—even the beautiful moon has a dark side.
━━━━━━━━━━━━━━━
Byun Baekhyun terus bingkas bangun dan berlari sekuat hatinya, mengendahkan rasa sakit pada perut dan dadanya selepas perkelahian tadi. Terus berlari pergi ke bilik di mana target mereka berada. Di kaki lima koridor tadi, sudah terlihat pengawal yang berjaga sudah tumbang terbaring di atas lantai. Sebaik sahaja dia memasuki bilik tersebut, matanya membuntang lebar melihat sekujur tubuh yang terbaring di lantai dengan kepala yang bocor dibanjiri darah kerana tembakan tepat di sisi kepala.
Baekhyun terkaku seketika, bukan kerana terkejut dengan keadaan itu. Bahkan dia sudah pernah melihat dan melakukan pembunuhan yang lebih dari ini, cuma mindanya tidak boleh berhenti dari memikirkan apa yang akan terjadi pada Yeonhwa.
Dia gagal melaksanakan arahan.
Kelihatan Kyungsoo baru selesai membuat pemerhatian di setiap sudut ruangan tersebut, lantas dia memandang Junmyeon, Sehun dan Baekhyun. Wajahnya tampak seperti berasa aneh dengan yang berlaku, ada perkiraan yang dibuat di dalam minda. Semuanya terasa ralat. Baekhyun yang dapat membaca air muka seseorang dengan baik, dengan mudah dapat meneka ada sesuatu yang tidak kena.
“Hawk?” Seru Baekhyun, menyedarkan Kyungsoo dari bermain fakta di dalam otak. Memberikan pandangan yang menuntut, Kyungsoo mengemam bibir sebelum membuka bicara.
“Aneh,” Ujar lelaki bermata besar itu sepatah. Namun berjaya menarik perhatian setiap satu mereka di situ. Jongin pula baru tiba di situ sambil memapah Chanyeol. “Darah dia sudah membeku dan sejuk, kira-kira dia sudah mati dalam setengah jam yang lalu. Dari kesan tembakan, aku syak dia ditembak dari jarak yang dekat.”
Baekhyun mengepal penumbuk padu, berasa seperti diperbodoh-bodohkan. Konspirasi apakah ini.
“Dan setelah aku periksa,” Kyungsoo menunding pada rak buku di belakang kerusi mangsa. “Ada sepucuk pistol yang tersembunyi di situ, perangkap. Sebaik sahaja mangsa duduk di kerusi ini, dawai seni yang dipasang putus dan picu secara automatik akan terlepas. Pistol itu dipasang silencer, jadi tiada sesiapa akan perasan. Dan yang aku paling kagum, pemasang perangkap ini sangat teliti. Seakan-akan dia tahu yang kedudukan mangsa sepertimana dan perangkap dia tak akan gagal. Dan yang paling penting,”
Fokus mereka semua kini terarah pada Kyungsoo sahaja. Mendengar setiap satu penjelasan yang meluncur dari mulut Kyungsoo.
“Kita juga diperangkap.”
Beberapa minit selepas itu, kedengaran bunyi siren polis di luar bangunan. Sementara isyarat yang menghubungkan mereka dengan Yixing juga terputus. Tiada langsung perkembangan status keadaan di luar bangunan dari Yixing, sepertinya lelaki itu sudah diberkas.
Mata lantas terbuka seluasnya. Terkejut dengan apa yang terjadi, semuanya berlaku dalam sekelip mata. Mereka hanya diperbodohkan semata-mata kali ini. Dan kali ini, mereka tewas. Mereka ditipu mentah-mentah.
“Keluar.” Junmyeon memberi arahan. Baru sahaja mereka membuka langkah bila kehadiran pihak polis di luar kawasan koridor mengejutkan mereka sekali lagi.
Yang sebenarnya, mereka sudah dikepung. Terperangkap di situ. Mereka tidak mempunyai sebarang pelan untuk menyelamatkan diri, hal itu kerana kegiatan mereka tidak pernah langsung dihidu oleh pihak polis. Sekali lagi, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain mengangkat tangan tanda menyerah.
YOU ARE READING
Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]
Mystery / Thriller[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. SILENT [S1], NEMESIS [S2] \ B.BAEKHYUN ❝ the main rules in this game is; stay silent ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/MYSTERY/THRILLER