N1-SINS

153 37 16
                                    

“Why people killed other people? But then again, why other people can't kill people?”

━━━━━━━━━━━━━━━

Kim Baekbeom mengambil tempat di hadapan Baekyun melihatkan lelaki itu sudah lebih awal menunggunya di situ. Dengan diawasi oleh beberapa orang pengawal yang bertugas, Baekbeom meminta agar mereka berdua ditinggalkan di ruangan itu untuk beberapa minit. Pengawal-pengawal tersebut akur, dan mula bergerak ke luar meninggalkan Baekbeom dan Baekhyun di dalam.

Baekhyun yang semenjak tadi menunduk dan berdiam kini mengangkat wajahnya untuk bertentang mata dengan insan bergelar ayahnya. “Kau penipu.”

“B-Baekhyun,” Baekbeom terkelu lidah setelah mendengar dua patah perkataan yang meluncur keluar dari celahan bibir Baekhyun. “Ini bukan seperti yang kamu fikirkan.”

“Bukan apa yang aku fikirkan, habis itu apa?! Aku berjanji akan menyerah diri sebagai seorang pengganas, pembunuh yang paling dikehendaki. Sebagai gantinya kau lepaskan dan bersihkan nama kawan-kawan aku. Dan Kim Jongin salah satunya kau tahu. Sekalipun dia sakit mental, dia tak seharusnya dibunuh. Aku, aku yang patut mati! Itu janji kau!” Terang Baekhyun lagi, tanpa memberikan kesempatan untuk Baekbeom bersuara.

Baekbeom menggigit bibir, nafas ditarik dalam sebelum dia mendekatkan diri sedikit ke meja. “Kim Jongin, sememangnya adalah pembunuh yang dicari-cari selama ini. Bukan hanya sekadar serkap jarang sahaja. Ditambah lagi dengan kes yang baru-baru ini terjadi. Semua bukti yang terkumpul menuduh padanya. Sedangkan kamu dan isteri kamu juga adalah mangsa, dan kamu masih mempertahankan dia?”

Baekhyun menggelengkan kepala. Wajahnya yang tegang tadi mulai mengendur sedikit. Dia tersengih kecil sebelum menyandarkan belakang badannya. “Tak, kau yang manfaatkan situasinya sekarang ini. Jika diikutkan boleh sahaja kau mengatakan yang aku juga adalah salah satu dari dalang pembunuhan bersiri ini, bersama-sama Jongin. Tapi tidak, kau meletakkan aku di bawah senarai mangsa bukannya suspek. Kenapa? Aku tertanya-tanya, kenapa Kim Baekbeom?”

“Sebab ini kenyataannya Byun Baekhyun, kamu hanyalah mangsa manipulasi Jongin. Kamu membunuh atas arahan dia semata-mata untuk menyelamatkan isteri kamu.”

“Oh iya, apa kau lupa yang kerja aku sebenarnya adalah seorang pembunuh upahan? Hm?” Balas sarkastik Baekhyun membuatkan Baekbeom terkelu lidah sekali lagi.

“Untuk itu, akan ada hukumannya. Dan untuk kes Jongin, a-ayah ada sebab yang kukuh mengapa melakukannya begitu.”

Baekhyun tergelak sinis. Kepala digaru dengan kasar sebelum dia juga turut merapatkan dirinya ke meja. “Sebab apa? Sebab kenyataan yang aku adalah anak kandung kau? Kau melakukan semua ini untuk bantu aku, begitu? Ayah? Wah, kau menyalahgunakan kuasa kau lagi ya Tuan Kim Baekbeom.”

“Byun Baekhyun!” Nada suara Baekbeom meningkat seoktaf bila sahaja dia menepuk permukaan meja dengan kuat. Matanya terlihat memerah dan berair menahan gelora melanda di jiwa. “Aku memandang kau tidak lebih dari seorang banduan yang seharusnya dihapuskan segera. Kerana dengan wujudnya orang seperti kau, dunia akan berada di dalam ketakutan. Jangan menganggap yang aku melakukan ini hanya demi membantu kau! Tidak sama sekali.”

Baekhyun mengemam bibir. Memandang selamba wajah Baekbeom yang berkerut menahan amarah. Tidak lama kemudian bibir terbit satu senyuman nipis. “Wujudnya orang seperti aku, itu kerana orang seperti kau. Dunia di dalam ketakutan, dunia mana yang kau maksudkan? Kerana apa yang aku tahu dunia aku dipenuhi dengan perasaan dendam, sakit hati, dan kebencian.”

“Jika begitu, biar aku teka lagi Tuan Baekbeom. Kau melakukannya semata-mata untuk diri kau. Untuk menyelamatkan diri kau, kan? Am I right?” Sambung Baekhyun lagi yang membuatkan tubuh Baekbeom ke belakang sedikit tanda terpempan dengan ujaran itu. “Admit your sins, Baekbeom.

“A-aa. .” Mulut terkumat-kamit ingin sahaja mengatakan sesuatu namun kecamuk yang berlangsung di dalam kotak fikirannya membataskan segala-galanya. Hasilnya dia tidak menemui sebarang ayat yang sesuai untuk diutarakan. “Tugas sebagai seorang anggota polis bukan hanya memberkas, memburu, menghukum penjenayah. Tetapi menyelamatkan nyawa orang awam juga adalah keutamaan. Dan setiap keputusan dan arahan yang s-saya keluarkan, adalah demi kebaikan semua. Kamu tak akan pernah faham.”

Baekhyun mengangguk. Tangan dilipat ke dada bila dia bersandar semula dan merenung anak mata Baekbeom. “Iya aku tak akan pernah faham, tapi aku cuba fahaminya. Bukan fahami hidup seorang Pegawai Tinggi Tuan Kim Baekbeom, tetapi seorang bekas pegawai polis Inspektor Kim Jongin. Dan dari apa yang aku ketahui, kau mendapat peluang itu tapi kau mensia-siakannya. Peluang untuk menyelamatkan nyawa orang-orang yang seharusnya kau selamatkan.”

“Hal itu—”

Belum sempat Baekbeom meneruskan kata-katanya, Baekhyun tiba-tiba berdiri yang membuat lelaki itu terdiam. “Aku cuma mahu ingatkan kau, yang sepandai mana kau menyembunyikan mayat akhirnya berbau juga. Aku tidak memandang kau lebih dari seorang Ketua Polis yang pathetic, dan aku bukan membantu kau. Tapi Jongin, dia tak akan hentikan perjuangan dia begitu sahaja.”

“Apa maksud kamu? Apa yang dia katakan pada kanu tempoh hari hah?!”

Mengabaikan pertanyaan itu, Baekhyun terus bergerak ke muka pintu dan menggoncang pagar sel bagi menarik perhatian pengawal-pengawal di luar. “Tolong bawa aku ke sel aku semula. Aku sudah tidak ada urusan dengan lelaki tua ini!”

Baekbeom melepaskan helaan nafas berat. Tangan yang menggeletar mengepam penumbuk bila telapak tangan terasa kebas dan lembab dengan peluh dingin.

━━━━━━━━━━━━━━━

tips for nemesis, think relevant :)

Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now