—a man with nothing to fear is a man with nothing to love.
━━━━━━━━━━━━━━━
Byun Baekhyun menghentikan keretanya di sebuah lorong kecil berhampiran dengan destinasi yang dia janjikan dengan Taehyung. Untuk memastikan yang dia tidak tersilap tempat, sekali lagi dia memeriksa alamat yang Taehyung kirimkan pada dia.
Dia mengecilkan mata mencari-cari papan tanda berdekatan, dan iya dia menganggukkan kepala. Inilah tempatnya. Tidak membuang sesaat pun masa yang ada, Baekhyun membolos keluar dari perut kereta. Dia sengaja meletakkan keretanya jauh dari tempat pertemuan mereka, mana tahu sahaja ada yang mengekorinya ke situ.
Baekhyun lebih bersiap siaga untuk mendengar derap kaki, atau melihat sesiapa yang aneh di matanya. Baginya lebih mudah begitu sebab dia dapat segera mengelak jika ada sesuatu yang tidak kena.
Hujung topi ditarik turun sedikit, menutupi hampir sebahagian wajahnya, yang kelihatan hanya mulut dan hujung hidungnya sahaja. Sementara dia bergerak ke lokasi pertemuan, pancaindera pendengaran dan penglihatan sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling. Langkah berjaga-jaga dan juga satu langkah dalam perancangannya.
Ada sesuatu yang cuba dia pastikan dengan melakukan semua ini. Meskipun risiko yang dia bakal terima nanti berat, namun dia bersedia. Jika sekalipun dalang sebenar mengancam nyawa Yeonhwa, dia yakin yang dalang tersebut tidak akan membunuh Yeonhwa.
Melalui pemerhatiannya, selagi motif utama Narcissus tidak tercapai, Yeonhwa pasti akan dapat bertahan hidup. Buktinya, tempoh hari Yeonhwa dihantar ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Itu adalah petunjuk yang cukup besar, menunjukkan yang Narcissus menggunakan Yeonhwa semata-mata untuk memperalatkan Baekhyun.
Sebab Narcissus tahu, apa kelemahan terbesar seorang Byun Baekhyun, dan yang pastinya dia dapat memanfaatkan situasi itu. Untuk menjadikan Baekhyun sebagai patung, melaksanakan apa sahaja yang dia arahkan.
Setiba di destinasi, Baekhyun berdiri di satu sudut lorong memerhatikan kawasan di keliling. Sambilan menunggu Taehyung yang sudah terlewat sepuluh minit dari waktu yang dijanjikan. Padahal Baekhyun sengaja melengah masa tadi, sebab Taehyung mengatakan yang dia sudah dalam perjalanan ke mari. Tidak mungkinlah lelaki itu belum sampai di sini.
Mula hilang kesabaran bila waktu bergerak laju, lima minit lagi sudah berlalu. Baekhyun menolak pipi dalam dengan menggunakan lidah, tanda yang dia mulai geram. Telefon dikeluarkan dan pantas dia mendail nombor Taehyung.
Panggilan pertama gagal bersambung.
Dia mencuba lagi, dan kali ini telinganya menangkap suatu bunyi deringan telefon berhampiran dengannya. Baekhyun membesarkan mata mencari-cari punca suara itu, sambil langkah dibuka satu persatu. Baru sahaja dia mendekati sebuah lorong kecil di depannya, tong sampah tiba-tiba terbalik ke jalan simen.
Langkahnya termati serta-merta, menanti siapa yang akan melangkah keluar dari situ. Sementara taliannya masih berhubung dan deringan itu masih berbunyi. Ada sesuatu yang aneh.
Bayang-bayang seseorang mula kelihatan, dan tidak lama kemudian sesosok tubuh berjalan keluar dari lorong kecil tersebut dalam keadaan yang terhoyong-hayang. Ke kiri ke kanan, seakan-akan tidak mampu menstabilkan dirinya.
Baekhyun mengamati wajah lelaki itu dalam samar-samar penglihatan. Semakin mendekat dia mula mengecamnya, dan dia juga baru menyedari yang Taehyung cedera teruk. Mulutnya memuntahkan darah sementara tangannya menekup perutnya yang masih terpacak pisau di situ.
Sepantasnya Baekhyun menyambut tubuh Taehyung apabila lelaki itu rebah dek kehilangan kudratnya. Mata Baekhyun terkedip-kedip masih mencuba menghadam situasi yang berlaku. Apabila Taehyung menggenggam bahunya, sedikit sebanyak dia mula kembali ke realiti.
Baekhyun menahan berat Taehyung yang semakin memberat kerana lelaki itu bergantung sepenuhnya pada dia. Akhirnya mereka berdua terduduk di atas jalan dengan Taehyung yang berada dalam dakapan, berbaring separuh di atas paha Baekhyun.
Seolah-olah kehilangan arah, semenjak tadi Baekhyun turut kehilangan kata-kata. Dia melihat sekelilingnya yang kosong, lalu pandangan dia talakan semula pada Taehyung yang mulai sukar untuk bernafas stabil dan mata mula tertutup.
“Tak, tak, Taehyung,” Baekhyun menggoncang tubuh Taehyung. “Jangan tidur, buka mata kau! Siapa yang serang kau hah, bagitahu aku!?”
Taehyung mencelik sedikit, termuntah darah lagi. Cubaannya untuk bercakap menjadi sukar bila mulutnya dipenuhi cecair itu. “D-dia—”
“Siapa, bagitahu aku siapa, Taehyung?” Gesa Baekhyun yang mulai gusar melihat keadaan Taehyung yang teruk. Jauh dalam sudut hatinya, terpalit kekesalan melibatkan Taehyung di dalam hal ini. Baekhyun turut membantu tangan Taehyung menekup luka di perut, sambil dia melihat sekeliling lagi. Mencari sesiapa sahaja yang dapat membantunya.
“Tolong! Sesiapa tolong!” Baekhyun menjerit kuat, sebelum kembali memandang wajah pucat Taehyung. “Taehyung bertahan!”
“B-Baekhyun,” Suara Taehyung tenggelam timbul menyeru. Matanya merenung redup ke dalam anak mata hazel Baekhyun, seseorang yang bergelar abang padanya. Seseorang yang mungkin dapat dia percayai. “T-tolong j-jagakan a-ayah, dia d-dalam ba-haya—”
“Taehyung? Taehyung?” Baekhyun menggerakkan bahu Taehyung, namun tiada respon. Dia mengalihkan lengan dari bawah kepala Taehyung, dan matanya membesar mendapati terdapat begitu banyak darah yang mengalir. Rupanya belakang lelaki itu cedera parah, dan dia tidak sedari itu.
Baekhyun mengetap bibirnya sambil tangannya menggenggam fabrik baju Taehyung.
“Taehyung!!”
Nombor telefon Junmyeon didail segera.
━━━━━━━━━━━━━━━
sebenarnya aku tak shabal auh mau tamatkan XD
YOU ARE READING
Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]
Mystery / Thriller[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. SILENT [S1], NEMESIS [S2] \ B.BAEKHYUN ❝ the main rules in this game is; stay silent ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/MYSTERY/THRILLER