak secara tak langsung famous sebagai seorang pensyarah merangkap bini owner syarikat development. bapak kau memang dah giat aktif dalam politik sebab ikut jejak langkah atuk kau. sikap berwibawa dan manis mulut tu dah sebati dalam diri dia.
mak kau pulak public figure yang tak nak kalah macam artis jugak. walaupun seorang pensyarah, tapi mak kau selalu attend fashion shows dan runways. dia seorang yang bergaya pentingkan penampilan diri.
dua pasangan yang bahagia dulu ni, dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki. dua hero yang menjadi pujaan hati semua anak gadis di malaysia. di america pun sama tapi tak seramai pompuan kat malaysia.
abang kau tua empat tahun dengan kau. umur dia 21 sekarang dan hidup berdikari kat australia. parents kau hantar dia kat sana untuk sambung belajar dalam jurusan engineering. tapi diorang tak harap lebih kat abang kau sebab dia tak konsisten untuk belajar pun. apa yang dia buat kat australia tu remain history. sebab dia tak update kat parents kau.
awalnya parents kau nak hantar bodyguard untuk abang kau, tapi diorang tahu takde function pun. abang kau keras kepala dan tak suka ada orang sibuk untuk amik tahu hal peribadi dia. dengan itu, dia pun menyepikan diri kat negara orang. dah lebih tiga tahun dia kat sana tapi langsung tak dengar khabar.
parents kau terlalu sibuk untuk fikir pasal abang kau.
hero yang kedua, iaitu kau, merupakan harapan parents kau yang terakhir. katanya, diorang nak kau jadi doktor pakar. diorang nak kau dapat belajar kat ivy league supaya kau boleh jadi doktor yang paling berjaya seluruh dunia. parents kau memang letak high expectations kat kau padahal diorang tak tahu apa yang kau lalui. diorang langsung tak nak amik tahu. sebab terlalu sibuk mengejar wang.
waktu tu ada mesyuarat pibg dan semua penjaga student aberforth science high school dijemput hadir. bapak kau tak dapat datang sebab dia outstation. so, dia wakilkan mak kau untuk hadir mesyuarat tu. kalau dua-dua tak datang, rosaklah reputasi kau sekeluarga. walaupun sekadar mesyuarat sekolah.