—the only way to reveal a liar is become one of the lies.
━━━━━━━━━━━━━━━
Tangga didaki dengan tidak bersemangat, fikirannya masih bercelaru tentang apa yang berlaku sejak dua hari yang lepas. Selama itu, sehingga ke saat ini Baekhyun masih belum mendapat sebarang berita atau arahan dari penculik tersebut. Apa motifnya, apa yang dimaksudkan dengan permainan itu semua, segalanya masih belum jelas.
Tanpa dia jangkakan akan terjadi, dalam sekelip mata, kehidupannya bertukar kelam dan gelap. Dia sendiri tidak tahu apa kehendak penculik itu yang sebenar-benarnya. Yang menjadi mangsanya adalah Yeonhwa, gadis yang tidak bersalah itu. Baekhyun membuat kesimpulan sendiri, yang semua ini dirancang oleh seseorang yang ingin membalas dendam padanya.
Sebaik sahaja dia memboloskan diri ke dalam pejabat, semua mata-mata memandangnya dengan senyap. Sedia maklum atas apa yang berlaku. Tiada satu pun antara mereka berenam yang berani bersuara melihatkan keseriusan wajah Baekhyun yang tidak pernah dipamerkan sebelum ini.
“Black?” Sapa Chanyeol sebagai pembuka bicara. Di dalam team yang ditubuhkan, mereka berenam diberikan gelaran masing-masing. Baekhyun adalah Black. “Ada apa-apa berita baru?”
Baekhyun hanya menggeleng lemah, tiada kata yang mampu diucapkan.
“Sheep ada cuba trace nombor yang kau bagi tu, tapi gagal,” Chanyeol menoleh sedikit untuk melihat Sheep atau nama sebenarnya Yixing, lelaki berketurunan Cina, yang sedang memfokus pada skrin laptop. “Weh Sheep! Apa kau cakap pasal nombor tu?”
Yixing membaguskan cermin mata yang terlorot di batang hidung sebelum mendongak dengan muka polos. Dia blur. “Nombor? Oh! Iya iya, aku ada cuba trace nombor tu tapi malangnya gagal. Pemiliknya teliti dan mungkin dia dapat teka yang kita akan cari, jadi dia selalu tukar location pendaftarannya. Last change, alamat daftar dia Australia. Aku agak dia hacker.”
Semakin terdiam kaku Baekhyun jadinya. Kecamuk dan gelora di dalam hati dia sahaja yang tahu. Perasaan yang sukar untuk dikatakan dan digambarkan. Mungkin hanya dapat disampaikan melalui perbuatan, percayalah berjumpa sahaja dia dengan siapa yang melakukan hal ini, dia pasti akan terus membunuhnya. Memang itu kepakarannya di dalam team, silent killer.
Jongin yang dari tadi hanya memerhati, mengeluh halus sebelum bangkit menghampiri Baekhyun. Bahu lelaki muda itu ditepuk perlahan. “Kalau ada apa-apa, bagitahu kami. Apa yang kami mampu lakukan, kami akan cuba tolong. Aku rasa penculik tu ada motif lain, ada sebab lain. Sebab itulah aku larang berhubungan lebih, inilah risiko kita.”
“Sir, you're not helping here,” Salah seorang dari mereka, bermata besar berdiri menggelengkan kepala pada Jongin. “Kau buat dia makin teruk adalah.”
Jongin digelar Sir, kerana dia merupakan ahli yang paling utama di dalam team. Meskipun usianya tidak jauh dari mereka yang lain, adab tetap utama bagi mereka. Hormat dan disiplin. Lagi pula, Jongin adalah mission planner diberi gelaran Red, tugas yang paling utama dalam troop mereka. Bahasa mudahnya, Jongin umpama ketua kedua selepas Eagle.
Kyungsoo menyiku lengan Sehun disebelahnya apabila terlihat kelibat Junmyeon, atau lebih dikenali sebagai Eagle memasuki ruangan pejabat mereka. Memberikan isyarat pada Sehun untuk memandang ke arah yang sama.
Sebaik sahaja Eagle menghampiri mereka, sebuah fail diletakkan di hadapan Hawk, Kyungsoo lelaki bermata besar tadi. Fail tentang tugas mereka yang seterusnya. Pertubuhan mereka bukan hanya bersahaja tanpa tujuan. Mereka akan diupah untuk melakukan sesuatu perkara, yang pihak pertahanan tidak mampu lakukan. Lebih kepada sebuah pertubuhan elit, yang membezakan ialah mereka tidak mempunyai sebarang peraturan atau syarat dalam memburu mangsa.
Mereka melakukan kerja gelap tersebut selancarnya dan mengikut apa sahaja tugasan yang diterima.
“Hawk, aku mahu kau selidik syarikat itu. Perniagaan dia kotor, jadi klien minta kita bersihkannya,” Ujar Eagle sambil berpeluk tubuh memandang setiap satu anak buahnya. “In five minutes after this, kita buat perbincangan di sebelah. I need space with Black for awhile.”
Mengerti akan maksud di sebalik itu, mereka berenam mula mengorak langkah berura-ura keluar dari pejabat menuju ke bilik mesyuarat bagi membuat persediaan tentang tugasan baharu mereka. Sebaik sahaja Jongin, orang terakhir berlalu keluar Junmyeon mengeluarkan sampul surat berwarna merah dari kocek jaketnya.
“Aku dapat ni dalam peti surat, ada nama kau tertulis,” Surat tadi dihulurkan pada Baekhyun. “Aku rasa orang ni sengaja mainkan kau. Dia mahu kau menurut apa sahaja yang dia arahkan, kau kena berhati-hati.”
Baekhyun menggenggam surat itu di dalam kepalan penumbuk. Wajahnya menegang, bungi lagaan gigi kedengaran sebaik sahaja dia mengetap bibirnya rapat. “Dia silap orang. Sekali aku dapat dia, aku tidak akan lepaskan dia.”
“Kau tahu sebab apa aku terima kau dulu?” Junmyeon menyandarkan punggungnya di tepi meja sambil memeluk tubuh. Senyuman kecil di bibir. “Sebab aku dapat percayakan kau dengan mudah, bukan hanya sebab kepakaran kau. Aku nampak kesungguhan kau, dan aku tahu itu demi dia.”
Baekhyun kekal senyap. Tiada apa yang dapat dia katakan lagi, separuh dari dirinya terasa hilang pergi meninggalkan dirinya. Dia rasa mati.
“Dia adalah hidup kau. Aku pasti kau sanggup risikokan apa sahaja demi dia. Jadi kau boleh percayakan aku, Baekhyun. Aku akan cuba bantu kau dalam diam,” Sambung Junmyeon lagi. Kini Baekhyun menguntumkan senyuman nipis menunjukkan yang dia berterima kasih atas niat baik Junmyeon itu.
“Okay Black, back to work.” Junmyeon menayang sengihan sambil menepuk bahu Baekhyun lembut.
Bila dia berlalu keluar, Baekhyun membuka sampul yang tadinya sudah ronyok di dalam genggaman. Sekeping gambar yang memaparkan Yeonhwa sedang diikat tergantung menjadi jamahan mata. Dibelakang foto tersebut terdapat nota.
I'm watching you. Wrong step and you'll meet her corpse.
━━━━━━━━━━━━━━━
aku ambil drg jadi hanya menjadi watak shj so jangan pelik pasal umur. semua itu hanya rekaan, umur, perlakuan sifat adalah rekaan semata mata. jadi jangan ada yg kata aku letak salah umur haa. btw okay tak so far ni? masi awal lagi mau kasi scene yg intense :D kalau ada tak jelas bole bertanya.
YOU ARE READING
Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]
Mystery / Thriller[AVAILABLE : EBOOK & BOOK VER] dm untuk check ketersediaan buku atau berminat untuk mendapatkan ebook. SILENT [S1], NEMESIS [S2] \ B.BAEKHYUN ❝ the main rules in this game is; stay silent ❞ COMPLETED ✔️ WOLY STORYLINE SAD/MYSTERY/THRILLER