t h r e e

101 13 0
                                    

🌙─── ・ 。゚☆: *

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


🌙
─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

aku banyak luangkan masa dengan kau. sampai satu masa ni, member-member aku perasan yang aku dah tak selalu lepak ngan diorang. tiap kali diorang ajak aku untuk join aktiviti yang diorang plan, aku mesti bagi bermacam-macam alasan sebab aku dah ada plan dengan kau. diorang tahu, aku dengan kau berkawan tapi mungkin diorang tak boleh terima sebab aku lebih memilih untuk lepak ngan kau berbanding diorang.

mulalah timbul konflik antara aku dengan member-member aku.

"masalahnya errisha, bukannya selalu pun kau keluar ngan kitorang. takkan takleh miss satu tuition kot?" kata anis, yang juga merupakan kawan rapat aku sejak aku masuk aberforth science high school. dan antara kawan aku yang terawal dan kekal sampai sekarang. cuma tak terlalu rapat je.

aku pandang wajah member-member aku yang lain untuk tengok reaksi diorang. mia dah mengalihkan pandangan ke tempat lain. weena busy habiskan nasi lemak yang masih berbaki tapi aku tahu, dia dengar apa yang anis cakap kat aku.

"tak boleh ke kita plan keluar hari lain? next week, hari isnin ke?" soal aku, mencadangkan hari lain untuk keluar dengan member-member aku. aku tahu, aku tak boleh lupakan diorang.

mia toleh untuk pandang aku. riak wajah dia kecewa. "sha, kau tahu kan kitorang busy next week? aku kena siapkan pembentangan dengan hasnul. weena dan anis nak kena practice debate dengan cikgu dania. kitorang tak free next week. setiap hari busy. tomorrow is our last chance to spend some time together. all four of us."

aku mengeluh. otak tengah memikirkan cara untuk skip tuisyen besok. kalau tristan tahu, mesti dia kata aku malas nak study. takde effort nak berjaya. dan macam-macam lagi lah ayat-ayat yang akan keluar dari mulut dia. dan aku akan rasa bersalah dengan tristan sebab tuisyen aku dibayar ikut hari. bukan ikut bulan.

"kalau macam tu korang keluar je la dulu. aku tak kisah. nanti bila-bila kita semua free, aku join." dah tak ada pilihan lain. aku terpaksa cakap camtu.

weena terkejut termasuk yang lain. anis dah mendengus sambil bagi reaksi tak puas hati. mia sibuk mengemas meja yang bersepah dengan plastik makanan. waktu rehat pun dah nak habis.

"errisha, takkan kau langsung tak boleh skip satu subjek pun? aku rasa tristan okay je kalau kau nak skip sehari untuk spend time dengan kitorang," ujar mia. dia bagi muka simpati supaya aku terkesan.

"mia, aku tak boleh senang-senang je nak skip. lagipun aku tak pernah skip tuisyen sebelum ni. tuisyen tu tristan bayar per day, weh. satu hari je dah nak masuk 50 ringgit. takkan aku nak bazirkan duit dia macam tu je?" tak pernah aku begging sebelum ni kat member-member aku. tak sangka aku buat semua ni sebab tristan.

Euphoria | on-goingWhere stories live. Discover now