iv. SCARS

229 45 6
                                    

let me out of my own thought, my own hell.

━━━━━━━━━━━━━━━

Pipi ditepuk perlahan supaya menyedarkan dia dari lena. Melihat seraut wajah lesu itu, Chanyeol menggelengkan kepalanya tanda simpati pada apa yang berlaku pada kawannya itu. Tapi dia sendiri tidak dapat berbuat apa untuk membantu kawan sepasukannya itu. Dia sendiri buntu.

Sudahlah sofa yang tersedia kecil, menjadikan badan Baekhyun mengecil kerana mencuba memuatkan dirinya seadanya di situ. Disuruh pulang sahaja ke rumah, memang tidaklah dia akan menurut. Hatinya sudah tawar untuk ke rumah, mungkin hanya untuk mandi dan bertukar pakaian sahaja. Menetap itu tidak mungkin, melainkan sekiranya jika dia sudah berjaya mendapatkan Yeonhwa.

Kerana cubaannya untuk mengejutkan Baekhyun masih tidak berjaya, Chanyeol menepuk sedikit kuat pipi Baekhyun yang menyebabkan lelaki itu tersentak kaget. Hampir sahaja muka Chanyeol menjadi sasaran lepasan tumbukkan jika bukan kerana tindak balas dia mengelak dengan pantas.

“Wo dude,” Chanyeol mengundur ke belakang dengan mata yang terbuntang. Tangan ditalakan ke depan sebagai benteng pertahanan kalau-kalau Baekhyun masih mamai dan memukulnya. “Chill, its me. Mimpi hantu ka apa sampai terbawa-bawa scene bertumbuk?”

Menyedari keadaan sekeliling, Baekhyun melepaskan keluhan berat sebelum meraup wajahnya dengan kasar. Jangan ditanya lagi apa mimpi yang dia alami, tentu sahaja berkaitan dengan Yeonhwa. Sedetik pernah dia terfikir, mungkin sahaja apa yang berlaku ke atas Yeonhwa sekarang adalah karma bagi dirinya. Kerana dia memilih kerja sebagai pembunuh upahan. Dan sekarang gadis itu dihukum atas dosa dan kesilapannya.

Sekali lagi keluhan meluncur keluar dari celahan bibirnya yang kering dan pucat. “Semua sudah datang ke mari?” Soal Baekhyun menukar topik. Tidak berasa hendak berkongsi apa-apa dengan sesiapa sahaja di waktu ini.

“Belum, baru aku dengan Sehun yang sampai sebab kami ada hal yang mahu dibincangkan soal misi terbaru kita,” Jawab Chanyeol lancar. Melabuhkan punggung ke atas sofa bersebelahan Baekhyun selepas lelaki itu bangkit dari pembaringan. “Kau pula macam mana?”

Dahi dikerutkan, menjeling Chanyeol dari hujung mata. “Apa yang macam mana?”

“Iyalah, kau okay tak? Untuk mission kita yang akan datang. Oh fyi, aku backup kau untuk sneak peek nanti kita in sama-sama, double B.”

Baekhyun hanya menganggukkan kepala tanda mengerti dan akur dengan apa sahaja yang dijadualkan untuk dia lakukan. Dia sememangnya bersifat begitu, seperti tidak kisah dan ambil tahu tentang apa yang dia katakan. Namun dalam otak dia sudah memasang sasaran sesuai dengan yang diarahkan. Selalunya untuk sneak peek, ataupun bahasa mudahnya misi untuk menyelinap masuk ke dalam tempat sasaran, dia melakukannya sendiri. Hanya berbantukan pandu arah dari Red, Eagle, dan Sheep. Beast dan Slayer pula adalah pelaksana backup plan jika ada masalah, sementara Hawk adalah pemerhati dan penyiasat misi. Begitulah tugas mereka masing-masing dalam team.

“Aku okay. Hawk dengan Red sudah sediakan pelan ke belum?”

Chanyeol angguk laju. “Sudah, sasaran kita kali ini Chairman Jong. Katanya syarikat dia kotor, jadi klien kita minta tolong bersihkan. Kau tahu apa kegiatan dia di sebalik penubuhan rumah kebajikannya?”

Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now