—people lie,
actions don't.━━━━━━━━━━━━━━━
“Macam mana kau boleh tahu yang aku ada di sini, ha?” Soal Baekhyun seraya menarik kolar baju lelaki itu dengan geram.
Lelaki itu menyelak hoodienya ke belakang, mendedahkan wajah sepenuhnya. Bukannya mahu terus menjawab pertanyaan itu, sebaliknya dia juga turut menarik kolar baju Baekhyun merapatkan kedudukan mereka berdua. Mata merenung ke dalam anak mata hazel milik Byun Baekhyun. Dia tahu apa yang Baekhyun ingin lakukan, dan ke situ untuk menghalang.
“Aku tanya kau, cuma apa yang kau mahu lakukan ini ha?! Kau tahu tindakan kau ini bodoh! Malahan hanya kita akan semakin diburu pihak polis!”
“Kau tak faham, dan tak akan pernah faham, Kyungsoo. Hal ini melibatkan nyawa dan keselamatan seseorang. Dan aku terpaksa melakukannya,” Balas Baekhyun dengan ketegasan dalam nada suaranya. Lengan Kyungsoo ditepis kasar. “Jangan halang aku.”
Baekhyun kembali mengintai di sebalik dinding, memerhati posisi Jung Kwon yang semakin menghampiri sambil menendang-nendang tong sampah berdekatan. Dengan itu, dia menarik nafas dalam sebelum menjeling Kyungsoo yang memandangnya dengan tidak percayanya.
Kyungsoo meraup wajahnya, berjalan ke hulu hilir. Acap kali dia memegang dahi juga bercekak pinggang hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia sedia tahu, dia tidak akan mampu untuk menghalang apa sahaja yang lelaki itu ingin lakukan. Baekhyun amat determine dalam apa jua yang dia rancangkan. Tapi Kyungsoo gusar, mahu juga menghentikan tindakan Baekhyun sebelum apa-apa terjadi.
“Baekhyun, tolonglah jangan buat benda bodoh ini. Kau ada aku, kau ada kami semua, kita boleh fikir jalan keluarnya bersama!” Ujar Kyungsoo lagi, dengan cara berbisik namun tegas dan menuntut.
Baekhyun berdiam beberapa ketika. Dalam otak dia membuat perhitungan waktu yang tersisa serta tempoh masa untuk Jung Kwon tiba di situ. Dalam masa yang sama, dia tidak boleh berhenti dari memikirkan situasi Yeonhwa yang seperti telur dihujung tanduk sekarang memandangkan waktu semakin hampir dipenghujung. Dia tidak mahu, apa miliknya disentuh oleh orang lain.
Dia tidak mahu mengambil risiko itu.
“Aku hanya ada cara ini.” Seusai dia berkata, seiring pengiraannya yang tepat, baru sahaja Jung Kwon mengjengah dirinya di situ Baekhyung langsung menembak kepalanya sebanyak dua kali. Tembus sehingga ke belakang, fatal Jung Kwon terbaring menyembah bumi. Mati serta merta.
Segalanya berlaku sekelip mata tanpa sempat Kyungsoo menjawab apa-apa, melihatkan itu dia lantas mengusutkan rambutnya sambil mendengus kasar. Tangan dia lekapkan pada dinding, kepala ditundukkan kebawah. Tekanan dia dengan tindakan terburu-buru Baekhyun.
“Bodohlah! Kau tak perlu pun bunuh dia! Dia cuma main-mainkan kaulah bodoh! Dia hanya mahu perangkap kita semua, kita sudah pernah kena sebelum ini, yang kau tak faham-faham lagi kenapa?!”
Berasa bengan dengan itu, Baekhyun bertindak menarik baju bahagian depan Kyungsoo lalu menumbuk pipi lelaki itu berkali-kali. “Dia akan rogol Yeonhwa kalau aku tak bunuh lelaki ini!! Kau tahu aku sendiri tak ada pilihan lain selain ini! Aku buat semua ini demi Yeonhwa semata-mata!! Kau fahamkah aku sendiri tidak diberikan pilihan lain!! Bodoh!” Sembur Baekhyun apabila barannya menjadi tidak terkawal. Selepas melepaskan beberapa tumbukkan, Kyungsoo didorong kuat sehingga terbaring ke belakang.
Baekhyun menjerit kuat penuh dengan frustasi. Abaikan Kyungsoo yang terlantar di situ, dia menghampiri badan mati milik Jung Kwon. Ada tugasan lain yang belum selesai, dan masa hanya bersisa lima minit sahaja lagi. Baekhyun melutut disebelah kepala lelaki tua tersebut, pisau yang diselipkan di sebalik jaket di keluarkan.
“Rest in peace.”
Ucap Baekhyun perlahan sebelum rambut Jung Kwon diramas kuat. Pisau belati dibenam pada leher, digeserkan dengan kasar sehingga membelah kerongkongan Jung Kwon. Memutuskan antara badan dan kepalanya, Baekhyun mengangatkan kepalanya dengan selamba lalu dimasukkan ke dalam plastik hitam yang dia sediakan.
Telefon dikeluarkan untuk membuat panggilan, sempat dia menoleh ke belakang melihat Kyungsoo yang termuntah selepas menyaksikan pembunuhan tragis itu di depan matanya. Dia tidak menduga yang Baekhyun bakal melakukan hal senekad itu.
“Aku sudah dapatkan apa yang kau mahukan. Di mana aku patut menghantarnya?” Tanya Baekhyun langsung tanpa berbasa-basi selepas panggilan terjawab.
Suara di hujung talian tergelak besar. “Wow Black, just wow. Two minutes remaining and you make it. Jung Kwon sudah mati, tiada apa yang menggembirakan aku dari berita ini. Yeonhwa kau terselamat kali ini, tahniah.”
Byun Baekhyun mengekalkan ketenangan, jauh di dalam hati dia berasa lega yang amat. “Hanya bagitahu, di mana benda ini perlu dihantar. Aku tidak mahu membuang masa.”
“Buang kepala dia ke dalam sungai Han, dan badan dia bakar di dalam kereta miliknya. Aku mahu kematian dia menjadi hangat di paparan berita menjelang esok. Aku mahu satu dunia tahu, yang Jung Kwon mati dengan tragiknya.”
Mendengar itu, Baekhyun memejamkan matanya menahan seribu satu emosi yang menggoncang sekalian jiwanya meronta. Ingin melepaskan sesuatu yang terpendam, dendam di dalam diri semakin menebal.
“Kenapa kau paksa aku buat semua ini? Siapa kau sebenarnya?”
“Sebab kau ada sesuatu yang aku tidak ada. Sesuatu yang dapat kau perjuangkan. Dan aku manfaatkan itu, untuk menebus dendam atas kehilangan sesuatu milik aku suatu ketika dahulu. Yang dirampas dari aku tanpa simpati.”
Dendam di dalam dendam, dia adalah Tuhan Kedendaman.
Nemesis.
━━━━━━━━━━━━━━━
-nyctophillia dont forget ur promise haaaa hahhaha //moji monyet tutup muka// XD
YOU ARE READING
Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]
Mystery / Thriller[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. SILENT [S1], NEMESIS [S2] \ B.BAEKHYUN ❝ the main rules in this game is; stay silent ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/MYSTERY/THRILLER