Chapter 9 - Jung's Family

46 5 0
                                    

Headquarters Black Rose

Situasi di bilik mesyuarat

Kemunculan Hyunji di bilik itu membuatkan semua orang terkaku. Keadaan di dalam bilik itu pun menjadi senyap sehinggalah Naeun bersuara.

"Hyunji, kenalkan oppa kandung kau iaitu Jhope" kata Naeun.

Hyunji hanya terkaku dan Jhope pergi mendekatkan dirinya kepada Hyunji.

"Patut la perangai kau sama dengan aku rupanya kau adik kandung aku" kata Jhope kepada Hyunji sambil tersenyum.

"Kan, saeng pun tak sangka whahahahaha" kata Hyunji kemudian gelak sekuat hati dia diikuti oleh Jhope.

Ahli BTS yang hanya memandang mereka dengan pandangan tidak percaya.

'Sah diorang nie memang adik-beradik' bisik BTS dalam hati.

"Pikir tadi nak menangis ker ape, tapi lain pulak jadinya" keluh Kurose pabila melihat adegan adik beradik Jung itu. Illya pula hanya ketawa sahaja.

Naeun yang melihat kemesraan dua orang beradik itu tiba-tiba berasa sayu.

"Kalau la aku dapat ingat muka oppa mesti aku dah dapat jumpa dia" bisik Naeun sambil wajahnya mengukirkan senyuman yang sedih.

Yoongi pun berasa sedih pabila melihat wajah sedih Naeun.

'Mesti dia teringat janji aku dengan dia dulu' bisik hati Yoongi.

"Tapikan macam mana korang boleh tahu Hyunji nie adik aku?" tanya Jhope kepada Naeun dan dua orang kanannya.

"Hyunji adalah orang pertama yang aku siasat sebab aku tahu yang dia cuma anak angkat dalam keluarga dia" jelas Naeun kepada Jhope.

"Dan orang kanan aku juga telah siasat latar belakang keluarga Kang dan ternyata yang keluarga Kang pernah ada ambik seorang anak perempuan dari keluarga Jung dan anak perempuan tu namanya ialah Jung Hyunji" jelas Naeun dengan panjang.

Hyunji dan Hoseok terkejut mendengar apa yang diceritakan oleh Naeun itu.

"Jadi, memang dari hari aku lahir nama aku tak pernah tukar macam tu?" tanya Hyunji.

"Betul tu, appa pernah cakap yang dia tak nak nama yang omma dah bagi kepada Hyunji ditukar dan omma pun ada kata mungkin dengan nama itulah yang akan dapat temukan kita semula" kat Jhope sambil membelai rambut adiknya itu.

"So, bila Hyun boleh jumpa omma dengan appa? Hyun dah lama cari keluarga kandung Hyun " kata Hyunji.

"Bile kita balik Korea, kita terus pergi jumpa diorang okay" kata Hoseok.

"Okay" jawab Hyunji yang jelas bahagia kerana akhirnya dia akan dapat berjumpa dengan keluarga kandungnya.

Mereka yang lain hanya tersenyum melihat kemesraan adik-beradik Jung itu.

Flashback Kisah Silam Keluarga Jung

Pada satu ketika dahulu, Keluarga Jung dikejutkan dengan berita baik iaitu mereka bakal mendapat anak kedua mereka iaitu anak lelaki.

[C] IDOL [M.Y.G + J.J.K] ✔️Where stories live. Discover now