メтυʝυнメ

3.2K 174 2
                                    

AFIQ rizqie membetulkan baju pengawasnya sambil matanya merenung imej dirinya yang terpantul pada cermin. tie ketua pengawasnya diambil sebelum keluar daripada bilik tidurnya.

***************

"hari ni kau pergi sekolah dengan sape qila? tkpun, kau boleh tumpang aku sebab harini aku drive." lengan baju disisingkan ke lengan. mata helangnya menatap tajam aqilah adriana dihadapan.

"harini adik pergi dengan farhana." sisa makanan yang terdapat di dalam pinggan dihabiskan cepat cepat.

"eih kau ni kan, aku dh kata tk payah la nak gedik gedik kawan dengan si farhana tu. nanti kau jadi tk betul sama mcm dia. pastu jadi gangster. kau nak?"

"ei mulut abang kan, memang tkdek insurans kan? ada je kerja kau nak perli orang la, ckp buruk pasal orang. eh, sekurang kurangnya dia tu bijak. daripada orang lain, gangster tpi otak tkdek! lagipun, adik tahu perangai farhana lebih daripada abang!"

PON!

aqilah adriana mengambil beg sekolahnya dengan kasar tanpa memandang kearah abangnya. bukan apa, dia tidak suka apabila orang bercakap yang bukan bukan pasal farhana.

"umi! abah! adik pergi sekolah dengan farhana dulu!" laungnya kuat.

sekali lagi jelingan maut dihadiahkan kepada abangnya sebelum melangkah keluar daripada rumah.

****************

"kau ada war ke dalam rumah tadi? bising semacam je aku dengar." tanya farhana.

"erm, bising sangat ke? biarlah. lagipun aku sakit hati dengan abang aku tu. balik je terus sibuk nak sakitkan hati orang. tak pelah, kau tk payah fikir sangat pasal tu."

"ouh, ok."

pedal minyak ditekan. kereta suzuki swift yang dipandu itu mula bergerak ke sekolah.

*****************

"goshh! weh aimi, kau nampak tk apa yang aku nampak ni?! ni mimpi ke?! kalau mimpi jangan kejutkan aku weh! hensem nya ya allah!" lengan sahabatnya yang bernama aimi itu ditepuk dengan kuat sampai mengundang amarah aimi.

"hoi! kau pehal? nak tepuk tepuk lengan aku bagai. sakit tau tk!" lengannya digosok dengan kasar sambil merenung kawannya.

"tuuu kau nampak kan?! hensem kan?! dia aku punya! aku cop dulu!"

aimi memandang ke arah yang ditunjuk sahabatnya sara. sekali terpandang, hatinya terus berbunga. lagak lelaki yang sedang bersandar pada kereta sambil kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket. kedua dua mata lelaki itu tidak lekang daripada memandang pintu pagar sekolah.

ya allah, makhluk ciptaan kau ke ni?

*******************

"qila, aku bet kau dh siapkan kerja sains kau." aqilah adriana memandang lama sahabatnya sambil kening nya diangkat angkat

"ouh jadi kau dh siap lah ni? sebabtula kau duduk diam je ni? biasanya macam lipas, tk duduk diam." muka aqilah terus memerah. memang betul, kalau pagi pagi mesti dia meminta buku daripada farhana untuk disalinnya. akan tetapi, hari ini lain pula keadaannya.

"ceh, diam pulak kau ni. dh jomla masuk kelas dulu."

******************

"kau ni memang tkdek mata ke sampai nak langgar langgar orang pagi pagi buta ni?! mata tu dah empat tapi sayang tetap tk nampak orang dekat depan! kau jangan sampai patah riuk tulang kau nanti aku buat eh budak! dh blah!"

budak yang dimaksudkan itu terus mengambil spek matanya yang dibaling oleh farhana tadi. nasib tk pecah kalau tk habisla dia kena jawab pelbagai soalan yang keluar daripada mulut ibunya.

"sudahla far, kau dah janji dengan aku kan yang kau taknak gaduh gaduh dh. berubahla wei, kawal kemarahan kau tu. jgn asyik nak lepaskan dekat orang je." wajah aqilah dihadapan dipandang dengan tajam. tk pasal pasal, satu jelingan dihadiahkan kepada aqilah.

"eh kau, aku dh bagi nasihat tu cuba hadam dengan baik. mata kau tu, duduk diam diam. tk payah nak jeling orang bagai. dh jum masuk kelas!" lengan farhana digapainya dan ditarik ke kelas.

tanpa dia sedar, salah seorang daripada ramai ramai orang yang telah melihat kejadian itu dengan muka yang tk puas hati.

*****************

ok, sini jela hoho

#c**nnieeebabae❤❤❤❤❤

ketua pengawas itu suami aku?!Where stories live. Discover now