“No one will understand what we've been through, darling.”
━━━━━━━━━━━━━━━
Byun Baekhyun berjalan dengan malas diiringi dengan dua pengawal di sisi, menuju ke ruangan khas yang disediakan untuk banduan bertemu dengan orang luar. Gari pada pergelangan tangannya dibuka sebelum dia melangkah masuk ke dalam ruangan tersebut. Namun terlihat sahaja gerangan yang melawatnya, dia mengeluh kasar lalu berpaling badan berura-ura mahu keluar semula.
“Baekhyun,” Taehyung segera memanggilnya, menyedari yang Baekhyun cuba mengelak dari bertemu dengan dia. “I've something to tell you, just listen to me this time, please.”
Baekhyun merengus perlahan, kepala yang tidak gatal digarunya. Mendecit kecil sebelum dia berpaling menghadap Taehyung. “Apa lagi yang kau mahukan, huh?”
“Hyung Joo dengan Gae Dok mati dibunuh.” Ucap Taehyung senafas. Matanya merenung ke dalam mata Baekhyun, mencuba menyampaikan apa yang bermain di dalam fikirannya melalui renungan itu.
Baekhyun mendengus kasar sebelum tersengih sinis. “Siapa sahaja yang tidak tahu pasal itu? Rasanya satu dunia tengok beritanya.”
“Iya semua orang tahu tentang hal itu, tapi aku yakin hanya kau seorang yang tahu jawapan di sebalik kejadian ini. Aku tahu, ada sesuatu yang bermain dalam fikirkan kau. Tolonglah aku, Baekhyun.”
Baekhyun menyerotkan bibirnya ke tepi masih berperang dengan mindanya, sama ada mahu menerima permintaan Taehyung atau menolaknya sahaja. Wajah merayu Taehyung ditenung lama sebelum dia melepaskan satu keluhan kasar. Dia bergerak ke meja perbincangan lantas melabuhkan punggung ke atas kerusi.
“Cepatlah cakap apa yang kau mahukan, aku mengantuk.” Ujar Baekhyun sambil mengesat kelopak mata, berpura-pura seperti tidak kisah. Tetapi jauh dalam hatinya, terbit perasaan kasihan dan simpati pada Taehyung. Pada orang yang dianggapnya hanya seorang budak yang naif dan lemah.
Taehyung tersenyum kecil, dia mengambil tempat di hadapan Baekhyun lalu beberapa keping gambar dikeluarkan dari sebalik kocek jaket denimnya. “Gambar ini diambil dari tempat kejadian pembunuhan Kang Gae Dok. Pembunuhnya, meninggalkan nota ringkas itu dengan menggunakan darah mangsa sendiri.”
Baekhyun melirik gambar-gambar yang disusunkan di atas permukaan meja. Bermula dari gambar yang memaparkan mayat Gae Dok yang tragis, keadaan dalam kereta, perkara-perkara aneh yang berada di sekeliling kawasan pembunuhan juga diambil sebagai bukti, juga termasuklah gambar yang menunjukkan suatu nota yang ditulis menggunakan darah pada cermin penumpang di belakang.
Dalam fikirannya mula mengakseskan sesuatu setelah melihat itu semua. Tidak mahu memperlihatkan ia terlalu ketara, Baekhyun mengeluh lalu menyilangkan tangan ke dada. Wajah dipamerkan seperti tidak berminat dengan kes ini. “Untuk apa? Untuk apa kau tunjukkan aku ini semua? Sedangkan kau sendiri adalah anggota polis.”
Taehyung menarik nafas dalam, badan dirapatkan ke hadapan sedikit. “Sebab semua ini, ada kaitannya dengan ayah, kan? Pembunuh itu menyasarkan ayah, kan?”
“I don't know, how can I know that?”
“Siapa nemesis? Siapa orang yang Jongin katakan pada kau haritu hmm?”
“Aish shi—” Baekhyun mengetap giginya. Berasa geram dipaksa dan ditolak sebegini. “Macam mana aku boleh tahu siapa dia sedangkan aku di dalam penjara hah?! Apa juga sebenarnya yang kau cuba korek dari aku? Kau tak akan dapat apa-apa jawapan dari aku. Mengapa tidak kau bertanya sendiri pada ayah kesayangan kau itu?!”
“Sebab aku tahu dia bersalah,” Taehyung merendahkan suaranya yang kedengaran bergetar. Wajah ditundukkan untuk memandang riba. “Hanya, aku tidak tahu hal yang berlaku. Aku cuba cari jawapan itu agar aku dapat membantu dia. Aku pasti dia ada alasan tersendiri.”
Baekhyun tertawa sinis. Kepala digelengkan dengan tidak percayanya dengan apa yang meluncur keluar dari mulut Taehyung. “Mengapa kau terlalu bodoh, Taehyung? Sampai segalanya terjadi depan mata kau pun, kau masih mahu membela dia?”
“Dia ayah aku,” Taehyung mengangkat wajahnya, mata terlihat berair dan memerah. “Dia juga adalah ayah kau. Ayah kita. Sudah semestinya aku membela dia.”
“Bersumpah untuk memberikan sepenuhnya kesetian pada rakyat, bangsa dan negara. Membantu yang memerlukan, dan menegakkan keadilan. Apa yang sudah terjadi pada sumpah janji kau sewaktu kau menjadi seorang anggota polis?” Baekhyun mengutarakan ujaran tersebut dengan begitu tenang sekali sehingga Taehyung terkelu lidah mendengarnya. “Meskipun aku bukan pegawai polis, aku lagi tahu tugas kau yang sebenarnya. Kerja aku dulu juga menegakkan keadilan, tetapi dengan cara memberontak. Kau tak rasa, yang nemesis itu juga melakukan hal yang sama. Mencari keadilan?”
Taehyung hanya tinggal diam, memandang ke dalam anak mata hazel Baekhyun yang kelihatan kosong. Dia mengepal penumbuk di bawah meja mencuba berlawan dengan kata hati dan fikirannya sendiri. Di satu sudut dia harus memikirkan tentang tugas dia yang sebetulnya adalah untuk menegakkan keadilan, sementara di sudut lainnya pula dia memikirkan tentang ayahnya. Tiada kata yang keluar dari bibir hanya keluhan halus yang kedengaran.
“Dengar sini Taehyung, semua yang berlaku ini dimulai oleh Kim Baekbeom. Dan ia tidak akan berakhir jika bukan dia sendiri yang hentikannya, akui dosa dia.”
Taehyung menahan sendu sehingga anak tekaknya terasa perit dan ketat, begitu juga dengan hidungnya. “Apa, sebegitu besar dosa yang dia lakukan?”
“Orang-orang ini, mereka hanya mahukan keadilan. Jongin berjuang untuk mencari sesuatu yang dirampas darinya suatu ketika dahulu. Dia ingin mengubah pandangan dunia terhadapnya, dia bukan pengganas itu, dia bukan pesalahnya. Dia mangsa keadaan. Orang-orang ini, hanya mencari jalan lain untuk membawa keadilan. Kau bukan hanya harus membuka mata, tapi hati kau juga.”
Baekhyun menepuk-nepuk bahu Taehyung, berura-ura bangkit dari duduk. “Aku tidak menyalahkan mendiang untuk apa yang berlaku, juga tidak menyalahkan nemesis. Kau hanya perlu pandang ke arah yang berlawanan, Kim Taehyung.”
Setelah itu dia bingkas bangun menghampiri pintu keluar apabila Taehyung menarik bahunya untuk berhadapan dengan dia semula. “Aku perlukan bantuan kau, Baekhyun. Bantu aku bawa keadilan ke muka dunia.”
“Aku bukan orang yang tepat untuk kau meminta pertolongan. Aku banduan, penjenayah, kau kena ingat itu.”
“Tapi orang yang paling teruk juga boleh berubah, kan?” Taehyung meyakinkan Baekhyun supaya menyertainya. “Aku akan kemukakan parole untuk kau keluar bersama dengan aku, atas alasan tertentu. Kau juga semestinya mahu menemui Yeonhwa kan? Doktor bagitahu aku, yang dia sudah mula menunjukkan sedikit pergerakan dan respon. Kali ini sahaja, aku meminta bantuan dari kau.”
Baekhyun mengeluh malas. “Kau ni, kau tahukah aku mahu berehat dengan tenang dalam sini? Yaishh budak ini.”
Taehyung menahan senyuman.
━━━━━━━━━━━━━━━
act aku tak yakin yang parole tu betul atau tidak sebab aku lupa lupa ingat apa ayat dia yang betul. btw function dia untuk memohon keluar dari penjara utk hal-hal yang tertentu juga dalam masa yang tertentu, tetapi harus berada dalam pengawasan polis. maafkan aku kalau silap eh ><
YOU ARE READING
Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]
Mystery / Thriller[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. SILENT [S1], NEMESIS [S2] \ B.BAEKHYUN ❝ the main rules in this game is; stay silent ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/MYSTERY/THRILLER