Sejak dari hari pertama mereka jumpa, hubungan persahabatan antara Seokjin, Yoongi dan Naeun makin rapat.
[Yoongi POV]
Sejak kali pertama aku jumpa Seokjin dengan Naeun, hidup aku mula berubah. Diorang terima aku sebagai kawan diorang walaupun budak-budak lain panggil aku budak yang tak ada perasaan tapi Seokjin dan Naeun tetap terima aku dalam hidup diorang dan aku rasa bersyukur sangat.
Walaupun kitaorang berlainan umur tapi kitaorang tak kisah pun pasal umur sebab kawan tak kira umur.
Setelah lama aku berkawan rapat dengan mereka, aku mula rasa satu perasaan yang aku tak pernah rasa iaitu perasaan suka terhadap seseorang.
Orang yang aku suka itu ialah adik sepupu Seokjin sendiri iaitu Kim Naeun. Pada mulanya, aku fikir perasaan aku nie cuma perasaan sayang pada Naeun sebagai seorang kawan tetapi makin lama perasaan ini membuak-buak dan akhirnya aku sedar yang aku sayang dia lebih daripada seorang kawan dan juga seorang adik.
"Oppa, jom ikut kita" ajak Naeun kepada aku sambil tersenyum dan mengengam tangan aku. Aku hanya mengangguk kepala dan tersenyum.
Lalu, Naeun menarik tangan aku dan membawa aku ke sebuah bilik. Di dalam bilik itu, terdapat satu piano lama yang besar. Mata aku bersinar-sinar pabila melihat piano itu.
"Piano nie sebenarnya atuk punya tapi disebabkan atuk dah meninggal, so dah tak ada orang main piano nie lagi" jelas Naeun. Aku pun menyentuh piano lama itu dan tangan aku dipenuhi dengan habuk kerana menyentuh piano lama itu.
"Yoonie oppa suka main piano kan. Esok oppa datang sini lagi tau kalau nak main piano nie" kata Naeun. Aku mengangguk kepala aku lagi dan senyum kepada Naeun.
Keesokan harinya, Aku datang ke rumah keluarga Kim. Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengetuk pintu rumah itu. Selepas beberapa kali aku mengetuk pintu rumah itu, akhirnya pintu itu dibuka oleh mak cik Hyerin.
"Omo, Yoongi rupanya" kata mak cik Hyerin sambil tersenyum. Aku hanya membalas senyuman sahaja.
"Masuk la dulu, auntie panggilkan Naeun kejap" kata mak cik Hyerin.
"Seokjin hyung tak de ker, mak cik?" tanya aku.
"Seokjin ikut appa dia pergi memancing and please jangan panggil auntie 'mak cik', auntie muda lagi ok" kata mak cik Hyerin sambil membuat flip hair konon-kononnya diva gitu.
'Umur dah lanjur, ada hati suruh aku panggil dia auntie" bisik hati aku. Aku pun angguk je la kepala aku.
Mak cik Hyerin menjemput aku ke ruang tamu dan kemudian dia pergi ke tingkat atas untuk memanggil Naeun di biliknya meninggalkan aku berseorangan di ruang tamu.
Tak lama kemudian, mak cik Hyerin muncul bersama Naeun. Pabila Naeun memandang aku, dia pun berlari ke arah aku dan memeluk aku.
"Yoonie oppa" panggil Naeun. Aku hanya mengusap lembut rambutnya.
"Oppa, jom main piano" ajak Naeun padaku. Lalu, Naeun menarik tangan aku dan membawa aku ke bilik piano.
Setelah tiba di bilik itu, Naeun memandang aku dan memberi aku senyumannya itu.
"Oppa, main la piano tu" minta Naeun. Aku mengeluh mendengar permintaan Naeun. Aku bukan apa, aku takut kalau aku main piano depan Naeun nanti aku nervous. Sudahnya, aku pun mengalah je la dengan dia.
"Arraseo, oppa mainkan untuk Naeun ok" kata aku. Naeun terus bersorak gembira.
"Jinjja, tak sabarnya nak dengar" kata Naeun. Maka, aku pun duduk dikerusi dan mula bermain piano.
Alunan lagu mula berkumandang di dalam bilik ini.
YOU ARE READING
[C] IDOL [M.Y.G + J.J.K] ✔️
Fanfiction[First book of IRIS series] [BTS fanfic] Setelah lama meninggalkan kisah silam yang pahit bersama lelaki itu. Akhirnya luka lama kembali semula. Adakah Naeun sudah bersedia pabila lelaki yang pernah melukakan hatinya kembali semula? Dan berjayakah Y...