🌙
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───hari khamis, hari last tuisyen dalam seminggu. seperti biasa, aku akan ikut kau balik rumah kau untuk join hometuition kau. hari khamis je tuisyen addmaths dan maths. aku dah siap-siap bawak baju extra untuk aku tukar kat rumah kau. hari khamis, semua form five ada kelas petang. of course aku akan berlengas dan aku kena mandi. lagipun, aku malu nak berkongsi guru dengan kau kalau badan aku bau busuk.
tapi kali ni, suasana tuisyen lain. biasanya, kau akan bertanya kat cikgu jamal pasal soalan yang kau tak faham. tak pun, kau akan bising kat aku kalau aku tak fokus. rasa-rasanya dah nak masuk 20 kali aku curi-curi usyar kau sementara cikgu jamal tengah explain kat whiteboard. tapi kau tak tegur aku pun. senang cerita, kau bad mood waktu tu.
dan jarang aku tak tahu penyebab kau bad mood.
"errisha." suara lantang cikgu jamal buat aku laju memusingkan kepala ke depan lepas curi-curi usyar kau tadi. wajah cikgu jamal memandang tepat kat aku sambil memberikan senyuman tipis. agaknya dia nampak aku tak fokus tadi. "cuba awak selesaikan soalan pertama."
aku mengangguk tanda akur dan pergi ke depan ke arah whiteboard. soalan addmaths dah tersedia. tinggal jawab je. marker pen biru cikgu jamal hulur kat aku. aku sempat lagi usyar kau yang masih fokus menulis. biasanya, kau akan usyar aku selesaikan soalan kat whiteboard. tapi kau still busy menulis atas kertas. maybe kau tengah selesaikan soalan yang susah kot.
lepas buat jalan kira kat whiteboard, aku pandang cikgu jamal. "macam ni ke cikgu?" marker pen biru aku ditunjuk ke arah jalan kira aku.
cikgu jamal menggeleng. aku ketap bibir. "salah tu. cuba awak guna kaedah yang saya selalu ajar."
kaedah yang dia selalu ajar? kaedah yang mana satu? dia je banyak kaedah kot. memang tak lah aku nak ingat semua kaedah dia.
aku acah-acah ingat dengan kaedah yang di bagi. lepastu, aku tulis kat whiteboard lagi. "macam ni eh?"
cikgu jamal menggeleng untuk kedua kali. "bukan yang tu." suara dia berbunyi kecewa dan penat dengan aku.
aku menggaru kepala yang tak gatal sambil menyengih kat cikgu jamal. dia berjalan ke tempat duduk kau sambil bersuara, "tristan, cuba awak selesaikan pulak."
kau bangun dari kerusi kau dan berjalan ke arah whiteboard. muka kau pucat dan nampak tegang gila. marker pen biru yang aku pegang, kau rampas laju. kau tak pandang aku langsung. tindakan kau yang asing buat aku tersentak.
kerisauan dah melanda kepala aku dan akan membanjiri kotak fikiran aku lepas ni. percayalah.
aku hanya mampu berdiri sebelah kau untuk tengok jalan kira yang kau buat kat whiteboard. walaupun kau tengah bad mood, tapi kau still nampak hot dengan shirt plain warna turqoise. cara kau fokus menulis kat whiteboard pun, boleh buat aku drooling. agaknya macam ni lah kau tiap kali kena panggil untuk tulis kat whiteboard. untungnya classmate kau yang berjantina perempuan.
YOU ARE READING
Euphoria | on-going
Adventure{ based on true events } dalam keriangan hidup errisha, terdapat kesedihan yang terselit dalam dirinya. jauh dari sudut hati, dia ingin menemukan kebahagiaan yang kekal abadi untuk sahabatnya. tapi kuasa apa yang errisha miliki selain hanya sekadar...