t h i r t e e n

33 4 0
                                    

🌙─── ・ 。゚☆: *

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🌙
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

bila dah naik form five ni, semua aktiviti yang sekolah buat kita kena join. tak kisahlah malas ke, takde duit ke, takde mood nak join ke, yang penting wajib untuk hadir. lagi-lagi bila sekolah buat kem kesedaran. form five sebagai senior dan calon spm kena pergi walaupun kem tu takde function pun sebenarnya.

nama je kem kesedaran tapi berapa ramai yang insaf lepas tu? berapa ramai yang betul-betul muhasabah diri? paling tak pun hanya dua tiga orang je yang akan berubah lepas pergi kem kesedaran. tapi tu pun takkan buat diorang bertahan. seminggu lepastu je, setan terlaknat dah sambung buat kerja diorang.

nak cerita pasal satu memori ni kat banting. time tu satu batch form five kena pergi kem kesedaran beberapa minggu sebelum spm mulai. satu kenangan berharga yang aku tak boleh lupa, bila tristan sedar yang selama ni dia mempunyai keberanian yang tak semua orang miliki.

selaku ketua pelajar dan ketua batch, tristan terpaksa mewakilkan diri untuk masuk ke dalam hutan. dalam hutan tu, dia kena cari 10 orang pelajar. fasilitator kem kat situ menguji tristan untuk cuba mencari 10 orang pelajar dalam masa sejam.

aku terkejut gila bila tahu yang tristan kena masuk sorang-sorang. dahlah time tu pukul 10 malam. confirm lah tak nampak apa-apa. walaupun dia kena bawak torch light, tapi still menakutkan jugak doh berseorangan dalam hutan.

hati aku dah rasa gelisah dan berdebar sebab risau kot-kot benda buruk jadi kat kau. aku harap sangat kau menolak ajakan fasilitator-fasilitator tu dan pikir pasal nyawa kau. aku tak sanggup nak tengok kau mati dalam hutan. mana tahu kau kena cekik monyet ke dalam tu. takpun, kena gigit dengan harimau ke.

tapi disebabkan kau tak nak dipermalukan oleh semua orang, kau dengan rela hati bersetuju. sebagai ketua pelajar, kau sanggup meredah hutan tengah-tengah malam demi mencari 10 orang rakan seperjuangan yang lain.

125 orang pelajar yang lain termasuk aku, hanya berkumpul kat dewan. fasilitator tak nak kitorang buang masa bermain, so diorang pastikan setiap group ada aktiviti. marker pen segala jenis warna dan sehelai kertas mahjong diberi kepada setiap kumpulan.

lepas lebih kurang lima minit kau masuk dalam hutan, kitorang disuruh untuk tulis sifat dan keperibadian kau atas kertas mahjong. aktiviti ni dipanggil, ketua pelajar kesayanganku. time tu aku excited gila tulis macam-macam sifat yang kau ada yang aku tahu. semua orang pun seronok time tu. ada je nilai murni yang diorang nak tulis.

selama sejam tu, kitorang sempat lagi makan biskut lexus yang fasilitator kasi. kitorang sempat borak dengan diorang. aku sempat lagi curi-curi join group weena, group anis, group mia.

tapi lepas sejam lebih, kau still tak muncul-muncul, tristan. figura kau still belum kelihatan lepas pukul 12:15. kau dah melebihi tempoh yang diberikan. semua orang dah mula risau termasuk fasilitator. diorang tak nak masuk hutan dulu, sebab takut kau dah hampir untuk keluar dari hutan.

aku dapat rasa muka aku pucat lesi. nervous tu tak terkata bila terkenangkan nasib kau yang masih berlegar dalam hutan. dah macam-macam benda buruk yang bermain dalam fikiran aku. dalam hati berdoa supaya kau cepat-cepat keluar dari hutan dan jasad dan roh kau dalam keadaan baik-baik.

tak lama lepastu, kau pun keluar dari sebalik pokok-pokok. kitorang yang tengok dari jauh ni tiba-tiba terkejut. mula-mula ingatkan ada benda lain yang datang, rupanya kau. dan dibelakang kau kelihatan 10 orang student yang lain. dua tiga orang aku kenal.

semua orang bersorak untuk kau termasuk kakak dan abang fasilitator. budak-budak lelaki dah meluru ke arah kau untuk berpeluk dan mengucapkan tahniah. kau dah berjaya menemui 10 permata berharga dalam hutan yang penuh enau dan belukar.

sam pun peluk kau sambil menggosok-gosok kepala kau. dan beberapa classmate kau yang lain agak over mendukung kau.

fasilitator menyuruh kitorang tunjuk hasil kerjasama menulis sifat dan keperibadian kau atas kertas mahjong tadi. aku paling excited untuk tunjuk kertas group aku tinggi-tinggi. macam-macam warna marker tertulis atas kertas mahjong. dan perkataan yang tertulis pun cukup untuk buat kau blushing dan terharu. terharu sampai aku perasan yang kau nak nangis.

ikutkan hati, kat situ jugak aku nak peluk kau. nak ucap tahniah kat kau sebab keberanian kau yang luar biasa. aku tak sangka aku dapat saksikan satu lagi sisi kau yang lain. that night, i learnt one thing about you, tristan.

that you are indeed a very strong and brave person.

disaat semua bersorak sambil tengok kau terima hadiah waktu majlis penutup, aku tersenyum bangga dapat menjadi saksi keberanian kau. dan bukan aku sorang je. hampir semua batch form five tahu tu.

and you were really, really happy that your smile showed the dimple on your left cheek and your perfectly arranged white teeth.

━━━━━━━━━━━━━━
💌
drop all your thoughts and opinions here!
point out all the lessons you've got and tell me what you think of this chapter!

Euphoria | on-goingWhere stories live. Discover now