N4-FEAR

128 36 5
                                    

“I can smell your fear from afar.”

━━━━━━━━━━━━━━━

Kang Gae Dok berjalan terhuyung-hayang ke kiri dan kanan apabila mabuk menguasai dirinya. Sehingga penglihatannya menjadi kabur dan samar, tidak jelas dia hendak berjalan. Tangan dia depakan mencari-cari benda yang dapat dijadikan tempat berpaut. Akhirnya dia terpegang tiang lampu, dan untuk beberapa ketika dia berdiam di situ semata-mata mahu melegakan pening.

Dia bersendawa besar mengeluarkan bau alkohol dari dalam tekak menandakan yang dia benar-benar mabuk. Mahunya tidak begitu jika dia menghabiskan enam botol soju sendirian. Kononnya menikmati zaman pencennya dengan perkara-perkara yang dia sukai. Namun dia terlupa satu hal, yang kegembiraan itu tidak akan bertahan lama lagi-lagi untuk lelaki sepertinya.

Seseorang memerhatikannya dari kejauhan, sedang menyusun strategi untuk menghapuskan dia. Leher baju yang elastik ditarik naik menyelindungkan separuh wajah, lalu topi putih ditarik turun sedikit. Orang itu mendapat satu buah fikiran tentang cara untuk menghampiri Kang Gae Dok.

Di sisi lain, Gae Dok yang tidak langsung menyedari kehadiran orang untuk membunuhnya, hanya bersantai sambil bernyanyi kecil menuju ke kereta BMW hitam miliknya. Tentulah, bukankah malang tidak berbau?

Dia ketawa terkekeh apabila lantaran ingatannya menayangkan semula saat gembiranya meraikan tahun pencennya yang kedua sebentar tadi. Bersuka ria seakan-akan tiada apa yang dapat menghalangnya dari menikmati kemanisan dunia. Sementara dia diulit imbasan kegembiraan itu, tangannya menyeluk kocek jaket untuk mengeluarkan kunci kereta.

“Ahhh seronok betul bila tak ada apa lagi yang perlu aku fikirkan. Hanya bergembira sahaja!”

Memboloskan diri ke dalam perut kereta, dia lantas menghidupkan enjin dan bersedia untuk memandu. Sebelum dia mula menggerakkan kenderaan, mata dikesat terlebih dahulu mencerahkan penglihatan yang masih lagi kabur-kabur.

Gae Dok mula memandu keluar ke jalan raya, melalui lorong kecil memandangkan bar yang dia kunjungi agak terpecil di kawasan pekan itu. Baru sahaja dia mula memecut sedikit bila kawasan semakin luas, muncul sebuah lembaga hitam di depan keretanya secara tiba-tiba. Dia terkejut besar lalu menekan pedal brek dengan kadar segera.

Mata membuntang besar sementara dada naik turun dengan laju impak dari kejutan tadi. Rasa mabuknya menghilang kini dia berasa sedar sepenuhnya, dan dia sedar yang dia telah melanggar seseorang. Brek tangan ditarik naik, dan cermin pandang belakang ditarik turun sedikit. Badan ditegakkan dan dia melihat ke belakang melalui cermin tengah tersebut.

Oh shit.” Dia mencarut kotor apabila mendapati seseorang terbaring di jalan belakang. Tangannya menggeletar hebat. “Sial, kenapa pula benda ini yang jadi. Shit!”

Gae Dok mengeluh kasar sebelum melepas tali pinggang keledar, dan berura-ura keluar dari perut kereta. Dalam keadaan yang masih kaget, dia berjalan mendekati tubuh tadi dengan lutut yang menggeletar. Dia melihat kawasan sekeliling yang kosong, tiada sebarang mata yang menjadi saksi kejadian ini, Gae Dok menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya tiada masalah lanjut, bisik hatinya.

Tubuh yang terbaring itu dipalingkan padanya, dia menilik wajah mangsa yang tidak menunjukkan sebarang respon. Gae Dok menggerakkan tangannya ke leher mangsa untuk memeriksa denyutan nadi. Bertambah-tambah takutnya tatkala dia tidak mendapat tanda-tanda yang orang tersebut masih bernyawa. Tiada denyutan nadi, juga tidak bernafas.

“Oh sial, sial!!!”

Gae Dok meraup wajahnya dengan kasar penuh dengan frustasi. Dia tidak mahu mendatangkan apa-apa masalah yang dapat mencemarkan reputasi dan menjatuhkan air mukanya, jadi dengan itu dia terfikir untuk menyembunyikan kelakuan kotornya ini. Tiada saksi, tiada bukti, mudah untuk dia menutup apa yang terjadi. Gae Dok merancang untuk menghapuskan tubuh mangsa tersebut.

Tanpa berlengah masa lagi, Gae Dok mengheret badan kaku itu ke dalam keretanya. Dibaringkan di seat belakang. Setelah selesai, dia juga bergerak pantas memboloskan diri masuk ke dalam kereta untuk memandu pergi dengan segera. Namun apabila dia memandang ke hadapan, kotak fikirannya seakan-akan diketuk dengan suatu kenyataan yang dia terlepas pandang bila dilanda kegelisahan tadi. Satu kenyataan yang sebenarnya dia tidak lakukan.

Kenyataan, yang dia langsung tidak melanggar sesiapa sebentar tadi.

Gae Dok terdiam untuk beberapa ketika, badan ditolak ke depan sedikit untuk melihat bonet hadapan kereta yang langsung, tidak remuk sama sekali. Sesungguhnya, dia tidak ada melanggar sesiapa sebaliknya hanya melihat kelibat hitam dan lalu memberhentikan kereta. Bodohnya lelaki tua ini, kerana berhenti dan menarik masuk seseorang yang sepatutnya dia elak.

Kerana orang itu, bakal menjadi pencabut nyawanya sebentar sahaja lagi.

Senyap beberapa minit, hanya kedengaran nafas Gae Dok yang menderu kuat menahan seribu satu perasaan yang berkecamuk di dalam jiwa. Seluruhnya dikakukan sementara tangan menggenggam erat stereng kereta. Tidak lama kemudian, bunyi gesekkan kerusi kulit dari belakang tanda seseorang sedang bergerak kedengaran. Membuat Gae Dok kecut perut.

Tch tch tch Kang Gae Dok,” Orang yang dianggapnya mati tadi, kini bersuara. “Aku dapat bau ketakutan kau dari sini, kau tahu. Di hadapan pemangsa, kau seharusnya tidak menunjukkan yang kau di dalam ketakutan, dia boleh tahu itu.”

Gae Dok melihat pantulan orang itu melalui cermin pandang belakang. Melihat segaris senyuman yang mengerikan itu, seakan-akan ingin menerkamnya. “K-Kau s-siapa hah?”

“Oh aku terlupa yang kau sudah tua, Gae Dok.”

“Aku tanya, siapa kau hah?!!”

Orang itu ketawa besar sambil bermain-main dengan pistol yang sudah dipasangkan silencer di hujungnya. Melihat itu, Gae Dok menelan liur pahit. “Seseorang, yang kau tak patut kutip bawa masuk dalam kereta kau.”

Wajah Gae Dok bertukar pucat, cuak. “A-Apa yang kau mahu hah? Duit? Aku boleh bagi berapa sahaja yang kau mahukan.”

“Duit kau tidak bernilai jika dibandingkan dengan apa yang aku mahukan.”

“Jika begitu, bagitahu sahajalah apa yang kau mahukan?!!”

Tawa sinis kedengaran bergema, hujung pistol ditalakan ke arah kepala Gae Dok serta-merta. “Nyawa kau.”

“Ap—”

Tidak sempat Gae Dok bersuara, kepalanya sudah terburai setelah ditembak sebanyak dua kali di tempat yang sama. Bahagian atas kepalanya pecah menampakkan otak dan cecair pekat merah di dalamnya. Matanya terbelalak luas lantas dia tertunduk ke stereng kereta. Cermin hadapan dan tingkap dipenuhi dengan darahnya, terpercik di mana-mana.

Orang itu menyeka wajahnya yang terkena percikan darah sedikit, sebelum menarik leher baju untuk menutupi muka semula.

Target down.”

Dia melangkah keluar dari dalam kereta milik Gae Dok, sebelum menaiki kereta lain yang tiba-tiba berhenti di situ. Sepertinya memang menantikan dia untuk menyelesaikan kerjanya.

━━━━━━━━━━━━━━━

Silent | Nemesis ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now