—she wanted to fix him
he wanted to break her.━━━━━━━━━━━━━━━
Second Task.
I want Chief Deputy Jung's head, bring it to me.Kertas itu dironyokkan, tidak berpuas hati dengan itu dia mengoyakkan ia menjadi serpihan-serpihan kecil. Bengang, benci, segala perasaan bercampur aduk sehingga seluruh wajahnya terasa membahang panas akibat celaru emosi.
Penumbuk dilepaskan di atas permukaan meja berkali-kali bagi menghamburkan kecamuk emosi yang membelenggu. Baekhyun menjerit perlahan sambil mengusutkan rambutnya. Stress. Tertekan.
Fail lampiran biodata mangsa yang dikehendaki untuk dia membunuhnya dibuka dengan keterpaksaan. Byun Baekhyun, sememangnya adalah seorang pembunuh upahan, dan kerjanya adalah membunuh semata-mata untuk mendapatkan habuan. Bukan membunuh untuk suka-suka, baginya semua itu adalah kerjayanya. Menamatkan riwayat seseorang memang mudah bagi seorang yang profesional sepertinya.
Ia hanya kerjaya, bukan keinginan semata-mata. Bukan keghairahannya, ia berbeza.
Namun situasi yang di hadapi kali ini sangat-sangat mencabar pendiriannya. Apa yang berlaku memaksanya untuk membunuh, mencabut nyawa seseorang demi keselamatan orang yang dia sayangi. Ini bukan satu bahan jenaka, dia ketahui itu. Kerana itulah dia tidak mahu terleka walau sesaat sekalipun. Melakukan apa sahaja kemungkinan asalkan Yeonhwa tidak diapa-apakan.
Habuan bukan lagi fokus utama, membunuh menjadi satu keinginan baginya. Seakan-akan keghairahan penculik itu telah menular pada dirinya. Ghairah untuk menumpahkan darah, untuk mencapai keadilan. Adil untuk sesuatu rahsia yang disembunyikan dari mata dunia.
Chief Deputy Jung, ketua timbalan polis daerah kecil di kawasan timur bandaraya Seoul. Pada awal tahun 2013 dia dipindahkan ke situ setelah bertahun lamanya berkhidmat bersama Kim Baekbeom, dipindahkan sebagai tanda perhargaan. Jung Kwon.
Baekhyun membaca setiap satu laporan tersebut, serta foto yang memaparkan mangsa seterusnya diamati bersungguh. Dikenal pasti dengan sebaiknya. Sementara dia membuat persiapan, telefon berdeting menandakan ada pesanan yang baharu diterima.
You've one hour and 30 minutes from now :)
Pistol disematkan di belakang seluar dengan kemas, setelah itu topi dilitupkan di atas kepala menutup sehingga hampir separuh wajahnya. Jaket hitam disarungkan ke tubuh, dan dia bersedia. Dia mengambil keputusan untuk keluar senyap-senyap dari pejabat, namun begitu ada sepasang mata sedang memerhatikan gerak gerinya dari jauh.
Tidak membazirkan masa walau sesaat sekalipun, Byun Baekhyun kini berada di kawasan cawangan balai polis yang berada di bawah jagaan Jung Kwon. Masih memerhatikan keadaan di situ, dia sekadar berlegar-legar di kedai mini yang terletak di hadapan balai polis tersebut. Matanya tidak lepas dari mencari seraut wajah yang menjadi sasarannya.
Waktu semakin menjangkau ke angka tujuh malam, jadi suasana di kawasan itu menjadi suram. Kurang orang yang lalu lalang, jadi memudahkan lagi bagi dia melaksanakan misinya. Bibir bawah digigit tidak sabaran menanti dan terus menanti.
Tik tok tik tok, waktu semakin berjalan dan masa yang tersisa hanya setengah jam sahaja lagi. Jika dia terus masuk ke dalam dan menyerang, itu bahkan seperti menjerumuskan diri ke dalam mulut buaya. Dia tidak boleh tersilap langkah langsung.
Beberapa minit kemudian, seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an, berjalan keluar dari balai sambil merokok. Wajahnya dikenal pasti.
“Bingo,” Baekhyun mengetak jarinya pada atas permukaan meja sambil tersenyum lebar. Dia memboloskan diri dari kedai mini tersebut, mengekori sasaran dari belakang.
Apabila Jung Kwon ingin melangkah masuk ke dalam audi hitam miliknya, Baekhyun berdehem sedikit kuat menarik perhatian lelaki tua itu. Bonet depan kereta dihentak oleh Baekhyun sekuatnya yang membuat Jung Kwon menjadi baran dan sebal.
“Woi! Kau kenapa ha, budak?”
Baekhyun tersengih sinis, wajah didongakkan untuk melihat mata ke mata. “Tidak ada apa cuma aku mahu tunjukkan sesuatu pada officer.”
Jung Kwon membuang puntung rokoknya ke tanah, dahi dikerutkan. “Apa dia?”
“Ini,” Baekhyun berpura-pura menyeluk kocek seluarnya ingin mengeluarkan sesuatu konon. Kedua tangan ditarik keluar semula dari poket lalu mentalakan middle finger ke arah Jung Kwon. “Fuck you.”
Usai melakukan itu, Baekhyun tergelak besar sambil membuka langkah untuk berlari apabila melihat gerak geri Jung Kwon yang mahu mengejarnya. Jung Kwon naik berang kerana ada yang berani melakukan hal yang kurang ajar pada polis. Berani-beraninya dia tunjukkan hal yang sebiadap itu. Tubuh tuanya dipaksa berlari.
Byun Baekyun terus berlari, sesekali dia menoleh ke belakang hanya untuk memastikan yang Jung Kwon membontotinya dari belakang. Baekhyun memancingnya ke suatu lorong yang sunyi, terus menjurus ke masuk ke dalam perangkap.
“Woi budak!” Jung Kwon termengah-mengah selepas berlari jauh. Setiba di lorong itu, Baekhyun bersembunyi di sebalik dinding menanti saat untuk menyerang.
“Baik kau— kau keluar sekarang budak! Jangan main-main dengan polis. Biadap kau iya!”
Setapak demi setapak dia maju, Baekhyun bersedia memasang silencer pada muncung pistol. Masa bersisa dua puluh minit. Baru sahaja dia ingin bergerak keluar dari persembunyian apabila lengannya ditahan oleh seseorang. Mata membuntang melihat kehadiran lelaki itu di situ.
“Black, cuma apa yang kau mahu lakukan ini ha?”
“Kau?”
━━━━━━━━━━━━━━━
ada lagi sambungan tapi aku add di next part. saja mau kasi curious ;)
add on playlist; Skydive - BAP
YOU ARE READING
Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]
Misterio / Suspenso[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. SILENT [S1], NEMESIS [S2] \ B.BAEKHYUN ❝ the main rules in this game is; stay silent ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/MYSTERY/THRILLER