~~~~~~~~~BTS dan juga tiga orang ahli Black Rose kini dalam perjalanan ke markas organisasi Akatsuki dan ahli BTS dibahagikan dua kerana satu kereta tidak dapat menampung bilangan mereka.
Kini, Jungkook, Yoongi dan Jin menaiki satu kereta bersama dengan Kurose yang kini sedang memandu kereta mereka.
"Kenapa tiba-tiba aku rasa tak sedap hati nie" kata Jin sambil mengosok dadanya.
"Hyung jangan risau, kita doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar dan kita dapat bawak balik Naeun dengan selamat" kata Jungkook yang cuba untuk menyakinkan Jin.
Yoongi hanya mendiamkan diri dan memandang luar tingkap.
'Aku pon tak boleh nak hilangkan rasa gelisah dalam hati aku, macam ada sesuatu buruk yang bakal berlaku' bisik hati Yoongi.
Tidak lama itu mereka tiba di luar kawasan markas Akatsuki yang merupakan satu kawasan yang luas dan mempunyai bangunan dua tingkat yang besar dan juga dikelilingi dengan pagar besi.
"Umm....korang ada plan tak?" tanya sang maknae, Jungkook. Yoongi dan Jin pula hanya menggeleng kepala mereka.
"Jap, aku try call diaorang" kata Kurose lalu cuba menelefon ahlinya, Rafael yang ditugaskan untuk memandu kereta lagi satu.
"Hah....ada apa telefon aku? Korang dah sampai sana ker?" tanya Rafael yg kini suaranya jelas didengari di dalam kereta kerana Kurose membuka loud speaker di telefonnya.
"Dah....tapi nampak mcm kawalan diorang ketat sikit la kat sini" jawab Kurose sambil memerhatikan kawasan markas Akatsuki yang dikawal ketat oleh ahli-ahli organisasi itu.
"Tak apa....korang cuba cari jalan masuk dulu, nanti kitaorang menyusul" kata Rafael lalu menamatkan panggilan tersebut.
"So...apa plan kau?" tanya Yoongi kepada Kurose yang sedang berfikir panjang itu.
"Tapi macam mana kita nak cari Naeun dalam bangunan dua tingkat yang besar macam tu?" tanya Jungkook pula.
"Kalau la Illya masih bertugas sekarang, mesti dia boleh bagi kita struktur bangunan nie" kata Kurose.
"Mana dia sekarang?" tanya Jin. Kurose mengeluh dengan pertanyaan Jin itu.
"Kan kat hospital semalam Rafael dah bagitahu korang yang salah seorang ahli kitaorang masuk wad. Hah, Illya la orangnya" bebel Kurose. Jin hanya tersengih sahaja.
"Mana la kitaorang tahu, dah korang pon tak sebut nama dia semalam" kata Yoongi dengan selamba sambil membuat poker face dia tu.
"Itu dia, swag Suga hyung dah buat comeback" kata Jungkook dengan teruja. Jin yang duduk di sebelahnya mengetuk kepala Jungkook.
"Yah, asal jadi hyper lak nie, tak kene dengan time langsung" bebel Jin. Yoongi pula hanya menjeling matanya melihat kedua-dua ahlinya itu.
"Diorang memang selalu macam nie ker? Dah macam mak dengan anak je aku tengok diorang" bisik Kurose kepada Yoongi yang duduk di sebelahnya.
"Hmm..." jawab Yoongi.
Manakala, situasi Rafael, Amy dan empat orang ahli BTS masih lagi tidak jumpa jalan ke markas Akatsuki walaupun mereka menggunakan Waze.
"Woi Amy, jalan mane nak kene lalu nie?" tengking Rafael kepada Amy yang sedang melihat Waze di sebelahnya.
"Sabar la" tengking Amy semula. Empat orang ahli BTS yang duduk di seat belakang hanya mampu melihat kelakuan Rafael dan Amy yang bergaduh seperti suami dan isteri.
YOU ARE READING
[C] IDOL [M.Y.G + J.J.K] ✔️
Fanfiction[First book of IRIS series] [BTS fanfic] Setelah lama meninggalkan kisah silam yang pahit bersama lelaki itu. Akhirnya luka lama kembali semula. Adakah Naeun sudah bersedia pabila lelaki yang pernah melukakan hatinya kembali semula? Dan berjayakah Y...