iii. RULES

298 50 4
                                    

—a psychopath, a narcissist, a serial killer, they are all seems like a normal people.

━━━━━━━━━━━━━━━

Baekhyun mencelik mata apabila terasa dingin pipinya bertemu lantai jubin. Perlahan-lahan dia bangkit dari pembaringan untuk melihat keadaan di sekeliling. Tempat yang sangat-sangat asing baginya. Kegelapan menyelubungi seluruh bilik itu, sehingga sukar untuk dia melihat dengan baik. Sebaik sahaja dia berdiri dan mencuba untuk berjalan, telapak kakinya terpijak suatu cecair yang hangat.

Dia membongkokkan badan lantas duduk mencangkung, cecair itu disentuh sedikit lalu dibawa ke hidung. Bau hanyir, hanyir darah. Dalam samar-samar cahaya yang ada, Baekhyun mencuba memaksa matanya untuk melihat dari mana arahnya darah itu mengalir.

Dengan perlahan dan lambat, dia berjalan mengikut jejak darah tersebut sehingga tiba di hadapan pintu sebuah bilik. Dengan tangan yang menggeletar tanpa sebab, dia memulas tombol dan menguak daun pintu sedikit demi sedikit. Matanya terbelalak luas seluasnya bila sahaja melihat sekujur tubuh yang berlumuran darah di dalam.

Dia ingin datang lebih dekat, dia mahu menghampiri tubuh itu lalu memeluk ia seeratnya, tetapi dirinya seolah kaku tidak mampu untuk bergerak sedikit pun. Kakinya seakan-akan dipaku di mana dia berdiri. Sekuat mana dia memaksa dirinya untuk berjalan, tetap gagal.

“Yeon,” Baekhyun bersuara. Jiwa meronta gila, memaki diri yang tidak boleh bergerak. “Yeonhwa!”

Gadis itu bergerak sedikit tanda respon terhadap suara Baekhyun yang bergema kuat mengejutkan dirinya. Perlahan kepala Yeonhwa terangkat untuk memandang Baekhyun yang berada di hadapannya. Tangan digerakkan seperti sedang meminta pertolongan sedang suaranya tenggelam timbul ingin berkata sesuatu.

“Baek. .” Yeonhwa berbisik pelan, itu kerana kesan torehan pada leher membataskan suaranya. “T-tolong s-saya, ia m-menyakitkan.”

“Yeon, aku akan selamatkan kau!”

Usai berkata, Baekhyun sedikit terpempan tatkala melihat sebuah kelibat hitam tiba-tiba muncul di belakang Yeonhwa. Membawa sebilah sabit di tangannya. Bertambah kuat rontaan Baekhyun tetapi itu semua langsung tidak membuahkan hasil. Dia masih gagal untuk menggerakkan tubuhnya.

“Yeon!” Baekhyun gusar, ketakutan melihat kelibat hitam tadi mula berdiri berkangkang di belakang Yeonhwa. Lagaknya seperti mahu menyembelih gadis itu. “Yeon! Lari Yeon! Bangun cepat!”

Tetapi apa dayanya Yeonhwa, seluruh tubuhnya sudah seperti tidak bermaya langsung. Jadi apabila rambutnya digenggam kuat lantas ditarik ke belakang juga dia tidak mampu untuk melawan. Hanya ringisan sakit yang mampu dia suarakan. Mata terpejam rapat apabila bilah tajam sabit tadi diletakkan pada lehernya.

“Jangan!!! Yeonhwa!!” Byun Baekhyun menjerit sekuat hatinya berharapan semua penyiksaan itu akan berhenti.

Lembaga serba hitam itu tertawa sinis, sebelum bilah sabit ditarik membelah kerongkongan Yeonhwa.

“Yeonhwa!!!!”

Baekhyun terjaga segera dari tidur apabila mimpi buruk itu sepertinya menampar diri dengan sangat kuat. Mata terbuka luas sementara dada naik turun dengan laju sehingga menyesakkan pernafasannya. Dengan itu dia bertindak menumbuk perlahan dadanya bila ia terasa sakit akibat perasaan cemas yang melampau.

Meskipun hanya sekadar mimpi, namun seperti ia benar-benar terjadi di depan matanya. Dan itu sangat dia takuti. Kerana hakikatnya sehingga ke saat ini, dia masih berharap yang Yeonhwa masih lagi hidup. Muka diraup sepenuhnya lantas rambut juga dikuakkan ke belakang. Mencuba membuang imbasan mimpi buruk itu.

Bibir yang kering dibasahkan dengan lidah, lalu mata dia liarkan ke kiri dan kanan. Sekarang waktu sudah menjejak ke angka tiga pagi, dan pejabat juga sudah kosong. Semenjak kehilangan Yeonhwa, Baekhyun sudah jarang pulang ke rumah. Dia merasakan kekurangan yang nyata, dan itu kenyataan yang sangat menyakitkan untuk dirinya.

Belakang badan disandarkan pada penyandar sofa sambil lengannya sebelah dinaikkan di atas dahi. Menutup hampir separuh matanya. Degupan jantung masih lagi laju bila mengingatkan tentang mimpi tadi. Yeonhwa adalah segala baginya, begitu juga yang sebaliknya. Disebabkan itu dia berasa seperti lelaki yang tidak berguna kerana tidak mampu melakukan apa-apa demi gadis yang dia cintai.

Dia hanya diam, dan akur seperti orang bodoh.

Telefon bimbit miliknya di keluarkan dari poket kemeja untuk memeriksa sekiranya ada apa-apa pesanan yang masuk. Dan kata hatinya kuat, ada satu pesanan yang dihantar padanya menggunakan satu lagi nombor asing.

[video 000, size; 02:00]

Laju tangannya mengetik membuka video berdurasi dua minit itu. Mata memfokus bila kegelapan yang terpapar pada skrin telefonnya, menantikan apa yang mahu ditunjukkan padanya kali ini.

Semakin lama kamera itu mendekat satu cahaya yang samar-samar, lalu sedikit demi sedikit memaparkan wajah Yeonhwa yang sedang terlelap sambil dalam keadaan yang tergantung. Tubuhnya kelihatan sangat-sangat lemah, pucat lesi. Baekhyun menyentuh skrin telefon, seolah-olah sedang menyentuh pipi milik Yeonhwa. Gigi diketap rapat menahan kecamuk emosi yang melonjak dalam diri melihatkan Yeonhwa di dalam keadaan yang begitu rupa.

Habis sahaja video itu ditayangkan, satu panggilan masuk dari nombor yang sama. Lalu panggilan dijawab segera.

“Byun Baekhyun, lama juga aku tunggu respon kau sampai aku sendiri yang call kau.” Suara yang sangat garau di hujung talian. Suara yang palsu.

“Apa sebenarnya kau mahukan dari aku hah?!” Baekhyun melenting. Tidak tahan dengan amarah dalam diri.

Aku tahu kau istimewa, Baekhyun. Sebab itu aku mahu kau buat kerja aku, dan aku tahu cara ini sahaja yang boleh buat kau setuju. Aku suka dengan bakat kau, betul-betul fascinating!

Straight to the point, apa yang kau mahukan supaya kau lepaskan dia?”

Lets play game, Baekhyun,” Keluhan berat dilepaskan sebelum tawa halus kedengaran. “The main rules in this game is; stay silent.

Baekhyun tersengih sinis, berasa tercabar dengan permainan yang sering dikatakan oleh lelaki asing itu. “Don't you dare to touch her, that's my rules then. Repeated, don't touch my Yeonhwa.”

Hilaian ketawa besar semakin galak kedengaran. Lelaki asing itu semakin suka untuk bermain dengan Baekhyun. Sangat-sangat berani. “Aku tak janji itu, sebab ia bergantung pada kau Byun Baekhyun. Baik prestasi yang tunjukkan pada setiap cabaran aku, maka dia terselamat. Dan jika sebaliknya, don't ask me why she is dying to death.

Baekhyun menelan pahit liur yang berada di tekaknya. Sesak dan serba kesempitan. “Apa yang kau mahu aku buat huh?”

I'll send you the first task by tomorrow. For now, just stay in silent Byun Baekhyun, for her sake.

Panggilan ditamatkan.

━━━━━━━━━━━━━━━

just alert with my clues okay :)

Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now