—start a new chapter only when you've finished the past chapter.
━━━━━━━━━━━━━━━
Sebaik sahaja kereta diberhentikan, Baekhyun sepantasnya memboloskan diri keluar lalu meluru masuk ke dalam rumah miliknya bersama Yeonhwa. Pintu yang tidak tertutup langsung mempamerkan keadaan yang berterabur di dalam. Apabila dia menghentikan langkahnya beberapa tapak dari pintu utama, dia menyedari terdapat jejak seretan darah yang banyak.
Dari dalam rumahnya, sehingga ke luar.
Setiap langkah kakinya menjadi perlahan dan rapuh. Meskipun sekuat mana dia mencuba untuk menolak tanggapan buruk yang bermain di dalam fikirannya semenjak tadi tentang Yeonhwa, mimpi buruk itu kerap berulang-ulang bermain dalam biasan matanya.
Ketakutan menyelubungi dirinya, iya Yeonhwa adalah ketakutannya yang paling besar. Kehilangan gadis itu adalah kelemahannya.
Baekhyun menggagahkan dirinya untuk berlalu ke dalam rumah. Melihatkan suasana yang suram, ditambah lagi dengan bau hanyir darah menyebabkan anak tekaknya mengetat menahan perasaannya yang bercampur baur. Antara marah, sakit hati, benci, amarah, perasaan ingin membalas dendam, dan perasaan ingin membunuh sesiapa yang dengan beraninya menyentuh sesuatu miliknya, hanya milik dia.
Semua barang di dalam ruang tamu itu berhamburan di sana sini, pasu di atas meja pecah terburai, bunga-bungaan bertaburan begitu juga dengan lilin-lilinnya. Sementara mejanya terbalik, seperti berlaku pergelutan di situ. Sofa juga bertukar posisi sehingga bantal kecil yang ada terburai isinya. Ia dipotong dengan menggunakan pisau.
Baekhyun mula meneliti satu-persatu jejak kesan yang ditinggalkan. Darah, jejak darah dari itu bermula dari tangga. Seperti dia dapat mengulang tayang semula apa yang berlaku, dia melihat kemungkinan apa yang penceroboh itu lakukan pada Yeonhwa.
Yeonhwa dalam keadaan yang kelam kabut berlari ke tangga untuk mencari perlindungan di bilik atas, apabila penceroboh itu bertindak menarik kakinya sehingga dia terjatuh. Kepalanya terhentak di bucu tangga. Lalu dalam keadaan yang separuh sedar, Yeonhwa di tarik ke bawah semula. Diseret di atas lantai.
Melihatkan tompokan darah yang agak banyak di satu tempat, Baekhyun membuat spekulasi yang Yeonhwa dicederakan di situ. Menelan liur yang terasa berbatu di tekak, setapak demi setapak Baekhyun mendekati dinding kosong yang bertulis tinta merah. Lebih tepatnya, ditulis dengan menggunakan darah.
The Game Is On
we called it sacrifice another life to save a lifeTidak lama kemudian, dia mendapat satu pesanan ringkas dari satu nombor privasi. Tanpa berlengah jarinya terus sahaja mengetik buka pesanan tersebut. Anak matanya lantas membulat besar selepas melihat gambar yang dihantar padanya; Yeonhwa sedang terbaring di atas lantai dengan darah yang membeku pada kepala, blausnya yang seharusnya berwarna putih kini dipenuhi dengan cecair merah itu. Byun Baekhyun menahan rasa sakit hatinya sehingga tanpa dia sedari bibirnya terluka digigit olehnya.
: aku tahu kau tak akan menolak pelawaan aku selepas melihat ini. ia mudah, kau ikut arahan di setiap stage dan dia terselamat.
━━━━━━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]
Mystery / Thriller[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. SILENT [S1], NEMESIS [S2] \ B.BAEKHYUN ❝ the main rules in this game is; stay silent ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/MYSTERY/THRILLER