—the gods of revenge named nemesis. And theres me who full with revenge, then who am I?
━━━━━━━━━━━━━━━
Paparan laman web dibuka, mencari isu hangat yang dilaporkan pada hari ini. Di dalam hati, perasaan itu sukar untuk diluahkan. Tiada sebarang kata yang mampu menzahirkan rasa puasnya selepas mengetahui yang Jung Kwon sudah mati. Yang lebih utamanya, mati di tangan Byun Baekhyun.
Dia tertawa besar.
Ah, tiada apa yang lebih menggembirakan dari ini.
Seperti kau mendapat sesuatu yang benar-benar kau inginkan selama ini. Tanpa putus meminta pada setiap hari agar ia menjadi kenyataan. Begitu umpamanya.
Jung Kwon ditemui rentung di dalam kereta beliau. Setelah dikeluarkan mayatnya, didapati kepala Jung Kwon terputus dari badan dan ia masih dalam pencarian. Kes dilaporkan adalah kes bunuh. Pihak polis masih menyiasat punca dan motif pembunuhan.
Akibat terlalu melayan emosi, tanpa dia sedari matanya berair sementara tangannya menggeletar tatkala kotak fikirannya teringat akan seseorang. Seseorang yang menyebabkan dia menjadi seperti yang sekarang ini. Dirinya dipenuhi dengan dendam.
Dan api dendam itu tidak akan pernah padam selagi setiap satu mangsanya mati di depan matanya.
Darah harus dibayar dengan darah. Kematian harus dibayar dengan kematian. Jika mereka boleh menarik nyawa seseorang tanpa belas kasihan dan simpati, mengapa tidak dia? Jika mereka menjadi seseorang yang pengecut menyembunyikan kematian itu, sebaliknya dia ingin dengan beraninya mempamer pada dunia. Apa yang sudah dia lakukan.
Biar semua mangsanya mula menggeletar ketakutan, mengetahui yang mimpi ngeri mereka semakin menghampiri. Ia akan menghantui jiwa-jiwa mereka sehingga mereka dengan sendirinya merelakan nyawa mereka dicabut.
Iya, itu yang dia mahukan.
Mahukan mereka semua itu, yang dia gelarkan sebagai binatang, melutut merayu padanya agar mengasihani mereka. Mahukan agar dia segera menamatkan sahaja riwayat mereka. Dia mahu menyiksa setiap satunya, memberikan mereka rasa sakit itu berjuta kali sakitnya dengan apa yang dia telah lalui.
Dia hanya mahukan keadilan. Dia mahukan satu dunia tahu, yang sebenarnya pendosa adalah kalangan mereka bukannya dia. Dia mahu membuka mata dunia yang sebenarnya teraniaya adalah dia. Dia melakukan itu semua, semata-mata ingin menuntut keadilan, menuntut haknya yang dirampas darinya suatu ketika dahulu.
Tidak lama kemudian, dia mengusap air mata yang membasahi pipi dengan lengan baju selepas mendengar dengusan perlahan seorang gadis.
Kepala dia tolehkan untuk melihat Yeonhwa yang mulai sedar. Tubuh lemah yang terbaring di atas meja itu ditatap dari hujung kepala sehingga kehujung kaki. Terbit satu perasaan simpati di sudut benak hatinya terdalam. Dia bukannya binatang yang tidak berperasaan, dia masih seorang manusia.
Dan melihatkan keadaan Yeonhwa, dia terimbas akan wajah seseorang. Disebabkan itulah dia tidak sanggup membiarkan gadis itu, meskipun ia adalah dia yang mencederakannya. Namun dia juga yang merawat segala luka yang dia hasilkan.
“Kau sudah sedar?” Soalnya tanpa memandang wajah Yeonhwa, mata terarah pada telefon apabila dia menghubungi Baekhyun. “Sebab dia berjaya laksanakan misi, aku bagi dia kesempatan untuk bercakap dengan kau.”
Yeonhwa memandang lelaki itu dengan tidak percayanya. Dahinya berkerut seribu. Kenapa lelaki ini seperti bipolar? “L-lepaskan saya.”
“Tidak semudah itu, Im Yeonhwa. Misi aku belum selesai jadi aku tak akan lepaskan kau. Sebab kau adalah kunci untuk aku pergunakan Byun Baekhyun.”
Selepas panggilan terjawab, telefon diletak dalam loud speaker. Yeonhwa memejamkan matanya yang dipenuhi dengan cecair jernih setelah mendengar suara serak basah milik Baekhyun. Hatinya dipagut rasa pilu, rindu.
“Black, aku beri kau masa tiga minit untuk bercakap dengan Yeonhwa. Manfaatkannya.” Usai berkata, telefon didekatkan pada Yeonhwa.
Dengan bibir yang menggeletar, dia berusaha untuk mengeluarkan suara yang bagaikan tersangkut di tekak. Tekak rasa kering yang amat.
“Yeonhwa? Yeonhwa jawab, kau okay?”
“S-saya o-kay.”
“Yeon, aku akan selamatkan kau. Hanya bertahan, bertahan untuk aku. Aku akan datang pada kau.”
Yeonhwa menahan getaran bibirnya, sendu ditahan sebaiknya. “Baekhyun, biar saya mati sahaja. Jangan lakukan apa yang dia arahkan.”
Papp!
Pipi Yeonhwa lantas ditampar kuat sehingga kesan luka tepi bibirnya kembali berdarah. Terdiam lantas Yeonhwa tanpa mampu bersuara lagi. Berpinar rasanya.
“Yeonhwa!! Yeon!!” Baekhyun menjerit di hujung talian. Dia dengar apa yang penculik ini lakukan ke atas Yeonhwa. “Aku cakap jangan sentuh dia, kan!! Syaitan!!”
Balasan yang terima pasif, penculik ini seperti biasa hanya tertawa besar mendengar ayat-ayat makian yang keluar dari mulut Baekhyun. Dia suka mendengar tekanan itu.
“Misi kau yang ketiga, Black. Dengar baik-baik kerana aku hanya akan mengatakannya sekali ini sahaja,” Bibir tersungging senyuman sinis. “Aku mahu kau bunuh salah satu ahli pasukan kau. Nama dia, Kim Jongin.”
Sebaik sahaja dia mengatakan itu, talian langsung diputuskan. Telefon dilempar ke atas meja sebelum tawanya pecah sekali lagi. Rambut yang serabai dikuakkan ke belakang.
Perlahan Yeonhwa menoleh ke tepi untuk melihat wajah penculik itu. Matanya yang kuyu merenung ke dalam anak mata gelap lelaki tersebut.
“K-kenapa awak buat semua ini, hm?”
“Kau tahu kenapa, Im Yeonhwa.”
Yeonhwa terdiam.
━━━━━━━━━━━━━━━
*smirk* apa yg anda teka?
YOU ARE READING
Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]
Mystère / Thriller[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. SILENT [S1], NEMESIS [S2] \ B.BAEKHYUN ❝ the main rules in this game is; stay silent ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/MYSTERY/THRILLER