—don't be afraid, love is the way.
━━━━━━━━━━━━━━━
Byun Baekhyun meraup wajahnya berulang kali semata-mata untuk membuang segala yang bermain di dalam fikirannya. Amat sukar untuk dia memfokus pada tugasnya sekarang apabila mindanya asyik berlegar-legar semua bayangan-bayangan kemungkinan tentang keadaan Yeonhwa sekarang. Seksaan yang gadis itu lalui, semua itu bermain dalam fikirannya sehingga susah untuk dia menumpukan perhatian.
Bahunya ditepuk perlahan oleh Chanyeol, memberikan dia isyarat supaya bersedia. Selepas berjaya menenangkan dirinya, Baekhyun mula bergerak menyelinap dengan perlahan melalui koridor bangunan itu. Sepanjang jalan di situ terlihat kosong dan sunyi, tetapi apabila tiba di tingkat sasaran, mereka berdua terkejut melihatkan beberapa penjaga berada di situ.
Mengundurkan langkah, Baekhyun dan Chanyeol berselindung di sebalik dinding. Nafas mereka naik turun laju, dalam fikiran tidak habis fikir bagaimana mereka boleh tersilap membuat perkiraan.
Chanyeol berhubung melalui bluetooth earpiece dengan ahli pasukan lain yang berkawal di luar bangunan, Jongin dan Sehun. “Beast to Red, kawasan tak clear. Maklumat yang kita dapat tak betul rasanya.”
“Tak, mereka sudah ubah jadual tugas berkawal mereka. Waktu pertukaran sudah berubah dan kita tak dapat updatenya,” Balas Red, iaitu Jongin di corong speaker kedengaran. “Beast, kau undur semula dan kepung dari arah pukul sembilan tempat sasaran.”
Byun Baekhyun terus memerhatikan sekeliling sejurus mendapat arahan Red itu. Laluan kecemasan yang dimaksudkan terlihat kosong dan gelap sama juga seperti laluan yang mereka ambil sekarang ini. Dalam hatinya berkata lain, ada sesuatu yang tidak kena dengan misi mereka kali ini. Dan dalam perkiraannya, jika Chanyeol berpatah semula dan menunggu untuk lelaki itu bergerak melalui laluan yang diarahkan, masa yang diambil bahkan menjadi semakin panjang.
Sementara dia semakin kekurangan masa.
Jam tangan dikerling sekilas, lapan minit sudah berlalu dan dia semakin menggelabah. Terasa seperti sedang dipermainkan, tetapi dalam masa yang sama dia harus memikirkan tentang Yeonhwa. Melihatkan Chanyeol yang mula membuka langkah berundur, membuat Baekhyun semakin di dalam dilema. Dua puluh minit yang diberikan untuk dia menentukan nasib yang akan Yeonhwa terima.
Ini bukannya hanya permainan biasa, ia berkaitan nyawa.
Permainan penentu kematian, nyawa siapa yang patut dicabut demi menyelamatkan nyawa insan yang dia cintai. Dan semua berkisar waktu, dan masa yang dia ada semakin sedikit.
Baekhyun memejamkan matanya, menarik semangat dalam dirinya untuk memikirkan jalan keluar untuk masalah itu. Setelah mata tercelik semula, dia mengintai dari sebalik dinding bagi menyusun strategi serangan. Kelihatan ada tiga orang lelaki berbadan tegap berbaju hitam sedang berlegar di depan pintu bilik yang menempatkan target. Jika dia terus menyerang menggunakan senjata api, itu bahkan hanya menarik perhatian penjaga yang lain. Dan juga sasaran di dalam pasti akan mencuba untuk melarikan diri.
Jika berbalik pada strategi asal, Chanyeol pula sudah bergerak mengikut pelan yang baharu. Serabut, gelabah. Persetankan semua itu, Baekhyun nekad untuk maju sendiri. Siapa tahu mungkin penculik tersebut sebenarnya ada bersama dengan target di dalam?
Baekhyun menarik nafas dalam, baru sahaja dia ingin membuka langkah bila terdengar jeritan Chanyeol melalui bluetooth earpiece yang tersemat pada telinga. Tidak jelas, dan terputus-putus.
“Beast?” Baekhyun menyeru tegas. “Beast status? Beast?”
“Bl-lack.” Suara Chanyeol tenggelam timbul menyebabkan Baekhyun semakin mengundur ke belakang. Lari dari pelannya.
“Red! Sheep! Apa yang berlaku?”
“Signal Beast semakin lemah. Dia kena serang.”
Baekhyun menggigit bibirnya dengan geram. Sesak dengan pilihan yang perlu dia pilih. Sasarannya semakin dekat, namun tidak mungkin dia akan membiarkan rakan sepasukannya diserang tanpa bantuan. Hawk, Eagle dengan Slayer berada di sisi sebelah bangunan, tidak mungkin secepat itu mereka berpatah ke situ. Lagipula itu bakal menghancurkan pelan mereka. Jadi mahu tidak mahu, Baekhyun terpaksa akur.
“Aku on the way for backup,” Baekhyun berlari pantas namun senyap. Sepantas yang termampu menuju ke laluan kecemasan yang Chanyeol ambil tadi.
Berasa tidak sedap hati dengan yang berlaku, Jongin juga ingin turut turun untuk memberikan bantuan. Meletakkan sepenuhnya pemerhatian di bawah Yixing. Sebaik memboloskan diri dari van, Jongin secara senyap menyelinap masuk ke dalam bangunan tersebut.
“Red, in. Eagle, Hawk and Slayer keep on with plan A. Double B combine with Red.” Sheep memberitahu status terkini posisi dan kedudukan mereka.
Pistol ditalakan ke hadapan untuk segala kemungkinan yang akan terjadi, Baekhyun berjalan perlahan memasuki ruangan yang agak suram itu. Dari kejauhan dia dapat melihat sekujur tubuh sedang terbaring di atas lantai. Dia segera bergerak menghampiri untuk memeriksa keadaan Chanyeol. Berdasarkan gerak hatinya, dia merasakan ada seseorang berada di belakangnya jadi sepantasnya dia berpaling untuk melepaskan tembakan namun sekelip mata tangannya dia hempuk dengan kayu jadi pistol yang berada di tangan terlempar jauh.
Baekhyun pula ditendang dadanya sehingga dia terbaring ke belakang. Lelaki berbadan besar itu tertawa besar sebelum menghayun-hayunkan kayu pemukul yang berada di tangannya.
“Shit!”
Baekhyun segera bingkas menahan senak dadanya, lalu mencuba untuk melawan mempertahankan diri. Apabila kayu dilibas ke arah kepalanya, dia tunduk lalu perut lelaki itu ditolak menggunakan bahu sehingga tersandar di dinding. Kesempatan itu diambil untuk dia melepaskan beberapa tumbukkan. Kayu tadi ditendang jatuh, lalu Baekhyun menaikkan kakinya separas muka lelaki tersebut untuk menghadiahkan tendangan di muka.
Tapi sialnya, lelaki itu tidak terkesan langsung dengan serangan Baekhyun. Sebaliknya dia mendorong Baekhyun ke belakang lalu menendang perutnya. Bila Baekhyun tertunduk sedikit, lelaki itu pantas menyepak mukanya pula sehingga dia terpelanting ke belakang. Jatuh terbaring di atas lantai. Disebabkan sakit yang dialami dan kepenatan membuat serangan tadi, Baekhyun semakin kekurangan tenaga.
Oleh itu, dia mengambil masa yang agak lama untuk menstabilkan pernafasannya. Lelaki tadi mengangkat pistol lalu ditalakan pada kepala Chanyeol. Nafas bertambah menderu laju melihatkan situasi itu, memaksa dirinya untuk bangun. Picu pistol hampir ditarik, tetapi Jongin lebih cepat bertindak.
Dari jauh dia berlari sambil mengeluarkan pisau berbentuk sabit kecil dari belakang seluarnya. Tubuh besar lelaki itu dipanjat dari belakang lantas lehernya dikelar dengan sekali tarik membelah kerongkongannya. Terkocoh-kocoh lelaki tersebut menahan leher yang semakin membanjirkan darah. Pergerakannya semakin tidak stabil lalu dia terbaring ke lantai, menggelupur sehingga mati.
Byun Baekhyun merebahkan kepalanya semula ke lantai lalu memejamkan mata. Berasa lega.
Jongin menghembus nafas berat, mujur dia tiba tepat pada masanya. “Kau okay tak, Black?” Soalnya yang hanya mendapat anggukan dari Baekhyun. Keadaan Chanyeol diperiksa, dan lelaki itu pengsan kerana mendapat pukulan yang kuat pada belakang leher.
Apabila keadaan menjadi reda, Eagle bersuara memecahkan keheningan suasana.
“Guys, target is down before we make it.”
Mata Baekhyun lantas terbelalak besar mendengarnya.
━━━━━━━━━━━━━━━
fast question; kalau korang Baek mesti korang patah balik cari Chan kan? kawan kut :)
YOU ARE READING
Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]
Mystery / Thriller[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. SILENT [S1], NEMESIS [S2] \ B.BAEKHYUN ❝ the main rules in this game is; stay silent ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/MYSTERY/THRILLER